“surau/masjid sepatutnya menjadi pusat utama umatnya dalam segala bidang”
Sewaktu aku berkunjung ke kolej kesayanganku,
Kolej matrikulasi negeri Sembilan, banyak perubahan dapat aku saksikan.
Astaka, bilik arkib, felo b4 bertukar, jalan tar baru dsb.
Aku solat maghrib di surau berjemaah.
Sebelum iqamah, bilal “jemaah diminta membuat saf”
Bila semua dah berada di depan, iqamah mula, dan solat.
Selepas solat, aku didatangi amir ikhwan.
Berborak perihal kmns dan lain-lain.
Dia tanya,”dah makan belum”
Aku jawabla belum, ingatkan nak ajak makan di kafe B.
Dia pelawa aku makan di surau.
“eh, puasa sunat ke?”
Dia beritahu aku, “sekarang, hampir tiap malam, jemaah akan kumpul duit (RM1.50 seorang) dan makan malam di surau”
Huh.. sejuk ati..
Meskipun hanya 3 dulang, tapi aku dapat lihat keakraban mereka.
Tak merasa aku dulu.
Tapi aku dulu pun segan nak makan di surau.
Ish3, rugi aku dulu.
Bila malam, dapat lihat ada yang ambil inisiatif belajar di surau.
Jam 2 pagi, aku lihat, hampir 10 orang tidur di surau.
Siap dengan bantal dan selimut.
Huh, dulu aku pun tidur di surau, tapi secara tak sengaja.
Teringat dulu, aku memang cepat ngantuk.
Aku ada study group di perpustakaan
Aku memang dah ngantuk, jadi diorang pun ajak balik.
Di pertengahan jalan, aku singgah surau.
Sekali tertidur di surau.
Dengan nyamuk berbunyi. Memang tak tenang aku tidur.
Aku terjaga jam 4 pagi. Subhanaallah..
Aku terus pulang ke bilik.
Memang waktu aku tidur tu, takde sapa.
Ada juga terdengar pak guard, ronda.
Zaman sekarang, alangkah indah. Mereka dapat beriktikaf di surau ni.
Syukur Alhamdulillah.
Sememangnya, surau/masjid sepatutnya menjadi pusat utama umatnya dalam segala bidang.
Cuba lihat zaman nabi Muhammad.
Masjid menjadi pusat untuk berniaga, untuk menuntut ilmu dan sebagainya.
Meriah sekali. Kira dulu masjid ni macam shoping complex.
Tak pernah putus dari kunjungan muslim.
Seronok aku ihat masjid yang penuh dnegan aktiviti.
Contoh terbaik di bangi ialah masjid an nur.
Meskipun ia masjid orang pas. Tapi perlu ke label macam tu?
Yang pasti, setiap malam selepas magrib pasti ada pengisian.
Malahan, masjid ni tak meletakkan politik sebagai agenda utama dalam pengisiannya.
Malahan, hampir tiap malam, penuh masjid ni.
Subhanaallah.
Apa peranan kita?
Tentulah mengimarahkan surau/masjid.
* pos berkaitan
[aku di kmns 14 disember08, 4 pagi]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan