Memaparkan catatan dengan label salam takziah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label salam takziah. Papar semua catatan

Sabtu, Ogos 15, 2009

oh.. asri rabbani

"terkedu lidahku untuk berkata2"
aku dapat sms dari umi aku.
- innalillahi wainna ilaihirajiun. ustaz asri rabbani meninggal dunia. dia jatuh ketika tengah buat show. katanya dia ada sakit jantung-
13 aug 2009 12.13pm

umi aku dapat sms dari sahabatnya, ustazah faridah.
suami ustazah faridah kawan baik ustaz asri. iaitu ustaz azhan.
memang terkejut, kerana umi abuya dan sahabat2, ada pertalian dengan ustaz asri.
meskipun mereka bukan mempunyai pertalian darah.
abuya ku pernah mengajar ustaz asri ni dulu.
umi ku beritahu aku, ustaz asri pernah digelar "biduan bertaqwa sepanjang zaman" sewaktu dia muda.
manakan tidak, ramai orang kagum dengan suara pemberian Allah kepadanya.
apatah lagi, dengan zuhud dan tawadduknya, asri rabbani.

aku yang masih kerdil ni, tidak mengenal dia dengan rapat berbanding abuya dan umi.
tapi aku yang melihat dia dari jauh pun mengerti kebenaran pujian umi abuya kepadanya.
maha suci Allah, yang menghidupkan dan mematikan.
tempatkanlah rohnya di kalangan orang yang beriman dan bertaqwa.

[al fatihah]

Khamis, Februari 12, 2009

panggilan sakaratul maut

"ni kali keempat aku menghadapinya depan mata aku"

2 mayat di depan mataku.
2 mayat yang aku menyesal tak ketemu.

nenek (belah umi) meninggal ketika aku masih sekolah rendah rasanya.
aku amat sedih.
dan amat takut.
mayat nenek depan mata aku.
semua orang baca yasin.
aku ambil yasin, dan terkial2 baca.
aku menangis.
orang semua dah bangun habis baca.
aku tinggal sorang. takut, dan aku rasa aku sangat lambat baca yasin.
aku bertekad nak baca selalu bagi lancar untuk nenek.
syukur, kini aku makin lancar yasin dan alquran.

tok (belah abi) meninggal. tapi masa tu aku form 4.
umi tanya nak balik sekali tak?
aku kata taknak.
berat hati nak balik. tapi aku tabah.
aku fikir aku banyak tanggungjawab.
aku pengerusi sambutan hari guru sekolah.
dan exam lagi.
aku terpaksa lepaskan tok dari pandangan mataku.
sedih, bertambah sedih bila hari guru, ada cikgu tak suka.
yela, banyak band dan nyanyi.
rasa hati ni dirobek2.
pedih2.. nyesal tak balik.

ayah (paklong paling rapat) meninggal dunia masa aku di matriks rasanya.
masa tu raya kot.
aku sayang sangat padanya.
aku tak sempat bersama dia waktu nazak.
tapi aku sempat kucup dahinya.
menitik air mata ku.
wafat akibat rokok. sakit jantung.
sedih dan kesal kerna rokok dicipta.

kini.. tokwan ku meninggal dunia.
akibat ginjal tak berfungsi.
dah hampir setahun menderita. 
sehingga perut buncit disebabkan air bertakung.
aku teringat masa raya, aku papah wan pergi masjid di sebelah rumah.
sedih dan kagum dengan semangat untuk solat.
bila melihat wan nazak. mata tak terbuka.
tapi jantung berdegup kencang.
dengan dengkuran yang tak mengeluarkan kata.
mesti dalam hati wan sedih,tak dapat solat bersama jemaah.
doktor meramalkan wan patut mati.
tapi Allah masih panjangkan usianya.
tapi sakitnya wan menghadapi saat akhir.
aku ada kuliah, kami balik bangi dulu.
11hb, rabu, wan meninggal dunia.
aku nak balik sangat. tapi tanggungjawabku?
aku tak dapat. aku perlu cekal, aku perlu teruskan perjuangan ku di UKM.
aku perlu, perlu dan perlu bersedia untuk mati.
andai aku mati esok?
apakah aku bersedia? kalian?

[2pagi. update blog yang sepi.]

Isnin, Disember 29, 2008

pemergian canselor UKM

“setiap yang bernyawa, pasti akan mati”

Sesuatu yang kita sering terlupa, iaitu mati.
Sabtu petang, sewaktu aku memandu ke pengkalan balak, Melaka.
Terdengar berita di radio ikim, menyatakan kemangkatan yang dipertuan besar negri Sembilan.
Agak terkejut dengan berita ini.
Innalillahirajiun. Satu lagi nyawa pergi bertemu dengan Allah.
Pemergian bagi aku takdelah besar jika beliau bukan canselor UKM.
Tetapi, aku amat tertarik untuk menyatakan perkara ini dalam blog.
Sesungguhnya aku pernah bertemu dengan beliau tahun lepas.
Dalam majlis santapan diraja. (rujuk pos dulu)
Sebagai penyambut tetamu di majlis ini, aku bertemu dengan ramai tetamu kenamaan.
Dan yang paling mahsyur, canselor aku.
Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.
Tingkah laku dan geraknya, amat baik. Setiap langkah penuh dengan ketenangan.
Wajahnya manis, dan tersenyum sentiasa.
Memang aku syukur dapat jumpa dengan beliau.
(aku tak ingat, adakah aku sempat bersalam dengannya)

Kemangkatan beliau amat aku rasai juga kerna, aku pernah menjadi rakyat negri sembilan buat seketika.Apatah lagi menjadi warga UKM.
Meskipun, aku tak rapat dengan beliau. Tapi aku menghormatinya.Persoalan tentang yang dipertuan besar negri Sembilan, dah kita ketahui.
Salam tahniah kepada Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. berita lanjut
Tapi persoalan yang seterusnya, siapakah canselor UKM yang baru?
Adakah pro-canselor UKM akan naik?
Sama2 nantikan.
Setakat ni aku masih tak nampak fungsi canselor yang sebenar.
Yang jelas fungsi yang aku Nampak, menyampaikan skrol ijazah kepada graduan yang Berjaya.Selain itu?
Aku ternanti, siapa canselor yang baru. Terutama 2010 nanti.Aku bakal dapatkan ijazah dari beliau.
Dan yang paling aku impikan menerima ijazah berserta anugarah naib canselor.
Semoga aku terus berusaha untuk mencapainya.
Berbalik kepada isu tadi, aku terdengar mulut orang kata,
anak sultan ni, kecik2 dah ada gaji.
Eh, betul ke? Hmm…
Mungkin ada kebenarannya, almaklumlah, mereka kan kaya.Tapi, mereka tak pernah merasai susah, semuanya dah tersedia untuk mereka.
Hmm.. mungkin tak semua anak sultan macam tu. Masih ada yang prihatin hendaknya.
Selain tu, anak sultan ni membawa imej kepada seluruh rakyatnya.
Mereka kan paling di atas, mereka lah menjadi contoh kepada rakyatnya. Ye tak?
Macam tadi, hampir rata-rata, kenamaan yang hadir (kerabat diraja) tidak memakai tudung penuh.Patutlah ramai rakyat yang tidak memakai tudung penuh.
Kalaulah semua mereka menjadi contoh yang baik kepada rakyat. (macam sultanah zahirah).
Apakah mereka lupa menutup aurat tu wajib bagi semua muslim?
InsyaAllah, semoga hidayah Allah sampai kepada mereka kelak.

Sewaktu talkin (aku tak pasti apa istilah dia, tapi mufti baca ayat2 untuk memperingatkan si mati dan muslim tentang azab kubur) dibacakan.
Tersentuh hati aku, segala apa yang diperkata mufti itu benar dan menggerunkan.
Dalam bacaan tu, mufti kata tuanku jaafar sebagai sahabatku.
Istilah sultan dah takde.
Lebih gerun lagi, bila mufti baca, bahawa ulat2 akan makan tanpa mengira pangkat.
Fuh, gerun hati ni.
Semoga kita mati dalam iman kepada Allah.
Dan ingatah kita bersama, bahawa, setiap yang hidup pasti akan mati.
Innalillahirajiun.
Alfatihah.

[di atas sofa menghadap TV1, jam 6 petang 29disember 2008]

Rabu, Februari 06, 2008

dengan tidak semena-mena.. aku kemalangan


syukur ke hadrat ilahi...
tanggal 16 januari..2008.. jam 710 pagi..
aku nak keluar UKM... di persimpangan 3 jalan keluar UKM..
kereta bertali arus bergerak..
camne aku nak melintas ni??
jarum jam tidak berhenti bergerak.. telefonku berdering...
aku yakin ni mesti umi suruh cepat ambil umi ke sekolah...
alhamdulillah ada kereta kancil ni nak masuk UKM.. dari jauh tunjuk signal..
tgk belakangnya, banyaknya kereta..
insyaallah sempat..
tapi yang peliknya, orang sebelah aku (naik moto) rileks je, tak macam nak melintas..
ah, peduli apa.. kereta takde..
mulut masih kumat kamit baca matsurat..
hampir saja mencecah garisan putus2..
dengan tidak semena2 ada kereta hon.. saya toleh kanan..
subhanaallah.. kereta wira..
bila pulak dia datang..
terkejut aku, aku cuma ingat aku makin press motor bagi laju..
ku bukakan mata.. aku terasa aku terbaring di tgh jalanraya...
tanganku terasa berat.. aku kuatkan juga..
ada beberapa orang menolongku..
adakah aku masih hidup?? tanganku? kakiku??
kepalaku bergegar.. dengan sedaya upaya.. aku berjaya bangkit..
alhamdulillah aku selamat.
...kupendekkan cerita...
memang salahku, syukur tak diminta ganti rugi cina yang langgar...
anggota badanku masih elok..
nayawaku masih ada..
alhamdulillah...
tapi pergelangan tangan kananku patah.. (tulang radius BHGN HUJUNG)
kena simen jugak..
baru kusedar betapa hebatnya nikmat nyawa..
kalo la aku meninggal disitu??
betapa peritnya kehilangan sementara fungsi tangan kanan..
syukur ini hanya sementara..
berhati2lah kalian.. jangan nyawa melarikan diri dari kita kelak...
syukur ya allah..
insaf ku kepada MU..