Isnin, November 24, 2008

kucing yang melimpah ruah

“lebih 50 ekor kucing dalam satu rumah. Subhanallah”

Aku terkedu lidah dan hatiku riang. Banyaknya kucing.
Aku ada program di janda baik. Aku terlibat sebagai AJK teknikal.
Sesampai je di sana, wah, banyak tul kucing.
Aku da fikir camne nak masak ni?? Konpem la kucing2 ni kacau nanti.
Program ni kat rumah pn Ainon. Beliau pemilik ? tak pasti tapi orang besar kat PTS publication.
Memang dia kata dia suka bela kucing. Dan dia ambik kucing terbiar.
Kadang ada orang hantar kat dia untuk dibela.
Pn Ainon dah pakar hal kucing ni. Penyakit apa pun dia tau..
Ni semua dia belajar dari dr haiwan.
Dah macam klinik jugakla.. banyak ubat pn ainon ada..
Huhu.. setiap hari dia belanja RM40 untuk bagi makan kat kucing2 ni.
Kucing tu makan frieskies, lupa pulak aku nak tanya, kenapa tak bagi ikan je? Kan murah lagi.
Hmm…tapi memang aku kagum dengan pn ainon, dia boleh hafal semua nama kucing.
Dah macam anak bagi dia.. siap dukung dan belai.. wah..
Allah makin murahkan rezeki pn ainon kerana berbuat baik pada haiwan.
aku pun teringin nak bela. Tapi, perlu kawasan rumah yang besar la..
Huhu.. nantila. Berangan2 pulak. Diri sendiri pun tak terjaga, ni pulak nak jaga kucing.

[kampus PTS di janda baik, 22 november jam 1030 malam]

4 ulasan:

Syam Ahmed berkata...

aal kasi taw aq kucing bianatang kesayangan para2 nabi...

arrabe' berkata...

subhanallah, aku kurang pasti.
ada sesiapa leh beritahu?

thanks

Syam Ahmed berkata...

aal.. ader sorang bdak indonesia yg ambik sains laut (oceonography)..
dia pernah kuliah dgn kita masa sem 2 thn 1 subjek enviromental biology dulu... ingat x beck??

arrabe' berkata...

ooo.. ok.. yang selalu duduk ngan ko ye?? ingat2..