Sesuatu yang kita sering terlupa, iaitu mati.
Sabtu petang, sewaktu aku memandu ke pengkalan balak, Melaka.
Terdengar berita di radio ikim, menyatakan kemangkatan yang dipertuan besar negri Sembilan.
Agak terkejut dengan berita ini.
Innalillahirajiun. Satu lagi nyawa pergi bertemu dengan Allah.
Pemergian bagi aku takdelah besar jika beliau bukan canselor UKM.
Tetapi, aku amat tertarik untuk menyatakan perkara ini dalam blog.
Sesungguhnya aku pernah bertemu dengan beliau tahun lepas.
Dalam majlis santapan diraja. (rujuk pos dulu)
Sebagai penyambut tetamu di majlis ini, aku bertemu dengan ramai tetamu kenamaan.
Dan yang paling mahsyur, canselor aku.
Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.
Tingkah laku dan geraknya, amat baik. Setiap langkah penuh dengan ketenangan.
Wajahnya manis, dan tersenyum sentiasa.
Memang aku syukur dapat jumpa dengan beliau.
(aku tak ingat, adakah aku sempat bersalam dengannya)
Kemangkatan beliau amat aku rasai juga kerna, aku pernah menjadi rakyat negri sembilan buat seketika.Apatah lagi menjadi warga UKM.
Meskipun, aku tak rapat dengan beliau. Tapi aku menghormatinya.Persoalan tentang yang dipertuan besar negri Sembilan, dah kita ketahui.
Salam tahniah kepada Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. berita lanjut
Tapi persoalan yang seterusnya, siapakah canselor UKM yang baru?
Adakah pro-canselor UKM akan naik?
Sama2 nantikan.
Setakat ni aku masih tak nampak fungsi canselor yang sebenar.
Yang jelas fungsi yang aku Nampak, menyampaikan skrol ijazah kepada graduan yang Berjaya.Selain itu?
Aku ternanti, siapa canselor yang baru. Terutama 2010 nanti.Aku bakal dapatkan ijazah dari beliau.
Dan yang paling aku impikan menerima ijazah berserta anugarah naib canselor.
Semoga aku terus berusaha untuk mencapainya.
Berbalik kepada isu tadi, aku terdengar mulut orang kata,
anak sultan ni, kecik2 dah ada gaji.
Eh, betul ke? Hmm…
Mungkin ada kebenarannya, almaklumlah, mereka kan kaya.Tapi, mereka tak pernah merasai susah, semuanya dah tersedia untuk mereka.
Hmm.. mungkin tak semua anak sultan macam tu. Masih ada yang prihatin hendaknya.
Selain tu, anak sultan ni membawa imej kepada seluruh rakyatnya.
Mereka kan paling di atas, mereka lah menjadi contoh kepada rakyatnya. Ye tak?
Macam tadi, hampir rata-rata, kenamaan yang hadir (kerabat diraja) tidak memakai tudung penuh.Patutlah ramai rakyat yang tidak memakai tudung penuh.
Kalaulah semua mereka menjadi contoh yang baik kepada rakyat. (macam sultanah zahirah).
Apakah mereka lupa menutup aurat tu wajib bagi semua muslim?
InsyaAllah, semoga hidayah Allah sampai kepada mereka kelak.
Sewaktu talkin (aku tak pasti apa istilah dia, tapi mufti baca ayat2 untuk memperingatkan si mati dan muslim tentang azab kubur) dibacakan.
Tersentuh hati aku, segala apa yang diperkata mufti itu benar dan menggerunkan.
Dalam bacaan tu, mufti kata tuanku jaafar sebagai sahabatku.
Istilah sultan dah takde.
Lebih gerun lagi, bila mufti baca, bahawa ulat2 akan makan tanpa mengira pangkat.
Fuh, gerun hati ni.
Semoga kita mati dalam iman kepada Allah.
Dan ingatah kita bersama, bahawa, setiap yang hidup pasti akan mati.
Innalillahirajiun.
Alfatihah.
[di atas sofa menghadap TV1, jam 6 petang 29disember 2008]

2 ulasan:
god bless him
may Allah bless him (better word)
Catat Ulasan