Khamis, November 20, 2008

janganlah obses sangat !

“obsess? Terlalu taksub dengan sesuatu tu, tak kira la apa dia”

Pelik tengok mahasiswa/I sekarang, obsesnya ya allah melampau.
Kadang menakutkan aku. Au taknak sebelah mana2, rugi je.
Tapi obsess yang melampau kepada politik ni, boleh menutup minda kita menerima orang lain.
Percaya tak? Bila kita fanatic dengan seseorang, tentu kita akan sedaya mungkin menegakkan benang yang basah, meskipun dia tau benda tu salah.
Aku rayau rayau, semua tentang politik.
Tak dinafikan aku pun bercakap tentang politik. Mungkin aku ada bias, aku mohon maaf.
tapi rakan-rakanku sekalian, dalam pada kita belajar tak salah untuk kita mengetahui tentang isu politik.
Memang dungulah kalau, kita hanya belajar, tapi tak tahu isu semasa.
Tapi jangan sebab kita berlainan fahaman dan parti, kita nak bermusuh dengan dia.
Dan kalau ada perkara bercanggah, janganlah tolak pendapat orang lain.
Kita sekarang ni banyak bercakap dari mendengar.
Cuba kita banyakkan mendengar, menilai yang mana benar, baru bercakap.
Ini bercakap jeeeeeeeeeeeee… tapi fikirnya tidak. Jadi tak kemanalah.
Dan kadang orang banyak cakap ni, orang tak suka.
Bersama kita menilainya. Dalam diam kita buat kerja, elakkan fitnah, elakkan permusuhan, elakkan perbezaan.
Bersatulah sekalian manusia.
Aku lihat ketidak stabilan politik, banyak menyebabkan masalah social dan jenayah meningkat.
(jangan tuduh salah sesiapa !!) memang ini selalu terjadi apabila Negara tak stabil politiknya.
Lebih baik kita focus pada masalah ni dulu, dari nak bergaduh hal remeh. Kalau dah merebak penyakit ni pada umat, habislah.
Nasi jadi buburlah jawabnya. Jangan sebab kita asyik bergaduh, ada orang tepuk tangan. Siapa?
Fikirlah sendiri. Islam tak mengajar kita bergaduh dalam perbezaan. Islam menggalak kita bersatu dalam persamaan.
Islam juga tak kisah kaum apa kau ni.. islam is universal. Islam boleh dianuti oleh semua kaum. Jadi, perbalahan, takkan terjadi kalau semua orang mengamalkan prinsip islam.
Mahasiswa/I fikirlah sebagai seorang ilmuwan. Aku menasihati diriku jua.

[tgk blog orang.. fuh.. 19nov2008, rabu, 6petang]

4 ulasan:

Syam Ahmedarino berkata...

aq ada denGAR ttg berniaga dalam teksi... it doesn't sound like a good idea. berniaga dlm teksi kelihatan kurang proffesional...

beck, habis macam mana nak tambahkan pendapatan pemandu teksi kalau??

The Extendables berkata...

ak suke tgk pemimpin yang mengamalkan pilotik wang dalam pemilihan ditendang
ak x suke!! argh!
kalu la dorang tau betape beratnye tanggungjwb seorg pemimpin
~just sharing

Unknown berkata...

ooo.. syam..
aku naik teksi haritu.. mahal gak la.. setiap kilometer rm1.20. aku borak la ngan pemandu. setuju ke?
dia kata dia nak jual apa?
untung tak banyak.. sian gak la..
bagi aku kalau nak tambahkan pendapatan, pemandu kena berhemah, dan kenakan harga yang murah. dan tinggalkan kad pada pelanggan, supaya diorang leh naik teksi dia selalu. (maksudnya, setiap masa dia akan dapat ramai pelanggan) tul tak? dan tak perlu la dia, menunggu pelanggan.
idea lain? tak muncul lagi..

Unknown berkata...

tul tu jasview.
kita berkempen hapuskan rasuah, tapi yang politik wang ni bukan rasuah ke?
pelik betul aku..
seupa tapi dari segi istilah lain. jadi, kira lain la kan..?