Isnin, Disember 29, 2008

sambutan maal hijrah yang terbaik

“bersama menjana ummah gemilang”

Pagi ini aku bersama keluarga ke pusat konvensyen putrajaya (PICC).
Agak lengang putrajaya pagi ni, senang aku memandu =)
Memang setiap tahun, kami sekeluarga takkan lepaskan peluang meraikan tahun baru hijrah.
Tetapi bagi aku, inilah sambutan paling terbaik.
Meskipun, orang awam susah mendapat tempat duduk, tapi itu bukan perkara pokok.
Apa yang menyebabkan ia menarik?

Pertama, persembahan muzikal hijrah yang mempunyai mesej yang berkesan.
Dimulakan dengan pencerita. Nyanyian oleh rahimah rahim dengan anak2 kecil.
Nyanyian oleh akhil hay, ramli sarip dan m. nasir.
Bagi aku merekalah pembawa ikon islam.
Lagu2 mereka, banyak mesej islam.
Tarian oleh anak2 muda, menutup aurat dan islamik.Memang menarik. Cuba cari video di youtube.
Mungkin ada yang rakam.
Komedi juga agak bersahaja oleh eby yus dan ?? (xingat nama) tentang perpaduan.
Dan gendangan muzik oleh nata sutra.
Memang menkagumkan persembahan tahun ini.
Mesej yang cuba disampaikan, kesedaran untuk berubah.
Kita perlu bersatu padu, tingkatkan perpaduan ummah.
Tingkatkan keilmuan kita, tingkatkan produktiviti kerja.
Jangan malas2. Dalam menuntut ilmu perlu ikhlas kerna Allah.
Ayuh, hijrah !! menjana ummah gemilang.

Kedua, tokoh dari luar Negara.
Agak terkejut, bila tahun ini ada tokoh dari luar Negara.
Prof wahbah zuhaily. Meskipun beliau cakap arab, tapi raut wajah beliau amat menyenangkan aku.
Beliau datang dari Syria.
Tokoh kedua, sahibus samahah, mufti perak, dr harussani.
Memang dr harussaini aku amat kagum dengan keberanian mempertahankan islam.
Meskipun, ramai yang benci beliau kerana menyatakan kebenaran, tetapi aku memang puji tindakan beliau.
Subhanallah. Maha suci Allah.
Teringat kes dia, tentang ribuan orang melayu murtad dulu.
Nauzubillahiminzalik.
Apa keistimewaan mereka??
Jom kaji dan contohi.
berita lanjut
Tapi yang pasti, tokoh paling terbaik kita nabi Muhammad SAW.

Dua inilah yang menjadi sebab untuk aku mengatakan sambutan kali ni paling mantap dan terbaik.
Bagi yang tak berkesempatan datang ke sini.
Bacalah akhbar esok atau carilah dalam internet artikel tentang mereka.
Tokoh yang baik dicontohi.
Tapi yang aku pelik, kenapa agung tak datang??
Hmmm..
Apapepun, jom menjana ummah gemilang

[PICC, 1 muharram 1430h, 11.30 tengah hari, isnin]

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Teringat dalam muktamar PKPIM di INTIM Perak, dirasnmikan oleh Dato Harussani. Beliau mengaku, 'saya adalah exco dakwah dan tarbiyah PKPIM seumur hidup"..

Salam Maal Hijrah.

Kak Mar

Unknown berkata...

subhanallah.
terasa berat tanggungjawab ni dalam pkpim.
insyaallah, bersama mencontohi tokoh ini dan muhammad SAW