Isnin, Disember 15, 2008

kenapa panggil aku 'ustaz'?

“meskipun dia anak yatim, sayangilah ia, mana tau kita akan jadi seperti mereka kelak”

Aku selalu tengok sorang ni.
Kenapa dia ni asik borak je ngan pelajar UKM.
Cam mesra je dengan kitorang.
Aku pun cam nak kenal la sapa dia ni.
Aku datang dekat.
Dia salam dan cium tangan aku.
Eh, aku terkejut. Yela tetiba je salam dan cium tangan.
Dia panggil aku ustaz. Lagi aku resah.
Nama dia muaz. Anak yatim darul hilmi.
Baru tingkatan 3. Dia belajar di maahad tahfiz di skudai johor.
Cuti ni dia balik seberang takir.
Borak punye borak, baru aku tau dia ni dah 16 juzuk hafal.
Bakal hafiz jugak.
Aku dapat rasa kemesraan dengan dia.
Dan aku makin sayang dengan dia.
Dia datang sorang ke dewan dengan motor.
Lepas malam kebudayaan, dia ajak aku naik motor dia untuk pulang ke umah mak angkat aku.
aku pun setuju.
Kebetulan malam tu hujan lebat. Nak ke taknak?
Aku setuju je, aku yang bawak motor.
Fuh..sejuk betul.
Aku terharu dia sanggup tumpangkan motor untuk aku walaupun hujan.
Aku minta nombo tepon, dia kata esok pagi dia bagi.
Syukur. Esok pagi dia datang dan bagi nombor tepon.
Lepas abis majlis, dia ajak aku dengan Q untuk gi kuala Terengganu.
Memang bersungguh dia ajak aku. Tapi aku ada meting petang ni.
Serba salah aku.
Dia kata dia sanggup tunggu. Hujan pulak tu.
Kenapa dengan dia ni. Aku dapat rasa, dia cam nak bersama kami lebih lama.
Petang tu, dia hilang. Serba salah aku.
Aku mesej call dia tak balas.
Aku harap dia datang malam ni sebelum aku balik UKM.
Syukur dia ada. Aku bagi pin tali leher.
Aku peluk dia sebelum berpisah.
Entahlah baru kenal dua hari. Tapi dah rasa cam rapat giler.
Aku teringat, aku pernah tanya dia, kenapa panggil aku ustaz?
Dia jawab sebab aku berjambang.
Aku tanya lagi takkan tu je? Dia senyum je.
Aku musykil..

Bagi aku, meskipun dia anak yatim, aku sayang dia.
yela, mana tau kita akan jadi seperti mereka kelak.
Nanti takde sapa yang nak beri kita kasih sayang. Sedih tau.
Aku teringin ambik diorang sebagai adik aku.
Pelihara bersama. Tapi, tunggulah bila dah berkerja dan ada duit untuk pelihara mereka.
Karang susah pulak.

[jam 9malam, aku di dalam bas, merenung keluar mencari muaz.6dis08]

1 ulasan:

Ursley Devar berkata...

wow!that's soo gay! hahaha
gurau jer hehehe

x sangka ada lg dak sekolah yg camtuh! u r very lucky becks! LOL