Khamis, Disember 25, 2008

berdakwah kepada pesakit

“jagalah kesihatan dan keselamatan dirimu. Sesungguhnya ia harta yang berharga buat dirimu”

Satu aktiviti yang amat mengujakan aku hari ni.Tak pernah aku buat dan memang aku teringin buat.
Syukur, aku diberi tanggungjawab untuk melawat pesakit2 di hospital serdang.
Aku mewakili PKPIM bersama Atiqah (UPM), SR dan ayahku.
Jam tepat 9.30 pagi, tapi aku masih tak nampak kelibat penganjur (JAIS)
Syukur, mereka sampai 10 minit kemudian.
Sejurus selepas taklimat, kami ke wad di tingkat 7.
Aku memang blur, nak buat apa ni??
Ada sorang makcik ni, dari JAIS agaknya. Suruh aku pergi masuk dan bagi beg.
Aduh blur… aku bagi je beg. “semoga cepat sembuh”
Pastu makcik tu tegur. Cakaplah kita dari mana. (aku tergaru kepala)
Aku tengok gelagat makcik tu dalam melayan pesakit.
Dia beritahu kami dari NGO-NGO Islam Selangor.
Dengan muka makcik yang tersenyum manis dan peramah, membuat pesakit non-muslim tu senyum juga.
Sekali lagi aku tergaru kepala.
SR pulak lagi blurr.. lawak juga. Ayah aku hilang mana (mungkin dia ikut kumpulan lagi satu)
Selepas tu kami ke bilik sebelah, kami yang bagi sendiri.
Agak kekok. Tapi bolehlah.
SR pulak asyik tanya je, camne nak bagi dan sebagainya.
Seronok tengok gelagat SR layan pesakit. Hehe..
Dalam bilik tu, subhanaallah. Gerun aku.
Kaki mereka digantung dan dihujung kaki mereka ada pemberat.
Aku tengok ke mana tali pemberat ni. Astaghfirullah.
Ada yang pada lutut mereka dan ada yang pada tumit mereka.
Wah, sakitnya kalau aku terlanggar.
Ada seorang anak muda ni (18 tahun), ada besi dicucuk antara tumit. Dengan pemberat.
Mahu saja aku menjerit sakit! Ada ternampak sikit isi tumit terkeluar.
Menangis aku dalam hati.
Adik ni kemalangan beberapa hari lalu. sedihnya.
Teringat aku dulu pernah kemalangan motor dengan kereta.
Syukur tangan aku saja yang retak. Takde yang patah.
Itupun dah azab, inikan pula adik ni.
Subhanallah, maha agungnya Engkau.
Banyak lagi kisah menarik, tapi tak mampu aku ceritakan.
Jika anda ada peluang, pergilah (ajak aku sekali)

Pengajaran untukku dan kalian.
Jagalah kesihatan dan keselamatan dirimu. Sesungguhnya ia harta yang berharga buat dirimu.
Andai Allah nak cabut harta ni, tak guna la sesal masa itu.
Untuk makluman, lawatan ini bertujuan untuk dakwah juga.
Kalau dilihat, agama lain kerap buat aktiviti semacam ni.
Bahaya, jika kita tak mendahului mereka.
Jadi, anda sebagai muslim, buatlah lawatan ke sini.
Pamerkan keindahan islam.
Semoga Allah merahmati usaha kita dalam berdakwah.


p/s: aku tak leh ambil gambar pesakit.
[23disember 08 selasa, jam 1 tengah hari di hospital serdang]

3 ulasan:

Unknown berkata...

SR tu sapa?
lelaki muslim yang baik orangnya.
semakin rapat dengannya =)

Tanpa Nama berkata...

Salam...
Tahniah ye...
kerja amal yang memang baik....
semoga dirahmati dan dilindungi Allah... bersama SR dan Atiqah...

Unknown berkata...

terima kasih nana.
kisah anti dengan anak yatim pun menarik juga.
tu yang mendorong ana jumpa pesakit ni..