Sabtu, Mei 30, 2009

barang jualan vs penjual

"isu ni mungkin ada sestengah tak setuju, tapi ni pandangan aku saja"

barang jualan adalah barang yang kita nak beli.
selalu di pasar, kedai, pasaraya, pasti ada barang yang kita nak beli.
semua benda kita nak beli perlu duit.
lainlah masa dulukala.
tukar2 barang mengikut keperluan.
tapi zaman moden ni, bukan ikut keperluan dah.
malah, yang tak perlu pun, kita rasa perlu dibeli.
kan?
nilah semangat konsumerisme.
aka membazir atau mengikut hawa nafsu.

hari tu aku pergi pasar malam.
hampir setiap hari di bangi ada pasar malam.
aku dah muak pergi pasar malam.
mungkin sebab tiap2 minggu pergi pasar malam. hehe.
isnin: (tak ingat)
selasa: seksyen 16 (shell) (area rumah aku masa sekolah rendah)
rabu: seksyen 4 (area rumah aku waktu form 2)
khamis: seksyen 7 (area rumah aku)
jumaat: seksyen 4
sabtu: seksyen 16
ahad: (tak ingat)
bila nak pergi pasar, biasalah makanan jadi barang jualan yang dibeli.

cari punya cari buah epal fuji.
aku di seksyen 4.
penjual pertama, budak muda.
penjual kedua, pakai rantai perak
penjual ketiga, pakai rantai emas
penjual keempat, hisap rokok.
aku tak tahu nak beli kat sapa.
kalau aku nak beli epal fuji yang segar, aku beli kat penjual 4.
tapi, dia hisap rokok.
taknak aku sumbang duit aku kat dia.
ke2 dan ke3 pakai rantai pulak.
alamak hai..
tengok pun aku tak gemar nak beli.
patah balik ke penjual 1, hmm, budak muda ni tak hisap rokok dan tak pakai rantai.
tapi buah tak segar sangat la..
barang jualan vs penjual?
mana patut aku utamakan?

orang kata kita kena sokong produk malaysia.
ok.. goood.
aku memang sokong.
orang kata kita kena sokong ekonomi orang melayu.
ok.. gooood. but not really..
seramai mana orang melayu yang reti senyum?
seramai mana orang melayu yang layan pelanggan dengan baik?
sakit hati lagi kita nak membeli.

prinsip aku kalau nak membeli -
1. tengok dulu barang jualan yang kita nak beli.
kalau barang jualan tu, takde orang muslim yang hasilkan, memang nak taknak kena beli jugak.
contoh: tv, radio, komputer

tapi kalau ada orang muslim yang hasilkan, aku akan utamakan buatan orang muslim.
contoh: colgate dan halagel. pasti aku beli ubat gigi buatan muslim.

2. tengok mutu barang jualan
kalau barang jualan tu muslim punya, tapi ada banyak pilihan, aku pilih yang mutu baik.
contoh: ubat gigi. ada muslim, halagel, HPA dsb. aku pilih HPA, sebab dia ada kandungan herba. terpulang pada pandangan mutu masing2.

3. tengok personaliti penjual
kalau penjual muslim tak menutup aurat, aku takkan beli.
contoh: di pasar malam, nak beli laksa. ada 3 penjual muslim. ada yang tutup penuh, ada yang seksi. pasti aku beli yang tutup penuh. orang kata nak berkat makanan tu. dan kita yakin duit yang kita bayar tu dapat diguna oleh orang yang menjaga islam.

kalau penjual tu tak reti senyum/tak peramah, memang aku takhingin nak beli.
contoh: muka masam dan peramah. ingat makanan ko sedap sangat ke? hehe.. itu suara hati. lagi2 cashier pasaraya. tak reti nak senyum ke? mahal sangat ke? buang masam ko tu.. tembak !! aku nak duit aku tu gembira dengan orang yang peramah.

kalau penjual tu hisap rokok. jangan mimpi aku nak beli.
contoh: depan kita dia hisap rokok. oo... pastilah dia guna duit aku untuk beli rokok.. sori...

kalau penjual tu kaki ngorat. lagilah aku tak hingin beli.
contoh: kalau nak tarik pelanggan bukan dengan mengorat bang.. lagipun aku laki.

itu prinsip aku bila nak membeli.
bukan kita nak bias atau nak diskriminasi. tidak kawan2.
tapi aku nak bagi pengajaran kat diorang ni.
buanglah sifat yang buruk jika nak maju.
jagalah aurat dan akhlak.

pernah kawan aku, roZ.
dia kalau pergi mcD dulu la, kalau cashier tak reti senyum.
mula2 dia order untuk makan.
tapi bila dia tak senyum dan ramah, dia suruh bungkus.
memang nampak jahat, tapi ramahlah sikit.
tahulah ramai pelanggan, penat ke nak senyum?

kalau cara aku pulak.
bila terpaksa beli jugak, aku akan ucap terima kasih kuat2 supaya dia dengar.
terima kasih sebab layan aku tanpa senyuman.
dan nak beri peringatan kat dia, yang ko ni tak reti nak ucap terima kasih ke?

[jangan takbur dengan hasil keuntungan kita, ucaplah alhamdulillah dan layanlah pelanggan kita sebaiknya]

4 ulasan:

Unknown berkata...

renungkanlah.
kemana duit kita pergi.
sebaik mungkin pastikanlah, duit itu kita berikan kepada orang yang memerlukan dan menjaga akhlak dan agamanya.
janganlah diberi sesuka hati.
berkat makanan yang dibeli juga bergantung kepada pembuatnya.
bukan setakat pada halalnya sahaja.
ini pendapat aku.

sufygirl berkata...

slm, dik..

nk kongsi sket.
ade sorg lecturer akak, ms kt mtrk uia pj dlu, dia pnh cite..

1hr dia kuar ngan 2org ank ppuan dia, kcik2 lg, xingt umru brp..
smpai kt kdai jual tudg, dia xjd beli, sbb pjual 2 sndri xpkai tudg.

plek, kn? jual tudg tp xpkai tudg..huhu

pastu si kakak ni ty la,
"umi, nape org 2 xpkai tudg? dia kn jual tudg.." lecturer akak snyap je. pastu si adik yg jwb,
"ala kakak ni, tudg dia pn dia nk jual jgk la..." ktrg sume tgelak..

betul tu, jgn tgk barg jualan je, tgk si penjual 2 jgk.

Tanpa Nama berkata...

arrabe' bagus bagus..
lps ni akan ku tiru gaye ko plak
hehe
wey kat shell tuh bkn seksyn 6 ker???
16 ke 6??

Unknown berkata...

terima kasih sufygirl
hmm.. manusia memang pelik.
hanya untung duit je nak..
tapi manfaat yang baik, taknak pulak.

thanks effa
aku rasa seksyen 16 la..
seksyen 6 belah sk jalan 6.. sampai pasar dah jalan lain. cuba tengok nombor jalan.