Memaparkan catatan dengan label sahabat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sahabat. Papar semua catatan

Isnin, Ogos 22, 2011

mesti bersahabat

dalam dunia ini tiada siapa yang mampu hidup bersendirian.
hidup bersendirian tanpa ada hubungan dengan sesiapa pun.

andai kita menyatakan kita tak perlukan sesiapa, itu adalah bohong.
sekalipun semut juga perlukan manusia.
apatah lagi, manusia sangat perlukan manusia yang lain.
kita perlukan ibu untuk melahirkan kita, kita perlukan ayah untuk menyara dan memberi nafkah untuk membesarkan kita. sebab itulah Rasulullah sangat menuntut untuk kita menyayangi dan mengasihi anak yatim ini, sebab mereka telah kehilangan manusia yang paling diperlukan untuk kita bergantung harap.
kita perlukan cikgu untuk memberikan ilmu. termasuklah cikgu di sekolah, di surau, di jalanan dan di mana sahaja. cikgu lah sumber ilmu kita, maka rugilah mereka yang tidak mencari ilmu. andai kita tetap tidak mahu berguru dengan cikgu, dengan mengatakan buku juga boleh mendapat ilmu, ternyata ia juga bohong. mana mungkin buku itu terhasil sendiri tanpa penulis. pastilah dia memerlukan seorang cikgu untuk menulis buku itu. malahan cikgu berfungsi untuk memberi penjelasan kepada ilmu itu.

"bukan ini yang dimaksudkan?"
habis tu, apa maksud sebenar?
"bukankah hidup lebih indah tanpa sahabat?"
siapa kata?
meskipun anda punya ibu ayah, punya cikgu, jika tanpa sahabat, mana mungkin dunia itu indah.

inikan pula dengan sahabat.
sahabat adalah seorang insan yang mencerminkan wajah kita.
jika sahabat itu baik, maka baiklah kita.
jika sahabat itu jahat, maka jahatlah kita.
sahabat itu perlu dicari, perlu ada bersama kita.
kita akan hilang sesuatu dalam hidup ini jika tiada sahabat.
aku teringat dalam majalah terbaru GenQ isu ke2. aku tertarik dengan nasihat Pakchu di ruangan Qaulun Ma'ruf.
ada seorang adik bertanya "boleh atau tidak kita hidup tanpa kawan di sisi? boleh atau tidak kita lari atau sembunyi jika ada orang yang ingin berkawan dengan kita?boleh atau tidak kita hanya duduk di rumah sepanjang umur kita tanpa bermasyarakat? boleh atau tidak kita bercakap seorang diri atau dengan peti sejuk yang tidak bernyawa?"
jawapan Pakchu mestilah "takboleh" dengan ulasan separuh muka. dan Pakchu selitkan dengan hadis yang menarik riwayat at-tirmizi dan al-hakim:
[seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya.maka hendaklah kau melihat dengan siapa kamu bersahabat]

mungkin ada yang pernah dikhianati sahabat sendiri dan mungkin juga pernah mengharapkan orang itu sebagai sahabat, tetapi orang itu tidak sudi menjadi sahabat kita.
mungkin ada lagi sebab yang kita taknak mencari sahabat.
bagi saya, mencari sahabat itu sangat sukar. sahabat yang mengikut kriteria Alqamah dalam pos yang lepas.
macam aku dalam usaha pencarian selama 15 tahun, memang sangat tercari-cari.
adakala, bila kita rasa dia sangat prihatin dan baik dengan kita, itulah sahabat baik kita. tetapi kadangkala, ada beberapa perangai di ayang tidak menyenangkan kita. geleng kepala. "bukan sahabat yang ku cari."
ada juga, bila beralih tempat pengajian, kita semakin menjauh dengan sahabat lama kita, di tempat yang baru, kita mencari lagi sahabat.
ada orang yang rapat dengan kita, sangat baik dengan kita, kita merasakan dialah layak menjadi sahabat kita, tapi dalam kita kesusahan, dia semakin menjauh dan meninggalkan kita keseorangan.
tidak dinafikan juga, kita hanya syok sendiri. mengharapkan dia yang datang pada kita dan ingin menjadikan kita sebagai sahabat dia.
persepsi yang salah semasa aku remaja dulu, sahabat itu hanya satu. ternyata persepsi itu salah. tidak salah jika kita bersahabat lebih dari satu. tapi jika mencari satu pun dah susah, inikan pula nak mencari ramai sahabat. betul tak?

mesti bersahabat.
kadang dalam usaha mencari sahabat, kena renung diri kembali, kenapalah aku susah sangat nak dapat sahabat?
sahabat yang memenuhi ke9-9 ciri sahabat wasiat alqamah. [klik sini]
adakah sikap keperibadian kita yang orang tidak suka?
adakah kurang doa kita kepada Allah untuk sahabat yang terbaik?
adakah kita hanya mengharap untuk mendapat sahabat yang baik, sedangkan diri, dan tidak pula mencuba menjadi sahabat terbaik kepada orang lain?

p/s: sudi bersahabat dengan saya? hehe.

Sabtu, Ogos 20, 2011

tips bersahabat

wasiat Alqamah kepada anaknya tentang tips-tips bersahabat.
dan Imam Al-Ghazali telah bukukan dalam buku Bidayatul Hidayah.
dan aku dengar siaran ulangan di radio Ikim.fm.

pertama faktor pemilihan orang yang bersahabat ialah orang berakal.
(aku tak dengar yang ni)

kedua nak pilih sahabat kena tengok akhlak sahabat.
camne nak tahu akhlak dia?
kena tengok semasa dia marah
dan tengok cara dia menangani nafsu apabila dirangsang.

ni wasiat Alqamah:
wahai anakku! apabila engkau mahu bersahabat dnegan seseorang maka buatlah persahabatan dengan orang yang:
1. apabila engkau berkhidmat kepadanya maka ia akan memelihara akan dikau.
2. apabila engkau bersahabat dengannya maka akan bertambah nilai dirimu.
3. apabila engkau ditimpa kesusahan ia akan turut sama menanggung kesusahanmu.
4. apabila engkau menolong akan dia nescaya ia akan membalas kebaikanmu.
5. apabila ia melihat akan kebaikan daripadamu nescaya mengambil kira ia akan dia.
6. apabila ia melihat pada dirimu akan kejahatan, nescaya menutup ia akan dia.

yang menutup kejahatan bukannya bersubahat. tetapi menasihat "jangan ulang lagi".
kena adil dalam bersahabat. bila sekali dia buat silap, kita dah marah dan putus sahabat! terus lupa 1000 kebaikan dia..

7. apabila engkau berkata nescaya membenarkan ia akan perkataanmu.
maksudnya kita bercakap benar bukan kaki kelentong.
8. apabila engkau mengusahakan akan sesuatu perkara nescaya menolong ia akan dikau.
9. apabila engkau berselisih dengannya pada sesuatu, nescaya melebih ia akan dikau.

jika berbeza pandangan, dia akan memuliakan pandangan sahabatnya. sama2 merendah diri. = dalam hal2 yang mematuhi syariatlah. kalau buat maksiat memang kena bangkang.

huhu.... seronok aku dengar. rasa nak ikut sambungan dia lagi lepas ni.

p/s: kalau ada anak, nak tulis wasiat macam ni lah, ataupun buat buku2 nasihat untuk anak. macam kisah Luqman Al Hakim. hehe...

Selasa, Jun 29, 2010

bulan mengambang



perjalananku ke suatu tempat.
menaiki motor sepupuku.
sambil mataku memerhati jalan.
sambil itu aku merenung ke langit yang biru.
tetapi di kala malam ia tidak biru.
ia gelap.
kerana cahaya itu tiada.
namun di sebelah langit kanan, langit itu biru.
bulan mengambang menyinarkan cahayanya.
jelas memancar ke bumi.
bulatnya jelas ku perhati.

perjalananku masih panjang.
masih segar mata memerhati arah dituju.
sambil itu aku terus mencari2 bulan.
tadi bulan itu di kanan, kini di kiriku.
di kala ku kecil, mengapa ia mengekoriku?
kiniku tahu.
bulan itu bukan mengekoriku.
tetapi aku yang mengekori bulan itu.
oh, bulan...
membayang bulan yang indah terbelah dua.
lalu masuk ke dalam jubahku.
memikirkan kelogikan akalku.
jelas aku tidak mampu.
mukjizat pada Muhammad SAW sangat hebat.
sukar akalku melogikkan.
hanya yakin diriku kepada Muhammad SAW menjadi pegangan.

bulan mengambang.
ku tiba di tempat di tuju.
tersenyumku melihat seorang sahabat di hadapanku.
dekat dihatiku, melihatnya seperti bulan.
menyinari hidup yang gelap.
senyumannya mengukir senyumanku.
maha pengasih Penciptaku.
sahabat seperti bulan mengambang.
aku juga teringin menjadi seperti bulan.
bulan yang mengambang.
dan bukan anak bulan atau bulan separa.
kerana aku ingin menyebarkan cahayaku seluas2nya.
bukan untuk kemegahan diriku.
tetapi untuk kesenangan sahabat2 di sekelilingku.

insyaAllah.

Ahad, Mei 30, 2010

cinta untuk sahabatku


cinta itu samar bagiku.
cinta wanita belum jelas di gambaran mataku.
tetapi ramai orang sudah menikmatinya.
apakah cinta itu tidak layak untuk diriku?

cinta wanita sangat mengasyikkan.
kerapkali kawan2ku melafazkan.
keliru daku memahami erti.
apakah cinta tidak asyik untuk diriku?

cinta wanita tidak kucari.
kerana hati belum mampu cinta Ilahi.
cukuplah Allah bagiku.
kerna Dia lebih tahu untuk diriku.
Dia menciptakanku sebaik2 kejadian manusia.
mampulah kira Dia untuk melengkapkan cinta buat diriku?

bukan aku terlalu baik untuk menyerah segalanya.
bukan aku terlalu buta cinta untuk menzahirkannya.
bukan aku terlalu malas untuk mencari cinta wanita.
cuma aku takut terjebak ke lembah kegelapan dalam proses pencarian.
cuma aku takut terperosok ke lembah fitnah dalam proses penilaian.
cuma aku takut terjerumus ke lembah maksiat dalam proses membuat keputusan.

terlalu lemah diri ini untuk semua ini.
cinta ini sangat menyakitkan untuk difikirkan.
hanya cinta Ilahi pengubat jiwa.

namun...
dalam hubungan manusiawi.
aku masih memerlukan cinta sesama insan.
cinta wanita?
cinta dunia?
cinta harta?
cinta sahabat?
pelbagai lagi bentuk cinta.
tetapi yang terdekat dengan diriku... cinta untuk sahabatku.

cinta untuk sahabatku.
dalam satu arus perjuangan.
menuju ke arah cinta yang satu.
cinta Ilahi.
sangat sukar untuk meyakinkan diri.
kerana hati ini masih belum merasa cukup untuk cinta sahabatku.

cinta untuk sahabatku.
ku ingin menjadi seperti Abu Bakr As-Sidiq.
dia bercinta sahabat kerana Ilahi.
ku ingin menjadi seperti Umar Al-Khatab.
dia bercinta sahabat kerana Ilahi.
ku ingin menjadi seperti Uthman Affan.
dia bercinta sahabat kerana Ilahi.
ku ingin menjadi seperti Ali Abi Talib.
dia bercinta sahabat kerana Ilahi.

di zaman serba maju.
apakah mampu aku menjadi seperti mereka?
arus zaman sangat mengujakan.
cinta sahabat yang utuh seperti 4 orang itu teramat sukar.
adakah contoh lagi di kala kemodenan kini?

cinta sahabat yang utuh.
seperti....
seperti....
siapakah yang harus aku jadikan contoh di zaman moden ini?
cinta untuk sahabatku.

maaf
maaf sahabatku.
aku cuba mencari contoh untuk cinta buat sahabatku.
tetapi tidak ku temu di zaman moden ini.
aku cuba bergurau senda denganmu, tetapi tidak enak bagiku.
aku cuba ambil bermain games denganmu, tetapi tidak ku tahu.
aku cuba masuk ke dalam duniamu, tetapi jelas dikau berbeza dengan diriku.
dirimu berbeza dengan diriku.
dirimu serba lengkap tidak sesuai untuk diriku.

cinta untuk sahabatku.
cukuplah andai dikau tahu, aku tidak sebaik untukmu.
maafkan daku, andai diriku bukan sehebatmu.
tetapi aku mohon dikau tahu.
cinta ini untuk sahabatku.
agar kita bersama menggapai cinta Ilahi.
seperti sahabat agung yang 4.
andai kita yang kedudukan 4,444,444 daripada nilai sahabat mereka yang 4.
tetapi cinta ini untuk sahabatku.
agar kita bersama bersatu.
bersatu menyahut cinta yang Satu.
untuk menegak agama yang Tinggi.
agar ummah boleh berdiri dengan kaki Sendiri.
inilah khusus cinta untuk sahabatku.

daripada
sahabatmu yang serba kurang

Rabu, Mac 17, 2010

masih mencari-cari

karya ku sendiri di kala sepi. Muhammad Arrabe'

masih mencari-cari....
mencari-cari sesuatu yang masih tersembunyi.
tersembunyi daripada penglihatanku.
penglihatanku mencari merata-rata.
merata-rata ku pandang sekeliling.
sekeliling ku cari ia.
ia terus bersembunyi dan aku terus mencari.

masih mencari-cari....
mencari-cari sesuatu yang ada di hadapanku.
di hadapanku pasti ia.
ia terus tidak ku temui.
temui ia sangat bererti.
bererti untuk diriku selamanya.
namun aku masih mencari.

masih mencari-cari....
mencari-cari sahabat lama.
sahabat lama yang sudah ku temui.
ku temui satu tika dulu.
tika dulu aku masih tiada jasad.
jasad itu belum tercipta untukku tempati.
tempati untuk aku kini diuji.
diuji di bumi yang sementara.
sementara untuk ke syurga.
syurga atau neraka.
neraka itu sangat ku takuti.

masih mencari-cari.
mecari-cari sahabat sejati.
sejati yang sentiasa menasihati.
menasihati sehingga ke saat rohku dicabut kembali.
kembali menghadap Ilahi.
Ilahi yang terus merahmati.
merahmati aku dan sahabat sejati.
sejati itu masih aku mencari.
mencari dan terus mencari.

masih mencari-cari.
mencari-cari Abu Bakr As-Siddiq
mencari-cari Umar Al Khattab
mencari-cari Uthman bin Affan
apakah aku seperti Ali bin Abi Talib?
layakkah aku mencari sesuatu yang tidak layak untukku?
padankah aku sahabat sejati seperti itu untukku?
sahabat sejati .....

masih mencari-cari...
sahabat sejati masih belum ku temui.
rupanya ia tersembunyi.
tersembunyi di sebalik hati ini.
hati ini belum menjadi sahabat sejati.
hati ini belum mampu menasihati diri sendiri.
hati ini belum layak menerima sahabat sejati.

masih mencari-cari?
perlukah aku terus mencari?
sedangkan sahabat sejati itu bermula dari hati ku ini.
jadikan hati ini sahabat sejati.
barulah datang sendiri sahabat sejati pada diriku.
yang akan terus membawaku ke mardhotillah.
sahabat sejati yang mengiringku ke syurga.
sahabat sejati yang terus saling mencintai.
mencintai kerana Tuhan yang Esa.
mencintai kerana Muhammad yang Mulia.
mencintai kerana Islam tercinta.
mencintai kerana Ummah sejahtera.
apakah sahabat itu akan datang kepadaku?
ya, setelah hati ini terlebih dahulu menjadi sejati.
sejati kepada Yang Maha Pencipta.

karya ku sendiri di kala sepi. Muhammad Arrabe'

Jumaat, Mac 12, 2010

manusia- syaitan vs malaikat


thx to - nur syawana murad asdina_88@yahoo.com. i wonder wat this email about... later, i read it. until the ending. opss... orait I will.. subhanaallah.. juz forward, but remember, this is only human thinking, Allah's knows everything. but please, listen to ur heart n do the good deed! iA... syaitan have many ways to attack us, beware.

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... ..
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .....

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .....
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ...

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ...... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2

Ahad, Disember 13, 2009

mencintaimu sahabat


sahabat...
di keheningan malam ini.
aku tidak mengerti kenapa ku menunggumu.
menantimu di bawah gemerlipan bintang.
bintang yang berselerak.
aku memerhati dengan tenang.
melihat kebesaran Maha Pencipta.

sahabat...
aku terus menantimu.
menantimu di sebatang pohon.
pohon yang indah.
akan tetapi ia tidak berdaun.
melihatnya, aku rasa sayu dan sepi.
sambil mataku merenung jauh ke hadapan.
menantimu dan terus menanti.

sahabat...
engkau datang kepadaku.
dalam erti persahabatan yang tulus.
melihatmu, mengingatkan ku kepada Allah.
mencintaimu pun kerana Allah.
kerna kau adalah sahabatku.
yang sering memahamiku.
yang sering bersamaku.

sahabat...
dikaulah rahmat dari Allah untukku.
moga pertemuan singkat ini, terus merahmati kita.
dalam kita terus memacu diri ke mardhotillah.
kerna ku mencintaimu, sahabat.

Ahad, November 22, 2009

sahabat itu indah dalam kesibukan


"berkongsi rasa"

aku berpengalaman dalam bidang ni agaknya.
bidang kesibukan.
memang banyak yang ingin aku berkongsi pengalaman kesibukan ini.
jika diizin Allah ingin aku bukukan tentang kesibukan ini.
sudah 6 tahun berlalu.
kesibukan makin bertambah.
mungkin ada yang lebih sibuk bagiku.
tetapi aku yakin ramai yang tidak sibuk dariku.

aku bermula secara mendadak, tanpa orang duga aku akan jadi begini.
apa yang mengubahku?
itu rahsia. ia bermula dari tingkatan 4.
pasti ada yang tahu, dan ada yang bertanya.
tapi perubahan itu atas sebab yang memaksaku.
yang menjurus aku berubah 100%.
sehingga aku mengalami pelbagai masalah penyesuaian diri.

aku yakin.
ramai yang baru berjinak2 dengan bidang kesibukan ini di universiti.
dan ada yang terpegang banyak jawatan dalam masa yang sama.
itu memang bahaya bagi orang yang kali pertama.
sebab? ada rahsianya.
aku kasihan melihat adik2 ku menjadi mangsa kesibukan.
bagi dia seronok, tapi hakikatnya, dia tak mampu mengawalnya.
dia akan menghakis sedikit demi sedikit.
hakis apa?
ada yang kamu tidak tahu...

kesibukan vs persahabatan?
ia berkaitan. dan saling mempengaruhi.
orang yang sibuk, sangat terkenal dan diketahui ramai.
memang aku tak nafikan.
dan kesibukan ini juga yang kadangkala, memisahkan kita dari persahabatan.
kenapa?
ada sebabnya...

bagiku satu...
kesibukan itu menilai persahabatan.
kenapa?
masihkah rahsia?
aku tidak berahsia bab ini.
sahabat itu yang memahami dan mengerti kita.
sahabat itu yang menyeimbangkan diri kita.
sahabat itu yang berada bersama kita dalam susah dan senang.
persahabatan itu adalah suatu ikatan yang terjalin daripada suatu perasaan cinta kerana Allah dan mereka saling melengkapi.
persahabatan ini bukan untuk seorang individu semata2. ia boleh berjuta.
benarkah?

rasulullah? berapakah sahabatnya?
itulah sahabat yang kita harapkan, bagaimana dalam kesibukan rasulullah SAW, pelbagai sahabat sentiasa berdamping dengannya.
carilah sahabat sebenar kita dalam kesibukan.
kamu akan mengenal sahabat yang memang ikhlas denganmu kerana Allah.
berusaha dan berdoalah untuk mencari sahabat itu.
jika tidak 10, seorang pun jadilah.
andai ketemu, jagalah, dan bersamalah membimbing hubungan ini ke jalan yang diredhai Allah.

[sahabat itu indah dalam kesibukan]

Isnin, Jun 15, 2009

dia bersendiri

"setiap orang mempunyai masalah. tetapi..."

pasti kita akan terasa dengan orang lain.
tetapi apa tindakan kita yang sewajarnya.
lain orang lain tindakan.
kalau si panas baran, mengamuknya tidak keruan.
kalau si manis pemalu, menangisnya bertalu2.
kalau si sepi pendiam, diam seribu batu tapi dalam hatinya.....

3 situasi ni lazim bagi aku.
aku pernah mengalami sikap yang pertama sewaktu kecil.
tapi sewaktu sekolah menengah aku sedar kesalahanku.
dulu, aku suka cemburu semasa kecil.
di sekolah rendah, aku mengamuk bila aku disisihkan oleh kengkawan.
entahla, terasa sangat marah bila kawan yang rapat, tak layan kita.
aku mengamuk dengan teruk, tolak meja, sepahkan sampah.
memang teruk.
dengan harapan pada masa itu, orang akan pandang aku.
dan memujuk aku.
tapi setelah akal aku mampu fikir baik buruk, aku sedar.
ia merugikan aku.
malah harapan aku, sia2.
marah dan amukan aku, tak menyelesaikan masalah.
kerna syaitan menguasai diri kita.
akhirnya, penat, cacian dan orang pun makin jauh dari kita.

mengapa aku perlu marah dan mengamuk sebegitu?
puaskah? selesaikah masalah?
tidak sahabatku sekalian.
baru ku mengerti pada tika itu, kenapa kita diminta untuk kawal kemarahan.
islam memberi kita panduan.
kawallah marahmu. duduklah.
jika masih marah, baring, jika masih tidak mampu kawal...
ambillah wudu'...
insyaallah.
aku mengamalkan saranan ini. syukur kepada Allah, panas baranku hilang 10 tahun yang lalu.
jika aku terlanjur sekali lagi, tegurku ye...

situasi kedua turut aku alami sewaktu di sekolah menengah.
aku akan cepat terasa. aku pendam...
pasti aku akan menangis seorang diri.
sungguh lembut hatiku masa itu.
aku segan untuk luah depan orang, tapi aku sembunyikan.
pendam dan terus aku pendam.
akhirnya aku menangis di atas katil..
lantas tertidur, esok pagi, mata bengkak.
hampir 3 tahun...
sejenak muhasabah, apa guna air mata mengalir ini?
kenapa dibazirkan begitu banyak.
kenapa harus menangis hanya kerana masalah kecil?
apakah ia mampu menyelesaikan masalah?
apakah tangisan itu membuatkan orang datang kepada kita dan minta maaf.
kenapa aku harus terus menangis??

syukur alhamdulillah.
aku mampu untuk berhenti menangis kerana hal2 remeh.
tangisanku hanya sia2 apabila aku lemah.
kerana tangisan ini tak menguatkan diri aku.
malah menambah kelemahan diriku.
apakah aku mahu terus menangis?
bangun arrabe'!! jangan menangis.
la tahzan, jangan kau bersedih.
indahnya peribadi rasulullah, tangisannya hanya untuk Allah.
kenapa aku perlu menangis untuk manusia?
menangislah kerana Allah.
kesilapan kita tadi, perlu ditangisi dan disesali dalam solat hajat dan taubat.
tangis kepada Allah inilah yang akan menguatkan diri kita.

situasi ketiga aku tak pernah mengalaminya.
tapi, aku melihat kawanku yang seorang.
jelas terpancar, kemurungannya.
hampir seminggu. setelah disenda, terbit riak tawanya.
lama kelamaan, kembali menyepi.
diam membatu.
dalam hatinya, Allah je yang tahu.
aku melihatnya, sedih dan simpati, aku faham perasaannya.
tapi aku tak mampu menenangkannya.
kerna itu dirinya, bukan diriku.
hanya dia sendiri yang mampu menenangkan dirinya.
bukannya aku.

kadang dia menangis sendirian, duduk sendirian.
aku tak pasti apakah dia menghadapi masalah lain?
segan untuk aku bertanya.
aku jadi buntu...
kerap kali dia bertanya, "kenapa Allah turunkan dugaan kepada kita?"
bagiku, jangan kita melihat kepada dugaan ini.
tapi lihatlah kepada nikmat yang Allah berikan.
betapa banyaknya nikmat berbanding dugaan yang Allah berikan kepada kita.
orang yang dimarahi ibunya, bukan kerna ibunya benci!
tetapi ibu itu mahu menyedarkan anaknya, sayangnya dia kepada kamu.
Allah juga amat sayangkan kita, DIA nak uji, apakah kita sayang kepadaNYA?
salahkah DIA berbuat begitu?
apakah kita bersyukur? apakah kita ingat dan sayang Allah??

dugaan itu banyak dan pelbagai.
ramai orang menghadapinya, dan ramai yang tewas dan menyalahkan tuhan.
benci sangatkah kepada Allah?
kalau kamu benci, pulangkan segala nikmat yang dia beri kepada kamu tu!!
andai engkau benci pakwe kamu, dan nak clash.
pasti kamu akan jauh darinya.
dan pulangkan semula semua barang dan hadiah yang pakwe bagi kan.
dengan harapan hatimu akan puas!
tapi, apakah mata dan tangan bukan milik Allah?
apakah tanah bukan milik Allah?
apa yang engkau tinggal??
bencikah kamu kepada Allah lagi??
kejamkah Allah menduga kamu sebegitu??

jangan sesekali kita berfikir sebegini.
jika anda sangka anda paling hebat dugaan, lihatlah orang lain.
hebat lagi, ibu yang kematian anaknya.
hebat lagi, anak kehilangan bapa.
hebat lagi, rakyat palestin diseksa israel.
hebat lagi, insan yang dinoda maksiat.
anda?
bersabarlah, surah al-asr, sering kita baca.
beruntunglah orang yang bersabar dengan ketentuan Ilahi.
kuatkan amal ibadat kepada Allah.
bina pertahanan iman dan diri dari gangguan syaitan dan manusia yang jahat.

sekalipun hatimu dilukai, jangan menyendiri.
carilah sahabat yang memahami dan mampu membawa kita ke jalan kebaikan.
jika bersendiri, syaitan akan menemankan anda.
ditanam sekuat2 dendam dan amarahmu.
pelbagai sangkaan dan hasutan untuk menyalahkan Tuhan dan orang lain.
suarakan suara hatimu kepada orang tu.
nyatakan teguran kamu, agar mereka mengerti.
setiap manusia melakukan kesilapan.
maka, tegurlah mereka yang tersilap dan yang menyakitkan hati kita.
fahamilah teguran itu, dan berubahlah.
terima teguran sebaiknya.
jangan ego yang melampau.
sesungguhnya ego itu, datang dari sifat syaitan.
jauhkan ego, terimalah mereka seadanya.
dan maafkan mereka, pegang tangan mereka (sejantina), dakaplah mereka.
rasailah dan fahamilah perasaan mereka.
sesungguhnya bersendiri takkan menyelesaikan masalah!

[bersendiri... ada kebaikan dan keburukan. bersendirilah dengan ibadah kepada Allah. tapi jangan bersendiri untuk syaitan]

Selasa, April 14, 2009

dia sudah terbang

"andaiku boleh menjadi burung"

...
akan ku terbang menggapai awan yang biru.
akan ku perhati manusia berkeliaran di bumi
andaiku sebuah kapal terbang...
pasti akan ku bawa kawan2ku ke langit merentasi benua.
sedihla pulak...

semalam aku menghantar sahabatku ke perancis.
tapi aku hantar sampai di KLIA je.
syukur ada 4 orang sahabat turut serta.
kalau tak, aku tak mampu nak pergi sorang.
reza, aku kenal dia pun tahun lepas.
itupun melalu blog.
ntahla, blog ni memberi banyak pertemuan yang tak dijangka.
bermula dari situ, kami bersahabat.
tiba tarikh yang dijanjikan Allah, dia menyambung pelajaran ke sana.
kami tiba 7.30malam.
agak sibuk si reza, kami takmahu ganggu...
tengok je dari jauh...
kesian pulak aku tengok kawanku yang 4 terpaksa melayan aku..
seolah2 mereka bosan, tapi mereka sanggup teman aku jugak.
jam 9.30 baru dapat bersuamuka dengan reza.
sempat berborak sebentar je.

sesungguhnya setiap pertemuan ada perpisahan.
dan pasti ada pertemuan semula kelak.
dah 4 orang sahabatku merantau di negara orang.
meskipun hati ini ingin terbang bersama, tapi apakan daya.
kepak ku belum cukup kuat untuk terbang bersama.
hanya melambai dari bumi, melambai ke langit..
mendoakan kamu berjaya di sana dalam usahamu.
moga engkau terbang dengan selamat.
carilah keredhaan tuhanmu di sana.
janganlah tersalah cari.
semoga Allah merahmatimu wahai si burung yang kecil dan kuat...

[az zukhruf ayat 67 -subhanallah, hebatnya erti persahabatan.]

Ahad, November 30, 2008

pertemuan yang tak disangka

"aku memang dah rancang dengan SR sejak 2 mingggu lepas."

apa yang aku rancang? hehe.. 
rancangan nak pergi festival nasyid kebangsaan.
aku sebenarnya pernah pergi juga tahun lepas, tapi dengan faris syahmi.
kali ni dengan SR.
 
SR suruh aku rahsiakan nama dia.. ceewah, rahsia sangat ke?
ni gambar dia.
sebelah SR ni ayah dan mak aku.
nak tengok ke mak ayah aku? hmm..
jap tanya mak ayah dulu k.. hehe..

punye la khusyuk aku tgk majlis bermula.lampu lak gelap. 
aku toleh kiri. sapa duduk hujung ni.
ops, dia pandang aku. aku buat2 pandang atas.
dia cam tengok aku cam semacam? siapakah dia?
hehe, lelaki la.. aku renung gak dia. mata bertemu mata.
eh,aku kenal mamat ni. fadhlullah.
kawan matriks aku dulu..
budak UPSI. tak sangka aku jumpa dia kat sini.
aku tanya dia, banyak2 tempat kenapa duduk sini? hehe.
ntahla. kalau Allah nak pertemukan kita, kat mana2 pun boleh, kan?

pertemuan seterusnya.
yang ni antara bapak aku dengan anak muridnya.
ustaz isman (hijjaz). aku senyap jela.
dengar je perbualan diorang berdua.
ustaz tanya mana anak ayah aku. ayah aku tunjuk aku.
huh, segan aku. dia bagi nombor tepon dia.
syukur.
lepas abis semua ni, ayah aku ajak balik je. aku tak suka balik awal.
yela, bukan senang nak ambil gambar artis.
sian SR teman aku. maaf ye.
tapi aku memang gitu, kalo kat majlis best2 jangan mimpi la nak terus balik.
sebab tiap2 tahun aku balik lambat, masa tu jugakla aku jumpa artis2.
tapi aku bukan jenis gila artis. artis yang baik jela. hehe.

punyalah cari hafiz hamidun. huh..
hilang la dia. nampak lak muadz (artis hadis tu)
tapi dia sibuk bergambar atas pentas.
biarla. aku tak kenal dia sangat.
aku tengok kat hujung, sapala budak berserban baju putih.
eh, ni junior aku (masa sekolah)
sayang sangat kat budak ni. sejak masuk UIA.
susah nak jumpa dia dah.
nama dia Ahnaf. memang minat nasyid.
insyaallah tak lama lagi buat album la tu..
alamak, aku terlebih senyum la.
tapi yang pasti ahnaf tak dapat lawan jambang aku. ish3.
aku sian tegok SR. jomla balik.
waktu nak balik , SR nak gi tandas.
ada la budak ni, pelik aku.
dia gi salam aku. wah.. nak je aku cakap aku bukan artis.
tapi taknak dia malu, biar jela. aku jadi segan lak.

turun je eskelerator, belakang aku ialah nabil(far east)..
nak ambil gambar ke tak.
aku memang minat dia ni.
keperibadian dia amat baik. 
huh, rugilak aku kalau tak ambik gambar.. huhu
aku kuatkan semangat ambik gambar dengan dia.
dapat jugak. syukur. dia peramah, tanya aku cos apa kat mana dll.
tapi yang aku kesal, ish3, kenapa tak minta nombo hp?
artis nak ke bagi nombo dia??
apa yang pasti, semua ni ketentuan Allah. kita tak sangka semua ni boleh terjadi, tapi hakikatnya, inilah kuasa Allah.
begitu perihal jodoh, kalau Allah nak pertemukan kita dengan bakal isteri kita, sekejap je Allah boleh buat. 
jadi, janganlah nak kapel2.. nanti kesal tak berguna. 
alamak, salah masuk topik da...

papepun terima kasih SR

[picc, 29november08,11.30malam]