Isnin, November 24, 2008

galakkan diri membaca

“bayangkan bilik anda, dipenuhi dnegan buku. Aku tersenyum indah”

Sekali lagi bercerita hal puan ainon. Suaminya seorang pensyarah. Tak pasti di mana..
Tapi subhallah bilik dia, penuh dengan buku. Dari lantai ke siling.
Aku tersenyum girang. Kalaulah aku leh buat bilik aku macam ni.
Tak kisahlah ada katil ke tak, yang penting buku !!! aku nak buku..
Aku simpan azam untuk buat bilik aku camni.
Sekarang di bilik aku ada 3 je rak buku. Tapi 60% buku akademik. Buku lain kurang.
Dalam program di janda baik ni, aku banyak dapat tips.
Dr farid syahran, timbalan pengerusi ABIM, cadangkan setiap hari simpan RM10 (bergantung pada pendapatan kita)
Kumpul sehingga pesta buku. Di pesta buku, kita takde alas an untuk membeli buku.
Beli la buku sebanyak mungkin.
Tapi sewaktu kita menyimpan duit tiap hari, jangan la gatal tangan ambil duit tu.
Disiplin kan diri. Dan pastikan lah bila kita simpan duit tu, kita dan rancang perbelanjaan kita seharian, agak kita tak sempit lain masa.
Subhanallah.. presiden ABIM, abg yusri dan presiden PKPIM, abg hilmi pun banyak tekankan keintelektualan.
Kita kena banyak membaca terutama buku2 yang membuka pemikiran.
Sebab kita taknak jadi ahli yang beraktiviti saja (aktivisme) kita nak isi diri kita dengan ilmu (intelektualisme).
Bermulalah satu pejuangan untuk aku membaca buku. Sebulan ni aku akan penuhi dengan buku dalam mindaku.
Subhanallah.

[di pondok kuliah di janda baik, 23november 2008, 10.30 pagi ahad]

Tiada ulasan: