Memaparkan catatan dengan label makanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makanan. Papar semua catatan

Sabtu, Mei 30, 2009

barang jualan vs penjual

"isu ni mungkin ada sestengah tak setuju, tapi ni pandangan aku saja"

barang jualan adalah barang yang kita nak beli.
selalu di pasar, kedai, pasaraya, pasti ada barang yang kita nak beli.
semua benda kita nak beli perlu duit.
lainlah masa dulukala.
tukar2 barang mengikut keperluan.
tapi zaman moden ni, bukan ikut keperluan dah.
malah, yang tak perlu pun, kita rasa perlu dibeli.
kan?
nilah semangat konsumerisme.
aka membazir atau mengikut hawa nafsu.

hari tu aku pergi pasar malam.
hampir setiap hari di bangi ada pasar malam.
aku dah muak pergi pasar malam.
mungkin sebab tiap2 minggu pergi pasar malam. hehe.
isnin: (tak ingat)
selasa: seksyen 16 (shell) (area rumah aku masa sekolah rendah)
rabu: seksyen 4 (area rumah aku waktu form 2)
khamis: seksyen 7 (area rumah aku)
jumaat: seksyen 4
sabtu: seksyen 16
ahad: (tak ingat)
bila nak pergi pasar, biasalah makanan jadi barang jualan yang dibeli.

cari punya cari buah epal fuji.
aku di seksyen 4.
penjual pertama, budak muda.
penjual kedua, pakai rantai perak
penjual ketiga, pakai rantai emas
penjual keempat, hisap rokok.
aku tak tahu nak beli kat sapa.
kalau aku nak beli epal fuji yang segar, aku beli kat penjual 4.
tapi, dia hisap rokok.
taknak aku sumbang duit aku kat dia.
ke2 dan ke3 pakai rantai pulak.
alamak hai..
tengok pun aku tak gemar nak beli.
patah balik ke penjual 1, hmm, budak muda ni tak hisap rokok dan tak pakai rantai.
tapi buah tak segar sangat la..
barang jualan vs penjual?
mana patut aku utamakan?

orang kata kita kena sokong produk malaysia.
ok.. goood.
aku memang sokong.
orang kata kita kena sokong ekonomi orang melayu.
ok.. gooood. but not really..
seramai mana orang melayu yang reti senyum?
seramai mana orang melayu yang layan pelanggan dengan baik?
sakit hati lagi kita nak membeli.

prinsip aku kalau nak membeli -
1. tengok dulu barang jualan yang kita nak beli.
kalau barang jualan tu, takde orang muslim yang hasilkan, memang nak taknak kena beli jugak.
contoh: tv, radio, komputer

tapi kalau ada orang muslim yang hasilkan, aku akan utamakan buatan orang muslim.
contoh: colgate dan halagel. pasti aku beli ubat gigi buatan muslim.

2. tengok mutu barang jualan
kalau barang jualan tu muslim punya, tapi ada banyak pilihan, aku pilih yang mutu baik.
contoh: ubat gigi. ada muslim, halagel, HPA dsb. aku pilih HPA, sebab dia ada kandungan herba. terpulang pada pandangan mutu masing2.

3. tengok personaliti penjual
kalau penjual muslim tak menutup aurat, aku takkan beli.
contoh: di pasar malam, nak beli laksa. ada 3 penjual muslim. ada yang tutup penuh, ada yang seksi. pasti aku beli yang tutup penuh. orang kata nak berkat makanan tu. dan kita yakin duit yang kita bayar tu dapat diguna oleh orang yang menjaga islam.

kalau penjual tu tak reti senyum/tak peramah, memang aku takhingin nak beli.
contoh: muka masam dan peramah. ingat makanan ko sedap sangat ke? hehe.. itu suara hati. lagi2 cashier pasaraya. tak reti nak senyum ke? mahal sangat ke? buang masam ko tu.. tembak !! aku nak duit aku tu gembira dengan orang yang peramah.

kalau penjual tu hisap rokok. jangan mimpi aku nak beli.
contoh: depan kita dia hisap rokok. oo... pastilah dia guna duit aku untuk beli rokok.. sori...

kalau penjual tu kaki ngorat. lagilah aku tak hingin beli.
contoh: kalau nak tarik pelanggan bukan dengan mengorat bang.. lagipun aku laki.

itu prinsip aku bila nak membeli.
bukan kita nak bias atau nak diskriminasi. tidak kawan2.
tapi aku nak bagi pengajaran kat diorang ni.
buanglah sifat yang buruk jika nak maju.
jagalah aurat dan akhlak.

pernah kawan aku, roZ.
dia kalau pergi mcD dulu la, kalau cashier tak reti senyum.
mula2 dia order untuk makan.
tapi bila dia tak senyum dan ramah, dia suruh bungkus.
memang nampak jahat, tapi ramahlah sikit.
tahulah ramai pelanggan, penat ke nak senyum?

kalau cara aku pulak.
bila terpaksa beli jugak, aku akan ucap terima kasih kuat2 supaya dia dengar.
terima kasih sebab layan aku tanpa senyuman.
dan nak beri peringatan kat dia, yang ko ni tak reti nak ucap terima kasih ke?

[jangan takbur dengan hasil keuntungan kita, ucaplah alhamdulillah dan layanlah pelanggan kita sebaiknya]

Sabtu, April 11, 2009

arak itu haram. alkohol?

"alkohol = arak? alkhamr = alkohl?" betul ke aku eja?"

aku baca sambil lalu je.
memang blog dia ni, kadang aku nak sekeh je kepala dia.
tapi selamat la aku tak jumpa dia.
hehe..

arak dan alkohol sama ke?
dalam arab, arak ialah alkhamr.
alhohol ialah alkohl.
sama ke?
(kalau aku salah betulkan)
haritu ada perbahasan tentang ini, tapi aku tak sempat pegi.
tapi aku ada dengar daripada ustaz2 dan bacaan.
tapi belum puas ttg perkara ini.
tak semua alkohol adalah arak
dan semua arak adalah alkohol.

fokus utama arini..
kenapa Allah haramkan arak?
sebab arak memabukkan.
best apa.. bila pening2, kita takyah nak fikir2 sangat.
boleh jalan ke kiri dan ke kanan. masuk longkang.
opss...
bukanlah.
memanglah Arak memabukkan.
tapi Allah haramkan sebab dia yang cipta kita.
dia tahu mana baik dan buruk untuk kita.

andai seorang saintis cipta komputer.
komputer digital lutsinar.
tanpa perlu tekan skrin.
pasti dia tahu segalanya tentang komputer ni.
dan untuk jual produk ni, pasti dia akan letak panduan guna.
dan pasti juga dia akan letak pantang larang.
komputer ni ada manual.
komputer ni tak boleh dibasuh.
komputer ini tak boleh diletak di bawah cahaya panas.

komputer yang tak berfikir dan hanya ikut telunjuk kita ni pun dah kompleks.
dan ada penciptanya.
dan ada pantang larangnya, yang pencipta je tahu kenapa.
pasti manusia yang lagi gila2x20000 kompleks..
pasti ada manual untuk kita. (alQuran)
pasti ada pantang larang untuk kita. (babi, arak)
pasti ada suruhan untuk kita buat. (solat, quran, zikir)
ni semua untuk kebaikan dan masa depan kita.

jahat ke Allah? kenapalah aku takboleh minum arak??
jahat ke Allah? tak boleh makan babi?
jahat ke Allah? tiap2 hari nak solat?
jahat ke Allah? tiap2 hari nak kena ingat dia?

tapi, kalau jahat, kenapa Allah bagi kita manual?
tapi kenapa kita tak ikut manual?
kita budak kampung, memang tak tahu guna komputer.
datang bandar, semua komputer.
belilah buku manual..
baca dan fahamkan.. 
dah faham buku manual. kita cuba pulak buka komputer dengan manual tu.
eh.. berjaya..
kita baca lagi manual.. oh.. banyak lagi kita dapat tahu.
seronokkan kalau kita dapat guna manual ni untuk panduan hidup kita.
Alquran manual kita.

[masih nak minum arak?]

Khamis, Januari 22, 2009

padah minum ais

"sikap ingin mencuba sekali, memberi kesan yang amat mendalam"

setelah hampir 7 hari menyepi.
pasti ramai nak tahu isu PRK kampus di UKM.
maaf aku tak sempat untuk menukil di sini.
mohon rujuk di aspirasi  atau GM

hari ni, aku kembali dengan tajuk yang pelik.
apa kepadahnya?
untuk makluman setelah hampir 3 tahun, aku menolak dan berpuasa dari minum ais.
syukur, meskipun payah dan berat cabarannya.
bermula di tingkatan 5 kalau tak salah, aku suka minum holick ais..
kadang air bandung.. uish.. sedap sungguh.
tapi aku ada dengar sahabat ni, dia kata minum ais tak elok untuk badan.
ia bukannya beri kesegaran, tapi sebenarnya melemahkan badan kita lagi!
terus aku kaji, dan analisa. rupanya benar.
memang aku kurangkan minum ais. tapi kadang telan juga aiskrim.
yela, umi beli aiskrim wall's. takkan nak buang pulak..
makanla jugak.. dengan terpaksa.. huhu..
tapi aku kuatkan azam, "umi, takyah beli dah. robe taknak makan aiskrim"
proses ini mengambil masa 2 tahun untuk aku selesa dengan tak minum ais.

aku teringat tahun lepas, aku ada show (berlakon), sekali aku makan aiskrim.
terus sakit tekak. selamatla sempat sihat.
kalau tak hancur show aku.
kejadian ni kembali lagi, aku terpengaruh dengan ABC.
nampak menarik. tengah hari pulak tu.
aku fikir, hmm... sekali sekala apa salahnya.
air liur dah meleleh di pipi. dengan seronoknya aku makan ABC.
syukur, sedap.

esok pagi aku bangun. terasa panas anak tekak..
terus aku capai air minuman. minum seminum minumnya.
tak hilang juga.. makin panas anak tekak.
bahangnya amat menyakitkan.
aku terus beli strepsil. oh.. berkurang sikit. 
tapi lepas 2 jam.. dia panas balik.
hanya Allah je yang tau, apa aku rasa.
serik bukan kepalang. adakah ais ni ada bakteria!!
suara aku maco agak berubah.. lagi2 esoknya aku kena selesema..
pasti ada aliran yang cuba keluar dari lubang hidung.
susah aku nak fokus belajar!

[sengsara aku berkurangan, setelah 5 hari, sesungguhnya semua ni percubaan dari Allah swt. adakah kita bersyukur kepadanya atau tidak?] 

Sabtu, Januari 10, 2009

pening tentang madu

"jom kawan2 kita amalkan madu"

seringkali aku musykil. ni madu asli atau tidak? aku amat tercari2 madu yang asli.
kerana madu adalah makanan nabi, juga penyembuh segala penyakit. kalau dah campuran, tak tulen, mana mujarab lagi.
aku sekarang amalkan madu asli HPA. syukur.

sewaktu merayau2, aku terjumpa satu artikel tentang madu.
saya paste disini:

pos asal:
Saya sertakan tips utk membezakan madu asli dan tiruan. Antaranya :
1. Madu campuran mengandungi kandungan gula sukrosa melebihi lima peratus (label di botol seharusnya ditulis sukrosa)
2. Madu sintetik mengandungi kandungan HMF melebihi 80 miligram perkilogram madu
3. Tuang sedikit madu di dalam bekas kemudian campurkan sedikit air dan digoyangkan perlahan-lahan. Jika membentuk sarang lebah menandakan ia adalah madu asli dan tulen tetapi jika sebaliknya seperti rekahan dan sebagainya, menandakan adanya campuran. Keistimewaan ini menunjukkan bagaimana bentuk sarang lebah begitulah bentuk madunya apabila di uji.
4. Apabila menuang di atas bekas , madu tidak terputus-putus, ia seperti tali kerana ada daya graviti. Manakala madu biasa akan terputus-putus.
5. Apabila madu dititiskan di atas bekas atau tapak tangan ia secara semula jadi akan membentuk bulatan 100 peratus, ia tidak akan leper walau sekecil mana sekalipun titisan itu.
6. Madu yang benar-benar asli tidak beku apabila di simpan di dalam peti sejuk dan tahan lama sehingga lima tahun bahkan boleh mencapai ratusan tahun , manakala madu tiruan akan beku apabila di simpan di dalam peti sejuk dan akan mengeluarkan buih di bahagian atas.
7. Pecahkan sebiji telur ayam dan campurkan bersama sesudu madu. Madu asli akan menyebabkan isi telur masak, tetapi tidak bagi madu tiruan
8. Madu asli tidak dikerumuni/dihurung semut, tetapi madu tiruan yang bercampur gula akan dikerumuni/dihurung semut.


[di blog bawang goreng, jam 8.50pagi, sabtu pagi yang indah]