Sabtu, Mei 09, 2009

bergaduh untuk kesejahteraan

“sesuatu yang pecah dan retak, adakah ia membahagiakan?”

Aku ada petua untuk korang.
Korang nak tak makan sesuatu yang lebih sedap?
Tak kisahlah, makan dekat mana.
Tapi anda pilihlah restoran mana yang paling sedap.
Masuk kedai tu…
Dan pesanlah makanan paling best.
Untuk tambah kesedapan, pegi dapur dia.
Dan pecahkan satu pinggan tu.
Dah pecah? Retak pun jadilah.
Pastu ambik sisa2 pinggan tu, kumpulkan.
Basuh pinggan tu, agar takde sisa debu lantai.
Pastu minta kat tukang masak, makanan kita tadi.isi dalam pinggan yang pecah tadi.
Pastu duduk balik kat tempat yang anda nak makan.
Makanlah. Sedap tak?

Gila idea ni.
Tapi itulah yang kita cuba amal sekarang.
Meskipun bukan pasal makan, tapi sebenarnya
 ni pasal hidup kita.
Sudahlah tangan kita luka basuh pinggan pecah tadi.
Berdarah lagi. Makan pulak sisa2 kaca yang pecah dengan nasi tadi.
Mulut pulak berdarah.Nak bayar harga makanan, sekali dengan pinggan pecah.
Sejahtera ke? Bahagia ke? Sedap ke?
Kita sekarang bergaduh seperti orang nak gila.
Bergaduh seolah2 perang dunia ke tiga.
Bergaduh seolah2 benda tu amat berharga.
Matlamatnya? Kuasa.Untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat.

Ada sorang awek, ada 2 lelaki minat dia.
Bergaduh… untuk dapatkan awek ni.
Pasti teruk gaduhnya, dan sampai membunuh agaknya.
Apakah ini bahagia?
Tak masuk penjara ke?
Dapat ke gadis malang tu??

Politik Negara sering bergaduh.Naik jemu dan bosan.
Almaklumlah bergaduh hal2 remeh.
Aduhai !!
Meskipun Nampak takde kesan kat kita.
Tapi percayalah, sedikit sebanyak memberi kesan kat hidup kita.
Hal di parlimen perak.
Macam budak2 sekolah rendah.Bergaduh2.
Bila sorang menang, yang kalah buat strategi baru.
Bila sorang tu dah kalah, cari la strategi baru.
Yang menang pulak, bangga diri.
Camne nak aman?
Perak3.
Ni perjuang apa??
Perjuang kuasa diri sendiri ke? Perjuang kebahagiaan rakyat?
Aku tidak bias.Aku manusia yang hidup untuk Negara.
Aku ada hak untuk mengkritik pemimpin.
Sebab tanpa rakyat tiadalah pemimpin!
Dan ingatlah, pemimpin pun asalnya rakyat.
Aku pun boleh jadi pemimpin.
Sesiapapun boleh jadi pemimpin.
Renungkan.


Bahagiakah seseorang tu dengan pergaduhan?
Mungkin…
Tapi orang lain?
Bahagia?

Kita sebenarnya amalkan sistem demokrasi yang pecah untuk bersatu.
Apa itu? Aku ulas kemudian.

[macam kes bunuh yang bertimbun… hal politik pun aku muak]

6 ulasan:

arrabe' berkata...

kita belajar daripada pengalaman.
amerika serang pengganas di afganistan dan iraq.
adakah aman negara tersebut?
hakikatnya dia berperang kat negara orang, untuk mendamaikan negara tu.
sebalinya yang berlaku.
bala2.
kat malaysia lagilah!
dah asik nak gaduh je.
kutuk mengutuk, keji mengeji.
macam mana nak satu malaysia?
aduhai...

Hidayah berkata...

kalo sye renung, ada betul nyer..
malah memang betul.. & itulah kenyataan..
sedih gak memikirkan sume nie..
ishhh

anamunawwarah berkata...

salam
politik perak mmg mcm budak2.xhbis2.Kenapa ye robe'.apa yg Allah nak tunjuk sebenarnya.kenapa perak bkn negeri lain.

fikir ana fikir

arrabe' berkata...

rujuk ananye pos terbaru. pasal bala di perak.

i~ berkata...

jgn jemu dgr masalah politik. perkara ni sebenarnye sedikit sebyk mengajak kita berfikir.

arrabe' berkata...

yup...
berfikir untuk kembali kepada hukum Allah.
jika sukar sekalipun, elakkan semangat atau kefanatikan terhadap parti.