“jangan disangka orang yang kurang urniaan dari Allah tu, lemah dan tak berkemampuan. Malahan, mereka lebih tawaduk dari kita”
Aku dengan sharafi (aku dah anggap dia macam adik aku sendiri) berjumpa di masjid UKM selepas solat jumaat.
Dia cerita yang dia terjatuh tangga di KUO (kalau tak salah aku). Sampai sekarang tak boleh berlari.
Risau aku dengar. Aku teringat aku sewaktu kemalangan dulu.
Seorang tukang urut yang hebat mengurut ku. Ayah ku rapat dengan dia. Syukur tanganku sudah sihat berkat Allah.
Aku cadangkan pada sharafi. Alhamdulillah sharafi setuju.
Dalam liku2 kajang, terlajak dan ambil masa yang lama untuk berpatah balik. Tiba juga di kedai urutnya.
Aku panggil tukang urut ni ustaz Ibrahim. Beliau suka cakap arab.
Dan sangat peramah dan tawaduk.
Dalam pada dia mengurut pelajar undang2 tu, mulutnya sentiasa bercakap.
Diceritanya pelbagai perkeara yang berlaku di muka bumi Allah ni.
Dari perihal politik, tentang keluargaku, surau yang telah dirobohkan, Afghanistan, iran, dan lain2.
Pelbagai kisah yang menginsafkan, betapa ramainya orang munafik di muka bumi ni.
Bertopengkan islam untuk membuat kemungkaran.
Banyak sangat kekalutan, dan penghinaan terhadap islam. Sehingga sekarang susah nak bezakan yang mana benar yang mana palsu.
Nyata ustaz ni tahu pelbagai perkara. Bagaimana agaknya? Subhanaallah.
Di akhir cerita, beliau menasihatkan aku dan adik aku ni. Masih tersentuh jiwaku.
Dia nasihatkan, jangan pernah tinggal solat jemaah di masjid/ di surau.
Jika ada perasaan malas nak berjemaah tu datangnya dari sifat munafik kita. Kita dah munafik kecil jika kita layan malas tu.
Jika kita lawan perasaan tu, kita bangkit untuk solat jumaah, subhanallah, kitalah muslim sebenar.
Subuh, jika kita memang niat untuk solat jemaah, tetapi kita tak mampu bangun, dan setelah bangun kita gelisah,
itupun menunjukkan kita amat hampir dengan Allah sebab kita rasa seolah menyesal tak bangun awal.
Sesudah balik, aku renung kembali, betapa banyak munafiqin pada tika ini. Apakah tindakan kita?
Ayahku pernah cerita, beliau pernah berjalan seorang diri dari rumah dia ke masjid kajang, untuk berjemaah di waktu subuh.
[lidahku kelu seketika, kedai ustaz Ibrahim, 8nov2008, 6.30petang, sabtu]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan