Rabu, April 08, 2009

penat macam najib...

"menunggu waktu maghrib di masjid UKM"

sahabat aku datang kepadaku..
rindu dengan dia.. meskipun satu fakulti, tapi susah betul nak jumpa.
almaklumlah, masing2 sibuk dengan tanggungjawab.
dia bersandar disebelahku.
"penat" keluar dari mulut dia.
kepalaku bergema seketika.
entahla, macam pantang skit dengar.
meskipun aku sedar, aku pun sentiasa sebut penat.
tapi....
aku terfikir, apa pulak orang lain yang banyak jawatan.
aku terbayang muhammad bin abdullah yang lagi banyak tanggungjawab.
ketua keluarga, ketua negara, ketua ummah, rasul, ketua perang, dan lain2.
kita?
hanya ketua bagi persatuan yang kecik.

aku terbayang najib.
najib razak yang baru jadi perdana menteri baru.
dahlah banyak kerja dulu, saje2 je nak tambah beban pada diri dia.
kan dia ni jadi bahan sasaran orang.
ramai yang nak jatuhkan dia dan sebagainya.
tapi bagaimana dia yang sibuk dengan semua ni, tak pernah penat pun.
muka nampak sihat dan tidak lesu.
patutkah dia menunjukkan penat dia??

aku bukan BN atau PR. 
nak kata di atas tembok? tak pastilah.
bagi aku, yang mana baik, aku akan sokong.
yang mana yang ragu2, lebih baik aku senyap.
yang mana dah jelas tak baik, aku bangkang.

aku mengambil contoh najib (meskipun aku banyak dengar cerita pasal dia)
aku taknak menyambung cerita hal dia.
aku pun taknak buruk2kan dia.
aku pun taknak puji2 dia.
sebab dia aku tak kenal. aku taknak bias.
cukuplah kita ambik yang baik dari dia.
andai kita, dikutuk dihina dan dicerca.
janganlah kita givup dan menunjukkan kita lemah.
bangkitlah. sebab andai kita lemah dan penat.
MUSUH lagi senang menyerang kita.

penat itu, semua penat.
tapi apakah musuh tak penat juga?
apakah musuh berhenti dan tidur untuk menghilangkan penat?
contoh lagi.
penat belajar. apakah exam dah dekat membuatkan kita makin berehat sebab penat?
dengan mengharap, kan bagus exam ditangguh?
apakah exam boleh ditangguh? sedangkan ia dah tetap.
melainkan Allah yang tangguhkan.
jadi, jangan penat. meskipun aku sering sebutnya.
jom hindarkan perkataan PE NAT.

[mak kat umah pun penat. tiap hari, basuh baju, masak, dll. tak bising pun]

3 ulasan:

arrabe' berkata...

janganlah kerana polotik kita menjadi fanatik
kerana apabila fanatik, kita akan lupa sesuatu yang realistik dan asik melastik.
akibatnya, kita jadi macam plastik.. ditiup angin terbang tanpa statik. hehe

researcher berkata...

salam perjuangan,
tips utk x rasa 'perasaan' penat.Sebarkan..
Lafazkan:
#لا حَوْلَ وَ لا قُوَّةَ اِلَّا بِاللّهِ
- La Hawla wa la Quwatta illa Billah (There is no Might or Power except with Allah)

[the above is] a treasure from the treasures of Paradise..

Allah Knows Best

arrabe' berkata...

thanks..