Khamis, Disember 25, 2008

kucing pun hamba Allah jugak

“haiwan pun hamba Allah, hormatilah & sayangilah mereka”

Aku makan di restoran lengkuas.
Makan tengah hari kali ni, aku berlaukkan ikan.
Dah lama aku makan ayam je, muak jugak.
Alhamdulillah, umi dan abi belanja makan.
Sedang menikmati makanan, ada suara merdu di lantai.
Aku menoleh ke bawah, oh, si bulu cantik.
Mengiau, ngiau.
Dengan muka yang comel (macam puss dalam shrek 2).
Aku pun hulur kat kucing kepala ikan.
Badan dia macam kecik, susah je dia nak makan kepala ikan tu.
Tapi dia usaha jugak.
Syukur, ada jugak rezeki untuknya hari ni.

Aku teringat dulu, ada kawan cakap, jangan bagi kucing makan.
Aku tanya “ kenapa pulak?”
“Yela, tak elok kotorkan kedai orang….”
“….nanti pelanggan lari”
Niat aku terbantut ketika itu. Tapi memang lidah aku kelu.
Aku rasa pendapat tu tak benar.
Tapi, pendapat dia kadang2 cam betul jugak.
Yela, bila kucing makan kat lantai, mestilah ada sisa2 ikan yang tinggal.
Dan kotor lak lantai.

Tapi bila hari ni, aku dapat jawapannya.
Bagi aku, kucing pun makhluk ciptaan Allah jugak.
Dalam islam, diajar untuk mengasihani binatang.
Jika aku tak bagi hari ni, camne dia nak cari makan?
Terpaksa lah dia menyondol tong sampah.
Lagi la kotor dan berselerak.
Bagaimana pulak, kalau orang tendang2 dia?
Ataupun dia tak dapat makan langsung?
Apakah dia ni batu? Apakah kucing tak punya perasaan?

Bab kotor lantai, alah, sapulah lantai.
Susah ke? Kalau benar kedai yang jaga kebersihan, sapulah.
Tak hilang rezeki kita ni, jika kita bagi rezeki kat kucing.
Malahan, Allah limpahkan rezki kita nanti. insyaAllah.
Haiwan pun hamba Allah, hormati & sayangilah mereka.
Sejijik mana mereka sekalipun, mereka tetap hamba Allah.

P/s: konsep ni sama jugak dengan manusia. Tapi kalau dah dasar peminta sedekah, malas nak buat kerja, memang dah melampau !!
[aku di restoran lengkuas, seksyen 7 bangi jam 12.30 tengah hari]

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam.
sy suke sgt ngan kucing.
teramat suke dan syg.
tp..sy tkut nak pegang kucing kat riba sndiri..geli ngan bulu2 gebu kucing tu.hihi.
kat rumah..byk kucing akak sy bela.
mak kate..even kite xkaya,tp disebabkan kite jg kucing2 terbiar org buang2 ni..ALLAH tetap bagi kite rahmah dan rezeki...
pd sy..kucing ni sgt ajaib.penah tebaca satu artikel kesihatn,dia kate..'bela kucing bule mengelakkan sakit jantung'..
:)
jom bela kucing!
-noura 5 tahun-