Isnin, April 14, 2014

Terima kasih SEE Nature

Tiada ulasan:
Terima kasih semua dalam menjayakan Kempen Kesedaran Alam SEE Nature Program dalam menyampaikan minat sains dan kesedaran alam kepada pelajar SK Kuala Gula, SJKC Yuk Hwa dan SJKT Ladang Gula. saya dan Huda Afiqah Hashim memohon maaf andai kami selalu memberi tekanan kepada anda semua.
1. Semoga apa yang anda perolehi dalam fasa pemerhatian, penghayatan dan pendidikan alam ini akan mampu memupuk diri kita lebih dekat kepada Sang Maha Pencipta.
2. Semoga kalian memanfaatkan ilmu biologi ini. "read and search a lot!"
3. Semoga kemahiran kompetensi generik anda terus meningkat! "be creative and unique!"
4. Semoga berjaya dalam akademik. "keep the momentum of the spirit Seeking the knowledge, Embrace your field study, Educate yourself and others to achieve a great students." nasihat untuk diri saya yang lemah.
Terima kasih, saya banyak belajar dari kalian.


Rabu, April 09, 2014

SEE Nature 2014 Kuala Gula hari keempat

Tiada ulasan:
Alhamdulillah hari keempat bermulanya fasa penghayatan untuk peserta SEE Nature Program. Mereka telah melalui detik yang sangat mengujakan apabila mereka menjalankan pemerhatian/ kajian mini dengan inisiatif sendiri. mereka telah merancang gerak kerja untuk menaiki bot dan bas ke lokasi pensampelan dan pemerhatian. bermula jam 9-12 tengah hari dan 5-7 petang. sesi malam mereka berbincang kembali sesama kumpulan modul untuk analisis data.

jam 2-4 petang, mereka telah diberi tugasan aktiviti bersama masyarakat, setiap hari lain tugasannya. hari keempat mereka dikehendaki keliling kampung untuk berkenalan dan menawarkan khidmat membersihkan rumah. ada yang belajar buat kraftangan dari majalah terpakai dan ada juga buat kraftangan dari kulit kerang. kumpulan lain, ada yang membantu seorang makcik ini untuk mengopek kulit kerang untuk dijual, ada juga yang membersihkan warung dan masjid attaufiqiah. dan yang paling menyentuh hati, apabila ada sekumpulan peserta yang membantu membersihkan dapur dan melipat kain bagi keluarga yang mempunyai 5 anak OKU (lumpuh kaki).

hari ini masuk hari kelima. apakah tugasan mereka seterusnya?.... bersambung.










SEE Nature 2014 hari ketiga

Tiada ulasan:
Alhamdulillah hari ketiga telah berlalu. Menemani peserta SEE Nature Program ke
1. Pusat Konservatori Burung di PERHILITAN / Kuala Gula Bird Sanctuary - melihat pameran yang menarik dan taklimat tentang tugas PERHILITAN dan KGBS yang disampaikan oleh En. Suhaimi.
2. Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Bakau Matang - mendengar taklimat daripada Renjer Cik Baizura, melawat sekitar HPL, melawat pameran, melawat kilang penghasilan kayu arang oleh Encik Chua dan penyemaian anak benih bakau oleh Pak Abu.

Petangnya, kami diberi pengisian oleh Pengerusi Sahabat Hutan Bakau iaitu En. Azhar/Zakaria, tentang pengalaman SHB dalam bersama komuniti kampung untuk menjaga alam sekitar. Para peserta juga diajar cara penghasilan kraftangan kerang daripada Pn. Sa'diah, penghasilan bakul kertas daripada Pn. Sarimah dan penghasilan produk makanan daripada pokok daripada Pn. Puji. bersama dengan masyarakat sangat menyeronokkan.

Sesi malam, fasa penghayatan telah bermula. para peserta telah dibahagikan kepada 3 kumpulan modul iaitu, hutan, burung, serangga dengan bilangan 7,8,7 orang. Peserta merancang sendiri strategi gerakan kumpulan untuk mendapatkan data pemerhatian sebelum dianalisiskan. semoga mereka berjaya!












Isnin, April 07, 2014

SEE Nature Kuala Gula Hari Kedua

Tiada ulasan:
Alhamdulillah hari kedua berjalan dengan lancar. Semua peserta SEE Nature Program kelihatan kepenatan setelah hari pertama 5 perkongsian, dan hari kedua ada lagi 2 perkongsian iaitu tentang mamalia di hutan paya bakau (di sini panggil hutan paya laut) oleh Pn. Nadia dan fauna yang pelik, menakutkan dan unik (awkward, bizarre, cryptic) oleh Dr. Faszly.

mereka juga diajar kaedah penggunaan kamera kompak untuk merakam detik-detik menarik dalam pemerhatian alam. misalnya, bagaimana untuk menggunakan kamera untuk menangkap gambar/video tabiat ikan belacak saling berkejaran antara satu sama lain. mereka juga dilatih untuk bertanya pada diri, kenapa dan mengapa.

Petang semalam, mereka belajar bagaimana hendak membuat baucar spesimen tumbuhan untuk disimpan lama untuk rujukan masa depan. En Ruzi telah memberikan input dan kaedah untuk mengutip spesimen pokok yang baik (daun, bunga dan buah).

diteruskan lagi dengan pengembaraan bersama dengan En. Zakaria/Azhar (pengerusi Sahabat Hutan Bakau Kuala Gula), En. Wahab dan Pn. Puji. mereka ini penduduk kampung di sini dan telah pergi kursus untuk menjadi pemandu pelancong. Maka pelbagai input sosio-ekonomi masyarakat di kuala gula yang diperolehi. selain itu juga, mereka menceritakan tentang perbezaan pokok-pokok di sini seperti jenis akar, buah dan lain-lain. Menyelusuri sungai kuala gula sambil memerhatikan pemancing-pemancing di sini khusyuk memasang joran, burung terbang berkicauan, deruan ombak dan sapuan angin sangat mengujakan para peserta.

Malam, para peserta berpeluang menaiki bot di Jeti Kampung Dew untuk memerhatikan kelip-kelip. kelip-kelip merupakan Order Coleoptera (Kumbang). meskipun hujan hanya sempat menyelusuri separuh sungai, namun, ini suatu pengalaman yang sangat menyeronokkan. InshaAllah.

Sabtu, April 05, 2014

SEE Nature Kuala Gula 2014 hari pertama

Tiada ulasan:
Alhamdulillah, hari ini membantu adik-adik SEE Nature Program dalam mendapat pengisian bermanfaat daripada:
1. Dr. Farah tentang pemerhatian burung
2. Dr. Choong tentang Odonata, cakcibor, sesibu atau pepatung.
3. Dr.Izfa tentang Coleoptera atau kumbang
4. Dr. Salmah tentang Hymenoptera, semut atau lebah.
5. Dr. Wan tentang Hutan Paya Bakau.

selama 5 jam perkongsian, alhamdulillah adik-adik segar dan ceria dalam menuntut ilmu. meskipun ini bukan bidang akademik mereka.
mereka juga belajar mengecam burung di Bund Chu Kau dengan menggunakan binokular. selain itu mereka diajar kaedah menggunakan jaring sapuan (sweep net). tengok macam diorang tak minat, tapi bila dilepaskan untuk menangkap serangga, mereka sangat teruja. hampir semua jenis order dapat ditangkap dan diambil gambar.

Alhamdulillah pengenalan dalam fasa pemerhatian (Seeking phase) tercapai!. lagi 2 hari untuk fasa ini dan lepas tu ke fasa penghayatan (Embracing phase).

p/s: peserta juga telah diberi amanah untuk mengurus sendiri pengurusan seperti, jamuan, teknikal, media dan lain2. semoga mereka berjaya. penat tetap ada.






Jumaat, Januari 31, 2014

Malam Cinta Rasul PIIACuF

Tiada ulasan:
teringat bulan November 2013 yang lepas aku bersama dengan Hafriz, telah pergi ke Malam Cinta Rasul anjuran TV Al Hijrah di hadapan Istana Kehakiman di Putrajaya. Alhamdulillah kami sampai tepat pada masanya. tetapi ornag sudah penuh sehinggalah ke belakang khemah utama. kami cuba menyelinap ke sebelah kanan pentas.alhamdulillah dapat. mujur ada TV besar untuk kami mudah nampak Habib Syech.

bersama dengan sahabatku Hafriz. 

kami berdua duduk di tepi belah kanan. sempat la jugak rakam sikit-sikit

ustaz don membacakan doa dan tazkirah. masyaAllah, terasa sungguh. doa yang panjang juga hampir merangkumi semua pelosok masyarakat daripada pemimpin sehinggalah ke pelajar seperti aku.

....sini adalah rakaman Malam Cinta Rasul






Khamis, Januari 30, 2014

proses nak menghantar tesis UKM

Tiada ulasan:
inilah pengalamanku dalam proses menghantar tesis sarjana di UKM. banyak prosedur yang perlu dipatuhi, agak rumit tapi ia akan memudahkan kita.

saya tak cerita pengalaman menulis tesis, itu lagi panjang lebar cabaran dan dugaannya, cukuplah hari ini. Pada bulan November 2013, aku nekad untuk berhenti kerja sebagai Pembantu Penyelidik kepada Prof. Madya Dr. Wan Juliana Wan Ahmad dan menolak tawaran bekerja di Institute Medical Research di KL.

Ini atas desakan keluarga dan diri sendiri yang melihat aku tiada progres menyiapkan tesis apabila bekerja. Langkah pertama di awal November 2013 aku telah menyiapkan abstrak untuk memenuhi prasyarat menghantar notis 3 bulan. di bawah ada gambarnya.

aku hanya sediakan bil 1, 2, 6 (sijil dan prosiding) dan 7 (segala penerbitan termasuk jurnal prosiding aku hantar sekali)

ini borangnya. kena hantar sebelum 3 bulan kita siap tesis. macam aku aku dah terlewat. sebab aku target nak hantar sebelum Februari (jadi baru 2 bulan). aku nanti kena bayar denda RM30 sebab hantar awal.

lepas isi muka depan, muka belakang dia dapatkan tandatangan penyelia /co, ketua pusat dan terus hantar ke Pusat Siswazah FST. tak perlu jumpa Dekan. mereka yang akan uruskan. 

kalau ikut borang ni, dia cakap akan hantar surat kepada kita 2 minggu kan? tapi aku tunggu sebulan lebih, baru dapat surat. hehe.. lama sikit dan korang kena tanya kat pusat siswazah, "saya dah hantar borang hantar notis bulan lepas, tapi tak dapat surat lagi la, bagaimana ye?"

kat bawah ini contoh abstrak aku. 3 kali aku betulkan. leceh betul. nak tahu sebab apa? tajuk kena bentuk piramid terbalik tau!dan abstrak ni kena ada cop penyelia. bahasa melayu dan bahasa inggeris.

hehe... tak boleh la tunjuk penuh.
lepas hantar borang ni, bulan November dan Disember, aku ke hulu ke hilir mencari tempat mood yang best untuk menulis tesis. akhirnya, dekat bilik sendiri juga aku pulun habis tulis tesis. memang 5 hari sebelum 30 Disember aku pulun 22 jam sehari untuk siapkan. yang paling lama adalah gaya UKM. sehari aku habis masa kat situ je + rujukan. pening-pening. tengoklah bersepahnya bilik aku.

p/s: maksud aku pulun 5 hari tuh, bukan baru nak buat semua. aku sebelum ni dah buat sikit2, kadang-kadang aku tulis idea je dulu. baru siap 60% dari bab 1-bab 5 masa tu. tetapi 5 hari ni aku pulun untuk semak perenggan ke perenggan dan gali balik jurnal aku yang dah download, cuba cantum dan sambung idea diorang dengan kajian aku.


kalau dah dapat semangat tulis tesis, jangan lengahkan, terus buat. tolak segala ajakan, facebook dan SMS. 

lagi satu kat tempat laluan aku kat bilik, macam suis lampu, aku letak nota besar2. kena rajin buat tesis. so, kita akan nampak selalu. jadi doa..


aku telah berjaya siapkan dan hantar kepada penyelia aku untuk semakan. 
Aku minta jasa baik Prof. Madya Dr. Noraini Talip, penyelia aku untuk semak aku punya tesis. Beliau semak hampir tiga minggu, aku dah risau sebab tarikh tamat hantar tesis ialah 3 Februari 2014 (lagi 14 hari), tapi aku faham beliau sibuk dan aku hantar lewat pada beliau, jadi jangan paksa. berdoa dan terus berdoa. Alhamdulillah beliau banyak memberikan tunjuk ajar kepada aku. dengan segera aku edit dan perbaiki tesis aku dan print.

Ingatkan boleh hantar terus, aku pergi Pusat Siswazah dia kata kena isi borang lagi. borang penyerahan tesis. warna biru. kena isi dan dapatkan tandatangan penyelia, ketua pusat dan kena buat semakan gaya UKM dulu dengan pusat siswazah.

aku terus buat. 24 Januari 2014.

mujur ketua pusat ada pada hari yang sama. dan aku terus hantar ke pusat siswazah dan satu copy tesis untuk disemak gaya UKM. aku dapat semula semakan tesis aku pada 27 Januari. sekarang aku kena bayar yuran dan baru boleh hantar 6 buku tesis.

dengan segera, aku pinjam duit mak aku sebab tak de duit bulan ni. huhu.. pergi bank islam, cakap nak bayar untuk yuran peperiksaan master. pastu tunjuk resit ni kat bendahari UKM.

pastikan tunjuk kat bendahari resit bank islam tadi dan dapatkan cop bendahari.

inilah cop bendahari!

lepas tu baru aku cetak 6 salinan tesis (sepatutnya tujuh, tapi aku takde co supervisor). hanya dua je yang berwarna yang lain hitam putih je.

pastikan dua yang berwarna iaitu untuk pemeriksa dalam dan pemeriksa luar

keseluruhannya ada 6 salinan. aku print satu salinan di rumah. pakai canon MP287, dakwat dia RM130 + pergi fotostat kat luar RM57. huhu....



dalam borang biru ini pastikan dah dapat tandatangan penyelia kita sebelum hantar pada beliau.


akhirnya pastikan dapat cop daripada pusat siswazah FST UKM.

alhamdulillah, kira sekarang aku perlu siapkan diri untuk Viva.


moga kalian berjaya menghantar tesis juga!!