Memaparkan catatan dengan label mohon bantuan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mohon bantuan. Papar semua catatan

Khamis, Mei 20, 2010

elak mengata dia 'Islam'



elak mengata dia 'Islam'.
hmmm... anda faham?
baca semula.
elak mengata dia 'Islam'.
adakah anda faham?
cuba baca semula.
elak mengata dia 'Islam'.

aku tidak mengatakan dia 'Kafir'.
aku bukan penghukum.
aku tidak mengatakan dia 'Kafir'.
aku bukan penentu akidah seseorang.
aku tidak mengatakan dia 'Kafir'.
sebab aku hanyalah insan biasa seperti kamu.

Ratu Cantik di USA.
tiada apa yang menariknya.
Ratu Cantik Islam di USA.
hmm... yang ni aku sangsi.
Miss Universe USA beragama Islam.
adakah ia satu perubahan untuk umat Islam?
perubahan untuk bersifat terbuka?
terbuka untuk mendedahkan yang bernilai?

Terorist atau pengganas.
biasa bagiku.
banyak boleh dilihat dalam filem yang ganas dan kejam.
Pengganas Islam atau Pengganas Muslim.
hmm.. yang ni aku musykil.
Muslim Terrorist atau Terrorist is Muslim?
adakah ia suatu ungkapan untuk kita jadi pengganas?
atau suatu label untuk menyatakan kita pengganas?

elak mengata dia 'Islam'.
kenapa?
adakah kamu nak menuduh dia 'Kafir'?
kenapa kamu nak menghukum orang tuh?
bolehkah kita menuduh orang lain murtad?

elak mengata dia 'Islam'.
yup. mungkin anda tersalah faham maksud saya.
saya kata elak mengata dia 'Islam'.
bukan kata 'dia Kafir'.

media.. media.. media..
penulis dan pengarah atau penerbit perlu ambil ilmu psikologi.
sebab media adalah faktor doktrinisasi manusia.
media sangat berpengaruh!
boleh menyebabkan manusia terpengaruh!

media.. media.. media..
siapapun yang menang Ratu Cantik di mana sekalipun.
perlukah isu itu dihangatkan lagi dengan 'dia Islam'.
apakah rakyat yang baca, akan faham maksud media ini?
'dia Islam'
'dia Muslim'
'Muslim menang Ratu cantik'
'lawa ratu cantik Islam tuh'
'apa salahnya dia Islam'
'Islam bagi umat dia masuk ratu cantik.'
'kan seronok kalau Islam tak perlu tutup2'
mungkin penyataan di atas tidak dinyatakan dalam media.
tapi pasti ada yang terlintas dalam fikiran mereka.
apatah lagi yang jarang memahami ayat AlQuran dan suruhan Allah.

perlukah kita menjaja isu ini menggunakan nama Islam?
'dia Islam'
'Islam pengganas'
'yang bom diri tu Islam'
'Islam benarkan umat bom diri'
'Islam suruh jihad'
'Islam kejam'
apakah pandangan rakyat yang asyik bergantung pada akhbar bukan AlQuran.
label pengganas dah melekat kat Islam.

label ratu cantik akan melekat kat dunia Islam pula?
sedangkan niqab diharamkan di kebanyakan negara.
inikan pula unsur 'menggalakkan umat Islam berbogel di khalayak'
perlukah penyataan ini?
elakkan mengata dia 'Islam'.

tidak semua orang Islam itu benar-benar faham mengapa dia memeluk Islam.
dan Islam itu hanya penting pada kad pengenalan.
tapi tidak pada hati dan iman.
apakah kita mahu meneruskan 'nila setitik ini terus menerus rosak susu sebelanga'?

sahabat2ku yang dirahmati Allah.
apapun penyataan antum dalam blog, facebook, akhbar, tv, web, sms dan lain2 media.
elakkan mengata dia 'Islam'.
jika dia melakukan perkara2 yang teruk/aib. tutuplah kemaluannya itu.
jangan kaitkan dia dengan 'Islam' dalam media anda.
kerana Islam bukan agama yang mengaibkan orang.
kerana Islam sangat menjaga maruah wanita melalui penutupan aurat.
kerana Islam tidak menyuruh untuk membunuh diri.

bersihkanlah 'Islam' dengan perkara2 yang baik.
jika ada 'Islam' yang melakukan perkara yang tidak baik, nasihatilah dengan baik.
sama2 kita membela agama 'Islam' dengan sepenuh jiwa!
jagalah nama baik 'Islam' ini.
anda duta kepada 'Islam'.
anda sedang mempromosi akhlak 'Islam'
awasi langkah kita!
anda mampu!
anda penyambung warisan Nabi Muhammad SAW!
sebarkan! sebarkan! sebarkan!
akhlak islam yang sebenar!

Ahad, Julai 05, 2009

kebangkitan mangsa boikot

"rancak gila kita memboikot pada awal tahun... kini?"

sememangnya benarlah ayat Quran.
manusia ni memang mudah lupa.
bukan setakat melayu (bak kata mahathir mohamad)
mungkin lupa benar atau buat2 lupa.
kita lupa dulu kita rancak memboikot.
kerana kita sayang sangat kat palestin.
tapi sekarang kita mula semula beli barangan yang kita boikot dulu.
entahlah. apakah kita tidak sayang pada palestin?
sebab palestin dah aman?
aku pun kadang terbeli dan membeli berus gigi colgate.
meskipun, ubat gigi aku dah tak pakai colgate.
kekuatan kita menjadi lemah.
semangat kita yang membara dan menyala2, mulai pudar dan malap.
api kemarahan kita dah mulai luntur seiring dengan keredaan israel terhadap palestin.
kita sayang umat seislam kita di sana.
tapi, kita tak mampu menzahirkan secara terus.
sebab kita tak melihat mereka.

kita hanya simpati tapi tak empati.
kita nak bantu palestin, tapi jauh.
kita nak peluk sahabat kita di sana, tapi sukar.
kita hanya simpati sebentar.
sebab kita tak berhadapan dengan mereka.
andai kita jamah makanan, apakah mengalir linangan air mata teringatkan sahabat kita di palestin?
tentu tidak. sebab kita hanya simpati.
apatah lagi dalam usaha hangat2 memboikot.

aku berjaya memboikot semua produk amerika dan penyokong israel.
syukur alhamdulillah.
tapi, hanya berus gigi colgate yang masih aku belum hindarkan.
akan ku usahakan.
tapi, perasan kah kalian?
ada satu agenda kotor yang dimainkan mangsa boikot sekarang.
jika anda melihat televisyen, anda pasti perasan.
pemboikotan kita yang membara dahulu berjaya menjatuhkan keuntungan mereka yang berlipat ganda dahulu.
dan kini, mereka tahu, kita hanya hangat2 tahi ayam.
dan kini, mereka mulai bangkit.
dan mulai menusuk jarum2 halus dalam mentaliti ummah.
perasankah sahabat2ku.
iklan PPIM yang melarang penggunaan produk berfluorida.
iklan PPIM ini sekaligus menyeru untuk memboikot colgate, darlie dan lain2.
namun, mereka bangkit, dengan Colgate mengeluarkan iklan yang menghina kita.
memperli dengan doktor gigi menasihatkan ibu budak untuk bukan sahaja pakai ubat gigi yang halal malah berfluorida.
perasankah kalian, PPIM menyatakan hujah fakta yang jelas.
tapi Colgate tidak. hanya kata2 tapi tiada fakta.

iklan fresh n white. skrip iklan amat teruk.
seorang yang pakai kain pelekat duduk sambil baca surat khabar.
lalu anaknya datang menyuruh gosok gigi.
dengan fresh n white.
perlu ke seorang yang memakai kain pelekat?

iklan carrefour kot.
menangis tengok cerita hindustan.
tapi ibu dia bagi tisu yang kecil.
dengan alasan nak jimat.
perlu ke si suami berpakai kopiah menyeru untuk beli barangan di carrefour??
perlu ke begitu?

banyak lagi iklan yang menggunakan orang berkopiah dan berpelekat sebagai penaik balik produk mereka.
apakah alasan dan sebab?
kenapa tak guna perempuan gedik badan seksi?
kan itu lebih laris promosi?
nampak sangat mereka hendak menarik perhatian kita semula.
cuba untuk mencucuk jarum untuk kita terpengaruh untuk tidak memboikot lagi.
bahaya sungguh.
bahayanya kerana gambaran iklan ini, menggambarkan orang islam tidak memboikot lagi.
orang islam perlu menyokong mereka kembali.

sahabat2ku, meskipun itu hanya iklan.
kuatkan janji kita sebelum ini!
boikot dan terus boikot!!!!
jangan biar mereka bangun.
sahabat kita di palestin masih merana.
bagi yang berkerja di situ/ syarikat diboikot, beralihlah.
cari ikhtiar untuk mencari tempat yang cerah masa depan.
meskipun sukar, perlahan2.
cubalah sebaik mungkin.
janji tetap janji.
boikot colgate, KFC, dll.
apatah lagi rokok!

[teruskan memboikot. dan sokonglah produk muslim]

Rabu, Disember 17, 2008

aku mencari buku

"membaca boleh menajamkan minda"

tahun 2009, aku sudah berazam untuk membeli buku sebanyak mungkin.
aku nak buat mini library dalam bilik aku.
ala.. macam pos yang lalu ni..
tapi masalah utama aku ialah $$$$$$

ada seorang hamba Allah ni, bagi petua.
camni petua dia. 
pastikan setiap hari, aku menyimpan sekurang-kurangnya RM2.
tapi bergantung pada kemampuan la.
kalau dah bergaji, RM10 atau lebih lagi baik.
dan jangan sesekali guna duit tu. 
kumpul kumpul dan kumpul..
sampai tiba pesta buku antarabangsa di PWTC.
selalunya bulan mac tiap2 tahun.
waktu ni, keluarkanlah duit yang kita kumpul tu untuk beli
.
andaikan aku kumpul RM2 sehari darab dengan 360 hari
aku boleh dapat RM720. dan aku boleh beli dalam 24 buku (anggaran 1 buku RM30)
wah.. banyak gak tu..

teringat seorang lagi kawan aku..
dia ajak aku pegi pesta buku tahun 2008 lepas.
dia siap bawa senarai buku yang dia nak beli.
wow.. memang aku kagum. jadi dia tak rambang mata untuk beli buku.
aku pun nak ikut langkah dia la...

jadi, sekarang, aku nak minta jasa baik semua untuk bantu aku pilih buku.
cadangkan buku yang best: tak kisah buku melayu atau inggeris.
tak kisah novel, ensiklopedia, motivasi, agama, ekonomi dll..
tolong sangat2 bagi nama penulis, tajuk dan penerbit ..
k.. kalau ada harga lagi baik..

[mengharap bantuan anda]

Isnin, Disember 01, 2008

aku dilemma1: persatuan?

vs

"pening fikir, tolong bantu aku"

antara menyertai persatuan dan mengelakkan diri dari persatuan..
mana patut aku pilih?

aku terasa penat bila berpersatuan. macam2 kerja nak kena buat.
terfikir aku, kan lebih baik aku duduk umah, membaca buku, relax, online, jalan2.
dapat juga rehat2kan minda.

tapi kadang fikir balik, lebih baik aku berpersatuan.
dapat juga aku pengalaman dalam berorganisasi.
dapat tingkatkan aku punya soft skill.

malangnya, aku kurang masa untuk timba ilmu.
aku jarang dapat membaca 10 muka surat dalam sehari.
nak tengok surat khabar pun, baca tajuk besar je.
kadang nak studi pun kurang masa.
sebab: berpersatuan.
dilema jugakla.. tapi takdela pada tahap kritikal.

jadi minta jasa rakan2 bantu aku dalam curahan pendapat.
mana patut aku pilih. aktif berpersatuan atau rileks sudah.
aku akan lawat balik blog ni pada 7 disember 2008.
salam ukhuwah.

[nak bertolak ke seberang takir terengganu untuk 4 hari]