“aku suka jadi pengerusi majlis yang formal. Sebab aku biasa dengannya”
Hari terakhir aku di seberang takir.
Berdebar jugak pagi ni.
Hari masih hujan.
Shafuan dan ubai hilang pepagi.
Pelik gak. Hmm biarlah.
Raptai jam 8.30 pagi.
Ya allah, ingatkan aku dah lambat.
Rupenya, masih ramai yang datang lambat ke dewan.
Jam sudah pukul 10, masih tak ramai datang.
Sepatutnya mula jam 10 pagi. Tapi..
Last minute ada lak perubahan.
Aduhai.. kelam kelibut aku.
YB yang nak datang ni murah hati nak bagi cenderamata kepada semua pelajar dan keluarga angkat.
Hoho. Jenuh aku.
Mula jam 11pagi. Meskipun majlis lambat mula, tapi syukur aku sempat setelkan kegusaran aku.
Dalam ucapan YB ni, ada beberapa perkara yang aku kagum.
Dia nak melahirkan satu umah satu graduan.
Dan dia kata dia nak ramaikan lelaki dalam bidang keilmuan.
YB kata lagi, dia akan bawa RM 2000 bila pegi sekolah.
Dia akan kira pelajar yang hadir. Jika lebih lelakinya, dia akan bagi RM2000 tu.
Fuh, gile la..
Dia cite lagi, kalau dalam majlis2 camni, sepatutnya laki yang patut ramai.
Tapi sebaliknya yang berlaku.
Alasannya kerja la dll.
Jadi kaum ibu jela yang penuh. Ibu yang datang ni akan sibuk dengan urusan anaknya dll.
Mana nak dengar ucapan dan capai program? Sebab tu la kot, dia nak meramaikan lelaki.
Dia cite lagi, kalau cina, setiap aktiviti sekolah bapak dia akan ada sekali.
Kita? Bapak susah nak datang.
Sebab tu la kebanyakan program tak mencapai matlamat.
Ada kewajaran di sebalik ucapan ni.
Lelaki kurang tanggungjawab berbanding si ibu.
Ibu sibuk dengan hal anaknya. Bapak la yang mampu mendokong sesuatu objektif program untuk tercapai.
Setelah ucapan dia, ada la sajak daripada kami (pelajar UKM)
Sedih gak aku dengar.
Rasa cam nak menitik air mata.
Yela, rasa sekejap je program ni.
Dan terharu kesudian mereka untuk menerima kami.
Syukur aku berjaya tamatkan majlis dengan baik.
Wah… lega..
[1.30petang, 6dis08, rostrum di dewan sivik seberang takir]
2 ulasan:
Salam,
Alhamdulillah, selesai satu program anta.
ana jeles lak ngan aktiviti anta.
Semoga berjaya
sebenarnya program ni dah lama.
6 disember.
tapi tak sempat nak tulis.
banyak lagi pos tergantung.
kopiah, jangan jeles.
enta ada di mana?
kalau enta sekitar selangor, iA ana akan ajak enta.
cuma enta kena bagi nombo pada ana la..
Catat Ulasan