Selasa, April 14, 2009

dia sudah terbang

"andaiku boleh menjadi burung"

...
akan ku terbang menggapai awan yang biru.
akan ku perhati manusia berkeliaran di bumi
andaiku sebuah kapal terbang...
pasti akan ku bawa kawan2ku ke langit merentasi benua.
sedihla pulak...

semalam aku menghantar sahabatku ke perancis.
tapi aku hantar sampai di KLIA je.
syukur ada 4 orang sahabat turut serta.
kalau tak, aku tak mampu nak pergi sorang.
reza, aku kenal dia pun tahun lepas.
itupun melalu blog.
ntahla, blog ni memberi banyak pertemuan yang tak dijangka.
bermula dari situ, kami bersahabat.
tiba tarikh yang dijanjikan Allah, dia menyambung pelajaran ke sana.
kami tiba 7.30malam.
agak sibuk si reza, kami takmahu ganggu...
tengok je dari jauh...
kesian pulak aku tengok kawanku yang 4 terpaksa melayan aku..
seolah2 mereka bosan, tapi mereka sanggup teman aku jugak.
jam 9.30 baru dapat bersuamuka dengan reza.
sempat berborak sebentar je.

sesungguhnya setiap pertemuan ada perpisahan.
dan pasti ada pertemuan semula kelak.
dah 4 orang sahabatku merantau di negara orang.
meskipun hati ini ingin terbang bersama, tapi apakan daya.
kepak ku belum cukup kuat untuk terbang bersama.
hanya melambai dari bumi, melambai ke langit..
mendoakan kamu berjaya di sana dalam usahamu.
moga engkau terbang dengan selamat.
carilah keredhaan tuhanmu di sana.
janganlah tersalah cari.
semoga Allah merahmatimu wahai si burung yang kecil dan kuat...

[az zukhruf ayat 67 -subhanallah, hebatnya erti persahabatan.]

3 ulasan:

arrabe' berkata...

entahla...
bila dia ada, tak rasa pape.
bila dah tiada, baru terasa kehilangan dia.
subhanallah, hebat kuasa Allah.

afiq...ludin...ferdi... berkata...

mmm...lumrah kita sebagai manusia arrabe'...memang begitu...apa2 pun kita doa la sama2 moga dia selamat di negara org kan...n selamat kembali..pasti dan pasti dia takkan lupakn kamu..

arrabe' berkata...

syukran akhi