Memaparkan catatan dengan label masa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label masa. Papar semua catatan

Ahad, Ogos 07, 2011

tak sedar seminggu berpuasa

semasa skrol status di facebook hampir 3 orang menyatakan cepatnya masa berlalu.
[WZ: ‎..cepatnya masa berlalu.. sedar xsedar dah seminggu puasa.. =__=]
[AT: pejam celik dh seminggu berpuasa. pantas masa berlalu..]
[AA: Btl 2 ta###,pantas tul masa blalu,tau2 dh smggu kita brpuasa...]

pasti ada juga yang terlintas dalam pemikiran kita juga.
aku pun pernah juga menghadapi perkara yang sama.

tetapi tidak sempat nak status kan di wall facebook.com.
melihatkan status kawanku ini
namun tiada balasan komen.
yang ada komen, hanya balasan mengiyakan.

aku samar-samar dengan WZ, AT dan AA.
adakah mereka hanya menyatakan kesedihan atau kegembiraan.

dan jika aku menyatakan status yang sama, pastilah sebab aku sedih.
sedih sebab Ramadhan ini terlalu pantas, dan masih banyak lagi ibadah yang ingin kita usahakan.
dalam tempoh tujuh (7) hari yang berlalu, dengan keletihan kerja dan melayan hal-hal lain, pasti kadangkala tingkatan ibadah itu adakala turun naik setiap hari.


tidak lari dengan diri ini.
ada kala penat, sehingga tidak mampu untuk bersolat isya dan terawih berjemaah di masjid.

hanya mampu untuk solat terawih sendirian selepas lelap lena.
berbaki lagi 22 hari.

apa kata kalau kita tulis status
[22 hari lagi nak rebut ganjaran pahala berlipat ganda]

hmmm... tapi nanti orang ingat kita macam tak sabar nak raya (=.=)

apapepun, yang berlalu tu biarkanlah.
yang masih berbaki, jom kita pulun sehabis baik.
10 hari pertama - rahmat daripada Allah

10 hari kedua - pengampunan daripada Allah
10 hari terakhir - pembebasan daripada api neraka.

330 hari selepas Ramadhan - kena istiqamah ibadah dan manfaatkan ganjaran pahala yang sedia ada. insyaAllah

Rabu, Januari 20, 2010

eksplorasi nilai


ku mencari2 jalan keluar.
jalan keluar kepada permasalahan diri.
permasalahan diri yang menyelubungi diri.
selubung dengan masalah yang tidak putus datang.
tidak putus datang dan juga pergi.


idea2 datang mencurah2, mencari penyelesaian diri.
penyelesaian diri untuk minat membaca.
= librarian. a unic job.
memaksa diri untuk membaca buku bukan bidang kita.
paksaan dengan membuat teka teka.
belek belek juga memadai.
sedikit sedikit, ia menarik minat untuk kita terus membelek dan membaca.

penyelesaian diri untuk mengguna otak.
= thinkers.
otak ini kerap lesu dan penat.
dengan benda yang karut dan tak berfaedah.
otak asik mengulangi tingkahlaku yang sama tiap hari.
tanpa ada perubahan dan kreativiti dalam otaknya.
banyakkan menguji diri menjawab teka teka mencabar minda.
mencetus impuls kepada otak dengan lebih pantas.

penyelesaian diri lemah berbahasa inggeris.
= speaker.
bahasa suatu pengamalan untuk diri berkomunikasi.
pengamalan yang melalui tulisan dan percakapan.
bahasa itu pelbagai.
bahasa itu luput bila tidak diamali.
paksa diri, buang malu, pasti terus maju.

penyelesaian diri lambat cari idea.
= bussinessman.
setiap orang pasti mahu kaya dan berjaya.
begitu juga usahawan, pasti pemikiran dia lebih daripada orang lain.
untuk keuntungan dia yang berlipat ganda.
lambat cari idea, bukan kita bodoh.
tapi bila kita tak melihat dari pelbagai aspek.
dan cuba mengolah suatu yang biasa kepada luar biasa.

penyelesaian diri kepada nombor.
= mathematician.
minda matematik banyak mengembangkan ilmu alam.
ilmuwan islam banyak mengguna kiraan untuk menjana idea baru.
sudoku juga satu contoh mudah untuk menajamkan minda.
kepekaan dan ketelitian mengajar kita untuk terus hidup.

penyelesaian diri dalam penterjemahan.
= translator.
setiap sesuatu penulisan itu pasti ada tujuan.
hanya orang yang mengenal hati diri, mampu mengenal hati budi orang lain.
setiap yang wujud pasti bermakna.
kita takkan memijak tanah tanpa sebab.
kita memijak tanah untuk kita bergerak.
setiap yang diukir pasti bersebab, kerana yang diukir itu dari hati yang menyuruhnya.

penyelesaian diri kepada pengurusan masa
= time management
al asr mengajar erti masa.
sungguh seronok bila kita patuhi masa.
masa itu emas sering diperkata.
masa itu wang tak diperkata.
masa itu berlalu begitu sahaja. dan wang itu pun berlalu juga.
jika dikaitkan, sedikit kelewatan, kegagalan buat kita.
kerna sesungguhnya manusia itu kerugian.
kecuali orang yang.....

aku hanya merancang, kamu yang menentukan, tapi Allah yang mengaturkan ini semua.
tanpa NYA, siapalah aku untuk semua ini.
tanpa NYA, siapalah kamu untuk melaksanakan semua ini.
tanpa NYA, tiadalah kita.
syukur kepada Allah.

Selasa, Disember 15, 2009

merencana diri



melihatkan jam dinding, jarum saat itu berdetik detik.
dari angka 1 ke angka 2.
dari angka 2 ke angka 3.
dan seterusnya.
melihatkan jam tanganku, jarum minit itu bergerak sedikit demi sedikit.
dari angka 1 ke angka 2.
dari angka 2 ke angka 3.
dan seterusnya.

dari beberapa saat ia beralih ke beberapa minit.
kadang, bila aku menghadap komputer, masa itu semakin cepat berputar.
semakin cepat jarum minit dari angka 1 ke angka 1 semula.
angka yang sama tetapi nilainya beza.
ku tahu, minit sudah cukup 60.
maka aku kehilangan satu jam.
masa makanku, baru angka 4 minitnya.
selepas habis makan sudah angka 9 minitnya.
makin lama ia makin cepat berlalu.

jam berganti jam.
lenaku selama 6 jam pada sebelah malam.
kini diganti waktu siang.
maka berlalu sudah satu hari dalam hidupku.
ia berulang lagi.
detik ke saat ke minit ke jam dan ke hari.
hari berganti hari.
minggu berganti minggu.
hampanya aku bukan kepalang.
benda yang dirancang, kadang tersia2 dek kelalaian ku sendiri.
bulan berganti bulan.
semakin pantas ia meninggalkanku.
sehinggakan terasa semalam aku berpuasa ramadhan.
kini sudah beraya haji.
dan terus ke tahun baru.
masa berganti masa.
masa terus pergi, dan meninggalkan kita jauh ke belakang.
dengan penuh perasaan kehampaan dan kelalaian.
meratapi sesuatu masa, adalah sia2 belaka.
kerna ia tidak boleh kembali lagi.

memasang azam setiap tahun, umpama meletakkan pelampung di atas air di lautan.
pelampung dipukul ombak dan tenggelam timbul.
tanpa ada haluan dan hala tuju.
ia terus beralun dan pergi ke tengah.
semakin lama ia semakin pergi jauh, lantas hilang di mata kita.
azam yang dihasratkan itu hanya sia2.
sia2 apabila tidak diusahakan.
hanya penyedap hati pabila menjelang tahun baru.
penyedap hati agar tidak terus meratapi kepemergian masa yang lalu.
dan azam itu setiap tahun berganti azam baru.
hakikatnya, azam itu seperti pelampung ditengah lautan.

sesebuah syarikat televisyen, mengaut keuntungan berlipat kali ganda.
yang percuma atau berbayar.
pasti akan siaran televisyen itu ditontoni masyarakat.
tanpa mengira, siaran itu diperhati orang, atau hanya dilihat sebab tiada siaran menarik.
siaran itu terus menerus menayangkan drama/berita/iklan/kartun dsb.
ada televisyen yang 24 jam, dan ada yang 20 jam sahaja.
tetapi yang pasti setiap hari ada cerita menarik menanti penonton.

aku mencemburui perencanaan syarikat televisyen.
yang begitu teliti dan rapi.
perencanaan halatuju dan matlamat diselarikan dengan pengisian rancangan yang berfaedah dan menarik minat penonton.
setiap hari/bulan/tahun, pasti ada rancangan2 baru muncul di kaca televisyen.
penonton hanya belek surat khabar dan lihat iklan.
natijahnya, syarikat ini berjaya menyusun dan mencapai matlamatnya di setiap tahun.

apakah kita merencana diri kita seperti syarikat televisyen itu?

jika anda tanya syarikat televisyen hari ni, apakah rancangan untuk bulan julai tahun depan.
pasti ada jawapan yang telah tersedia.
jika anda tanya syarikat televisyen hari ni, apakah drama lain selepas drama ini tamat.
pasti ada penerusan untuk slot tersebut.
jika anda tanya syarikat televisyen hari ni, apakah iklan yang akan muncul pada minggu hadapan jam 8.15 malam.
pasti ada iklan untuk masa itu.
jika anda tanya syarikat televisyen hari ni, siapakah yang akan membaca berita untuk hujung minggu ini.
pasti ada orang yang akan bersedia untuk membaca berita.
jika anda tanya syarikat televisyen hari ni, apakah tema untuk ulangtahun tahun hadapan.
pasti ada tema terbaik yang disusun untuk kemajuan syarikat ini.
jika anda tanya syarikat televisyen hari ni, apakah siapakah bilakah bagaimanakah dimanakah.
pasti ada jawapan untuk itu semua.

perencanaan ini adalah langkah terbaik untuk kita melakar diri kita di masa akan datang.
apakah tujuan hidup anda?
apakah halatuju anda dalam masa 10 tahun?
apakah yang anda ingin capai dalam jangka masa pendek?
apakah yang anda ingin capai dalam jangka masa panjang?
apakah usaha anda untuk capai semua ini?
apakah plan back up jika usaha itu tidak berjaya?
apakah persiapan anda jika anda kesempitan kewangan?
bilakah hari lahir sahabat anda?
bilakah anda mahu bersama keluarga anda?
berapakah perbelanjaan setiap minggu anda?
berapa hari untuk anda studi lebih masa?
di manakah tempat belajar yang sesuai?
bagaimanakah cara nak memperbaiki kesilapan tahun lepas?
bagaimanakah kita mahu menjadi lebih baik dari sebelum ini?
bagaimanakah kita nak mengelak kehilangan masa seperti dulu?
dan sebagainya (dsb.)



perencanaan ini perlu jelas dan lengkap.
ia perlu diperhati setiap hari dan diperbaiki jika tidak munasabah dengan diri.
memang benar, ia hanya perancangan diri.
dan sukar untuk berjaya 100% seperti yang kita kehendaki.
tetapi sekurang2nya kita nampak halatuju dan matlamat yang ingin kita capai.
malahan, kita dapat perbaiki kesilapan lalu dan menjadi insan yang lebih baik.
tidak salah jika kita belajar dari kesilapan.
kerana itulah konsep muhasabah diri.
agar kita tak mengulangi kesalahan yang sama.

perencanaan diriku masih berjalan.
diari 2010 telah ku beli dan memang kewajipan untuk diriku.
pelik? lelaki ada diari bagiku hal utama.
kerana lelaki pemimpin dan khalifah, seharusnya dia mampu untuk memimpin diri dia terlebih dahulu.
cara terbaik dengan menulis diari.
perencanaan diriku masih berjalan.
merencana diriku agar kesilapan lalu tidak berulang.
untuk menjadi seorang insan yang lebih berakhlak dan bertaqwa.
perencanaan diri masih berjalan.
perencanaan ini perlu selesai sebelum 18hb ini.
menjelang tahun baru islam.
perangkaan yang lebih mendalam.
agar ia tidak sehangat2 azam tahun baru.
yang hanya panas di awal tahun.
tetapi pertengahan tahun dan akhir, ia sejuk dan beku.
biarlah rencanaku ini hangat sampai bila2.

semoga kalian merencana diri kalian juga.
semoga kita bersama menjadi insan yang lebih bertaqwa kepada Allah.
ingatlah " perencanaan/pengaturan terbaik di alam ini adalah DIA"
kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya.
tetapi tidak salah kita merancang, kerana itu juga usaha dan doa kita.

[salam maal hijrah]

Selasa, Ogos 11, 2009

mencari masa yang hilang


"meraba-raba dalam kesibukan"


kesibukan itu sebenarnya satu keseronokan.
kerana apa?
kerana aku sudah mengalaminya untuk sekian yang ke 6 tahun.
kesibukan dapat mengurangkan masa untuk membuat benda yang tidak berfaedah.
aku bersyukur, kerana aku sibuk, sehinggakan aku tak ada masa untuk lepak-lepak dan membuang masa.


tapi hakikat sebenar, kesibukan itu memenatkan.
kerana sampai satu tahap yang maksimum, kita tidak menang tangan.
dan kita tiada masa untuk diri kita sendiri.
aku yang sekian 6 tahun sibuk, mengakui secara tulus.
inilah tahun yang memeritkan.
aku teraba-raba masa yang senggang.
teraba-raba masa yang lapang.
untuk aku sendiri untuk menyendiri.
tapi hakikat itu tidak aku dapat.
meraba-raba dalam kesibukan.
sehinggakan pabila masa luang sebentar pun, aku tidak mampu untuk merenung diri.
terlelap terus, dan terkujur kaku.

prioriti ku ada.
syukur alhamdulillah, dalam kesibukan aku, aku masih tidak melupakan NYA.
untuk ibu bapaku sendiri pun aku peruntukkan.
untuk organisasi, aku luangkan jua.
kesibukan aku, disebabkan yang 3 ini, NYA, ibubapa dan organisasi.
tapi kesibukan aku untuk diriku, dan pelajaranku adalah tiada.
ku robek-robek masa itu, mencari masa yang tersembunyi.
ku gali-gali, masa itu tetap tidak ku jumpa.

aku bertanyakan abang angkatku.
tidak salah untuk menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti tetapi bukan sebagai utama.
jadikan islam dan dakwah itu yang utama.
yang selebihnya itu, sebagai tambahan sahaja.
bila kita akui, islam yang diamalkan adalah utama.
tiada kerumitan dalam kita untuk menguruskan yang tambahan itu.

aku berfikir sejenak....
....
....
yup, aku menjadikan semua tanggungjawab aku itu utama.
sampai 6 atau lebih aku letakkan sebagai penting.
sehinggakan tidak terurus.
bila aku meletakkan Islam di hadapan sebagai teras utama aku.
aku akan secara automatik, akan meletakkan yang lain sebagai tambahanku.
contoh...
aku merasa terbeban sebelum ini kerana, aku tidak cukup masa.
dan aku terbeban dengan tanggungjawab yang bertubi-tubi datang.
tetapi jika aku landaskan ini adalah untuk Islam dan sebagai satu cabang dakwah.
insyaallah, Allah akan permudahkan aku.
kerana kita buat semua ini bukan kerana manusia, pointer atau lain2.
tetapi semua ini aku lakukan untuk Allah sahaja.

aku akan ulas lebih lanjut....

[begitu juga blog, makin lesu...]

Rabu, Jun 10, 2009

ubat resah gelisah

"mendengar radio ikim selepas jam 12 amat menenangkan aku"

ikim memang saluran radio yang terbaik bagi aku.
meskipun ia islamik sangat.
dan tak banyak lagu yang mengasyikkan.
tapi lagu2 yang berkumandang di ikim, amat mengusik hati aku.
antaranya zikir.
zikir yang diucapkan dan dilagukan, amat menarik.
tenang fikiranku sebentar.

tatkala kita sibuk sentiasa.
bertambah dengan penat berkerja.
pasti hati kita rasa tidak tenteram.
pening memikirkan pelbagai masalah.
pening untuk menguruskan masa.
pening untuk berhadapan dengan pelbagai perkara.
kegelisahan dan keresahan ini amat mendukakan.
aku yang sibuk sentiasa pun terasa.
sehinggakan resahku membuatkan diri aku terabai.
sehingga tiada masa untuk bersendiri.
masa untuk rehat juga tiada.
tidur tak cukup. rehat pun tiada.
bagaimana nak dapat tenaga lagi?

keresahan ini harus kita hindarkan.
apabila kita resah, kita akan naik marah sentiasa.
kita akan berfikiran kurang waras.
kita akan dikawal sentiasa oleh syaitan.
akibatnya, kita akan banyak menyakitkan hati sahabat.
kita banyak akan melakukan dosa.
malah, kita akan tidak tenang dalam ibadah.
hati yang resah gelisah, amat tidak bagus untuk diri kita.
sukar untuk kita beribadah dan khusyuk dalam solat.

untuk buang resah gelisah ini, ada ubatnya.
iaitu dengan banyakkan zikir dan membaca alquran.
zikir dan alquran apabila dilafazkan dari bibir kita akan menenangkan hati.
sekaligus merehatkan tubuh badan.
zikir ini bukan hanya di bibir.
tetapi dirasai dalam hati.
bagaimana??
"subhanallah"...
apabila kita sebut nama Allah, hati kita akan terasa bergetar, takut akanNYa.
cuba rasakan firasat itu.
dan perhatikanlah ciptaan2 Allah.
penghayatan kepada zikir ni akan menenangkan jiwa kita.

aku yang tiada banyak masa ini, sentiasa mencari masa.
rupanya dalam kehidupan kita hampir 2 jam kita bazirkan dengan termenung.
perasan tak.
waktu kita berjalan kaki ke suatu destinasi seorang diri.
kita lihat sekeliling.
tetapi kita tak tahu apa kita tengah lihat.
benar kan??
sepatutnya, masa kosong dan melihat sekeliling inilah kita berzikir kepada Allah.
bukan setakat jalan kaki sambil pegang hanset.
naik motor pun begitu. mata lihat dihadapan.
tapi bibir berzikirlah.
banyak masa kita akan terisi dengan baik.
malah, Allah pun bertambah sayang pada kita.

[zikirlah, semoga kita bertambah tenang]

Ahad, Mei 24, 2009

putaran masa yang keterlaluan

"bangun, kerja, tidur, bangun, kerja, tidur"

itu rutin harianku sejak 2 minggu ni.
8hb mei hari tu aku baru tamat exam.
memang lega alhamdulillah, aku dapat jawab soalan2 exam.
wallua'llam sama ada betul ke salah yang banyak.
bersama kita terus berdoa agar pointer kita naik sentiasa.

sabtu ahad pulak pergi kmns, jadi fasilitator sementara.
tak hilang penat, isnin masuk kerja di institut biosains upm.
sabtu ahad, ada kempen recycle urusetia pembangunan sumber manusia (upsm) ukm.
isnin, masuk kerja balik.
cuti, aku tak cuti.
aku bertolak ke melaka sendirian sabtu pagi.
kini aku di hadapan komputer, baru balik dari melaka.
esok, ia berulang.. aku masuk kerja lagi.

suasana kerja amat amat berbeza dari suasana belajar.
aku tak berbicara tentang penat kerja.
tapi masa kerja.
berbanding masa belajar, ada jadualnya.
tetapi jadual itu tidak tetap.
kalau di sekolah menengah, jadual sampai tengahari je.
jadi masa petang, aku boleh berehat dan ulangkaji.

kalau di universiti, kelas sepanjang hari, tapi masanya jarak2.
ada masa rehat dan ulangkaji juga.
tapi masa kerja adalah tetap dan tidak fleksibel.
8 pagi sehingga 5 petang.
rehat jam 12.45 - 2 petang.
balik umah dah maghrib, mandi makan.
sudah jam 9 malam. penat lagi..
tertidur.... zzzZZZzzzz
bangun2, subuh.. bersiap, makan... kerja.
aduh.. tak sempat langsung nak berehat atau buat aktiviti yang bermanfaat.
macam membaca buku atau bersukan.
sangat singkat masa.
agak sukar untuk berehat lebih sikit.

hal penat kerja tak perlulah aku ceritakan.
tapi aku teringat surah wal -asr.
apa maksud Allah?
kerana masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian....
ayat pertama pun aku dah pelik...
kenapa rugi?
masa itu emas.
sering orang kata.
masa itu nyawa.
itu pun aku pernah dengar.
rugilah kita kalau kita tak guna masa itu sebaiknya.
rugi yang macam mana?
ye, memang kita kerja untuk duit dan pengalaman.
tapi masa kita rehat dan tidak berkerja?
apa yang kita buat?
pasti kita banyak habis masa untuk pulang ke kampung, bersukan, bercuti, tidur.

selalu bila kita sibuk pada hari berkerja.
berapa muka surat kita baca quran?
satu muka surat pun kadang aku tak sempat.
bila dah cuti, kadang tak ingat pula nak membaca quran.

aku rugi, bila masa kerja dan sibuk, teringin nak masa rehat.
bila dah rehat lupa nak beribadah kepada Allah.
lupa nak manfaatkan masa.
memang benar ayat Allah.
kita ni sentiasa rugi. sebab.. masa !!
anda ingat lagi tak.
5 perkara sebelum 5 perkara?

[aku disedut lohong hitam masa...]

Rabu, Mac 04, 2009

masa itu terlalu laju

"aku terduduk termangu. aku penat meluru ke arahnya. tapi..."

dunia makin hampir dengan kiamat agaknya.
aku tak faham....
adakah aku seorang yang terasa masa ini laju. atau semua berasa begitu?

sejak bulan januari haritu aku terasa macam ada sesuatu yang tak kena.
aku tak pasti sejak bila.tapi aku makin terasa sejak akhir2 ni.
masa itu terlalu laju.
aku masih dapat rasa, aku baru semalam mendaki gunung angsi.
aku masih dapat rasa, aku baru lepas kuliah dengan dr F.
aku masih dapat rasa, aku field work di alur ilmu.
seolah2, ia berlaku baru kejap tadi.
aku rasa, baru semalam aku dapat asignment @ baru buat amali.
tapi kenapa aku rasa hari ni aku kena hantar repot?
sedangkan tempoh itu seminggu??
kadang aku cadang nak studi kuliah eko teres lepas kelas jam 8 isnin.
tapi bila aku tangguh sekejap.
aku dah bertemu dengan kuliah seterusnya.
tanpa sempat aku membuka buku ekoteres minggu lepas.

kadang aku nak update blog.
aku rasa baru semalam aku tulis, tapi dah banyak hari aku tak menulis.
aku khuatir.
aku terus ditenggelam di tinggal masa.
bila kau renung, banyak masa untukku.
banyak jawatan telah aku lepaskan.
banyak komiten yang telah aku langsaikan.tapi seolah2, makin bertimbun kerja aku.

aku baru ke kem motivasi menjadi urusetia.
balik daripada kg simoi terus aku merasakan, aku amat keletihan.
selasa 3hb. aku pagi terlena dalam kuliah.
aku tidur sebentar di surau fst jam 10-11 pagi.
aku balik rumah dan tertidur di waktu senja.
aku tidur awal jam 11 malam di sofa sambil tv terbuka.
dan bangun lewat jam 6 pagi.
aku sedar dan jaga dalam keadaan yang penuh menyesal.rugi nya aku.
aku tak mampu kejar masa itu.
masa itu meninggalkan ku jauh dihadapan.
apakah aku penat yang ditangguh sewaktu kem simoi?


pelbagai persoalan timbul dan mendesak ku.
apakah dunia menghampiri kiamat yang menyebabkan bumi berputar lebih pantas??
apakah aku yang malas dan asyik tidur yang menyebabkan masa itu berlalu?
apakah aku yang gagal merancang masa ku?
apakah aku yang dibuai dek aktiviti persatuan yang menyeronokkan?
apakah aku .. apakah aku.. dan apakah aku...

direnung direnung dan direnung..
dimana kesilapan diriku yang menyebabkan masa membenciku..
aku teringat surah wal asr.
"sesungguhnya manusia dalam kerugian.. kecuali..."
aku bermuhasabah...

p/s:penat yang ditangguh maksudnya, kita penat pada masa tu, tapi kita paksa supaya tak rehat. kita minum kopi, kita duduk berborak untuk ganti masa rehat. jadi bila tak tidur malam selama 2 hari. dia akan beri kesan selepas program kg simoi.

[sama juga konsep dalam kita studi lewat malam atau las minit.]