Ahad, November 30, 2008

pertemuan yang tak disangka

"aku memang dah rancang dengan SR sejak 2 mingggu lepas."

apa yang aku rancang? hehe.. 
rancangan nak pergi festival nasyid kebangsaan.
aku sebenarnya pernah pergi juga tahun lepas, tapi dengan faris syahmi.
kali ni dengan SR.
 
SR suruh aku rahsiakan nama dia.. ceewah, rahsia sangat ke?
ni gambar dia.
sebelah SR ni ayah dan mak aku.
nak tengok ke mak ayah aku? hmm..
jap tanya mak ayah dulu k.. hehe..

punye la khusyuk aku tgk majlis bermula.lampu lak gelap. 
aku toleh kiri. sapa duduk hujung ni.
ops, dia pandang aku. aku buat2 pandang atas.
dia cam tengok aku cam semacam? siapakah dia?
hehe, lelaki la.. aku renung gak dia. mata bertemu mata.
eh,aku kenal mamat ni. fadhlullah.
kawan matriks aku dulu..
budak UPSI. tak sangka aku jumpa dia kat sini.
aku tanya dia, banyak2 tempat kenapa duduk sini? hehe.
ntahla. kalau Allah nak pertemukan kita, kat mana2 pun boleh, kan?

pertemuan seterusnya.
yang ni antara bapak aku dengan anak muridnya.
ustaz isman (hijjaz). aku senyap jela.
dengar je perbualan diorang berdua.
ustaz tanya mana anak ayah aku. ayah aku tunjuk aku.
huh, segan aku. dia bagi nombor tepon dia.
syukur.
lepas abis semua ni, ayah aku ajak balik je. aku tak suka balik awal.
yela, bukan senang nak ambil gambar artis.
sian SR teman aku. maaf ye.
tapi aku memang gitu, kalo kat majlis best2 jangan mimpi la nak terus balik.
sebab tiap2 tahun aku balik lambat, masa tu jugakla aku jumpa artis2.
tapi aku bukan jenis gila artis. artis yang baik jela. hehe.

punyalah cari hafiz hamidun. huh..
hilang la dia. nampak lak muadz (artis hadis tu)
tapi dia sibuk bergambar atas pentas.
biarla. aku tak kenal dia sangat.
aku tengok kat hujung, sapala budak berserban baju putih.
eh, ni junior aku (masa sekolah)
sayang sangat kat budak ni. sejak masuk UIA.
susah nak jumpa dia dah.
nama dia Ahnaf. memang minat nasyid.
insyaallah tak lama lagi buat album la tu..
alamak, aku terlebih senyum la.
tapi yang pasti ahnaf tak dapat lawan jambang aku. ish3.
aku sian tegok SR. jomla balik.
waktu nak balik , SR nak gi tandas.
ada la budak ni, pelik aku.
dia gi salam aku. wah.. nak je aku cakap aku bukan artis.
tapi taknak dia malu, biar jela. aku jadi segan lak.

turun je eskelerator, belakang aku ialah nabil(far east)..
nak ambil gambar ke tak.
aku memang minat dia ni.
keperibadian dia amat baik. 
huh, rugilak aku kalau tak ambik gambar.. huhu
aku kuatkan semangat ambik gambar dengan dia.
dapat jugak. syukur. dia peramah, tanya aku cos apa kat mana dll.
tapi yang aku kesal, ish3, kenapa tak minta nombo hp?
artis nak ke bagi nombo dia??
apa yang pasti, semua ni ketentuan Allah. kita tak sangka semua ni boleh terjadi, tapi hakikatnya, inilah kuasa Allah.
begitu perihal jodoh, kalau Allah nak pertemukan kita dengan bakal isteri kita, sekejap je Allah boleh buat. 
jadi, janganlah nak kapel2.. nanti kesal tak berguna. 
alamak, salah masuk topik da...

papepun terima kasih SR

[picc, 29november08,11.30malam]

persembahan yang sempat kurakam

semalam aku pegi festival nasyid kebangsaan anjuran RTM. menarik sungguh. 
dan ramai gak kawan2 (yang tak disangka) terjumpa. subhanaallah. adalah sedikit aku sempat rakam. tapi kamera aku tak lawa sangat la.
kedua2 lagu ni menarik. mawi pun ada, tapi aku tak excited sangat. huhu

Sabtu, November 29, 2008

matlamat hidup. perlu ke?

“kenapa kita diciptakan? Pasti ada matlamat yang patut kita capai? Takkan makan, minum, belajar, dan kerja saja?”

Pernah tak kita duduk merenung seketika persoalan di atas?Pernah tak kita menyoal diri kita? Apa yang kita mahu dan capai dalam hidup ni?Cuba kita fikir balik, kita keluar dari rahim ibu dengan begitu payah sekali.

Kita payah sekali untuk berjalan, untuk bercakap.Kita payah sekali untuk memanjat dan melompat. Kini?Takkanlah setiap kepayahan tu, takde tujuan dan matlamat yang ingin kita capai?Kenapa kita belajar? Kita belajar untuk dapat 10 A atau pointer yang baik. Kenapa?Untuk masuk universiti atau dapat kerja lah. Kenapa nak dapat kerja?Untuk dapat duit la. Duit untuk apa? Untuk makan minum dan terus hidup.Hidup untuk apa? ….. hidup untuk….

Semua berbalik pada diri kita balik. Kita masih tak tahu jawapan untuk hidup.

Kita ada matlamat, tapi matlamat kita pendek.Dan setiap kali kita dah capai matlamat, kita jadi blur…. Apa matlamat aku pasni?Adakah matlamat itu terbatas? Dan kita perlu perbaharui sentiasa?

Contoh, matlamat aku nak dapat 4 flat dalam exam. Bila dah habis exam…Result, syukur aku dapat 4.. pastu aku blur.. takkan nak enjoy sebab dapat 4? Pas enjoy?Apa matlamat aku pasni?

Contoh kedua, matlamat aku nak jadi kaya. Aku belajar bersungguh2.Aku dapat kerja. Aku dapat gaji besar, aku beli rumah, kahwin, kereta baru..Wah seronoknya. Tapi, aku dah kaya. Aku dah capai matlamat. Lagi? Adakah ini matlamat aku hidup?

Tentu matlamat ini sepatutnya tidak pendek dan terbatas.Kita tak patut meletakkan matlamat kita hanya pada dunia. Berjaya mencapai ijazah dan kerja yang hebat. Sebab kita takkan mencapai matlamat yang hakiki.Adakah matlamat kita hidup hanya untuk jadi kaya dan dapat ijazah sahaja? Pasti lebih dari itu kan?

Tapi, takkan matlamat kita untuk mati je?Sia2lah.. baik takyah hidup kalau kita bermatlamat nak mati.Cuba fikir? Cuba rujuk alquran.Kita tak dicipta untuk sia2 di dunia. Kita dicipta pasti ada tujuan.Matlamat kita adalah akhirat. Meskipun kita tak tahu ke mana kita selepas mati.

Tapi kita tahu ke mana kita mati dalam alquran.Kita tahu ada neraka ada syurga.Adakah kita masih tuli dan lembap dalam memahaminya?Sudah tentu kita taknak masuk neraka. Siapa yang nak?Antara tahi dengan permata? Mana yang anda mahu?Hanya orang jahil dan gila je yang ambil tahi.Begitu juga neraka. Kalau dah tahu azab neraka, kenapa nak lagi?

Sebab tu, kita kena betulkan matlamat hidup kita: untuk mencapai keredhaan Allah.Lepas tu kita buatlah perancangan untuk mencapai matlamat kita ni.Kalau setakat matlamat tapi takde perancangan, sia2 juga.Perancangan: jauhi larangan Allah, lakukan solat, yakin rukun iman, belajar bersungguh2 dll.

[29nov2008, 8.30 pagi. Di umah]

Khamis, November 27, 2008

sesat di kuala lumpur

"orang KL pun selalu sesat di KL"

perkataan di atas ni la yang buat aku risau.
ni kali kedua aku bawa motor pegi KL.
nak jimat duit, dan nak cepat sampai.
hala tuju: mid valey.

kali pertama aku pegi KL secara tak sengaja.
cadang nak pergi ktm serdang, termasuk highway.
syukur, sampai dekat KL sentral.
pastu masa nak balik, ternampak signboard mid valey.
singgah kejap dan balik ikut highway seremban.

kali kedua ni, aku memang konpem lalu ikut KL sentral.
tapi tak ingat jalan keluar. aduh..
cari exit. syukur jumpa, tapi aku pelik.
kenapa tak penah lalu sini?
aku termasuk jalan sambathan.
terus lagi eh, ni pehal ada pasar seni dan keretapi tanah melayu ni.
habis la, ni da masuk KL da ni.
aku risau, selamat ada teksi suruh aku u turn.
di trafik light, tanya lagi budak.
dia cakap jalan bangsar.
fuh, syukur aku jumpa. meskipun lewat tiba, tapi aku dapat lagi pengalaman di KL.

tapi, aku masih tak berani nak ke dalam KL lagi.

[26dis08, 10.30pagi, ukm-mid valey]

reunion H2P8

dah lama rasanya tak jumpa dengan rakan2 praktikum.
alhamdulillah kami berjumpa semalam.
tapi sayang tak semua hadir. insyaallah lain kali ketemu juga

[26dis 2008, jam 11pagi di mid valey]

Rabu, November 26, 2008

apa hukuman kalau berzina?

"QS surah annur ayat 1-3"

aku baru lepas solat magrib di surau PTSL.
aku berlari ke perpustakaan di aras 4. penat jugakla.
aku sangka perpustakaan tutup jam 10malam. ya allah, tutup awal pulak.
aku teringat sem 3, perpustakaan tutup awal.
aku turun
 
dengan hampa.
aku tak tahu nak buat apa. masuk bilik UPSM. alhamdulillah ada AlQuran terjemahan.

khusyuk aku baca terjemahan an naziat, datang sorang kawan aku ni.
d
ia tengok aku baca quran. dia tanya, aku dulu sekolah mana?
aku pelik, pehal lak ni? mungkin aku sedang baca quran dan pakai kopiah kot.
musykil gak aku nak jawab. aku jawabla aku sekolah kebangsaan dulu.
aku tanya kenapa tanya?

dia tanya apa hukuman zina dalam islam? 
aku tak ingat sangat. sama ada rejam atau sebat.
pastu dia tanya lagi, kalao kat dunia ni kan kita bayar denda je kalau zina, kat neraka apa hukuman zina ni ye?
aku da terkedu lidah. pehal budak ni. betul ke tak betul.
kenapa sampai begitu sekali dia tanya.
aku beritahu dia, yang aku tak pasti.
aku akan tanya ustaz aku dan nanti aku beritahu.
aku taknak aku salah cakap hukum Allah.

aku risau jadi, aku terus rujuk dalam terjemahan quran.
belek belek.. cari la perkataan zina. jumpa. syukur.
dalam surah annur ayat kedua. ada dinyatakan hukum.
aku beritahu dia balik, hukumannya sebat 100kali.
pastu aku cakap lagi, kenapa nak tahu tentang jenis hukuman di neraka baru nak insaf?
aku beritahu lagi, kena bertaubatlah dan lakukan segala perintah allah.
dia macam persoal lagi, kirenye kena berubah terus la? 
(maksudnye: terus jadi baik la?)
astaghfirullah, sukarnye nak jawab.
aku jawab yela. kalau, kita taubat zina, tapi tak buat solat pun, susah jugak.
jadi kena ikut segala suruhan allah dan tinggalkan yang maksiat, insyaallah kita akan selamat.

rupanya, kawan kepada dia yang pernah berzina. menurut kata dia, dah pernah buat banyak kali.
nauzubillahhiminzalik. rupenya kat UKM ni ada juga gejala kes ni.
jauhilah zina, sekali terjebak, pintu neraka terbuka luas untuk kita. nauzubillah. bertaubatlah.

"aku di bilik UPSM jam 8.10minit malam.24nov2008"

anda pernah belajar di KMNS?

REUNIONKMNS + AGM PERSATUAN ALUMNI KMNS

 
HARI:AHAD TARIKH:14DISEMBER2008 
MASA:9PAGI-5PETANG 
TEMPAT: KMNS
BAYARAN:RM15 (pendaftaran keahlian untuk setahun) AGENDA:pendaftaran,aktiviti bersama pelajar, mesyuarat  

confirmkan kepada 0197753575 sebelum 7/12/2008 forWARD KAN !!!

Selasa, November 25, 2008

aku tak reti memasak

"masak air, nasi dan telur. itu je yang aku reti dalam bidang memasak"

segan jugak nakbagitau hal ni. huhu
tapi sebab takde topik nak letak, jadi ni jelah yang boleh kongsi.
sekian. hehe.
tapi jangan disangka aku malas nak kedapur tau.
bab basuh pinggan, memang aku hebat.
jom lumba basuh pinggan. insyaallah aku menang.
hehe.
ni geng dapur aku masa kat janda baik. ada 3 orang dalam gambar orang besar.
yang paling lebar senyum (lelaki) baju putih ada vast (betul ke aku eja) dialah tukang masak.. sedap gile la..
yang lain, tukang potong, tukang angkat dulang, tukang mop, tukang jaga kucing, tukang basuh pinggan, tukang jaga stor, tukang tido pun ada. jahatnya.
tapi seronok tul.

[rindu nak duduk kat dapur reramai.. 23nov08 10.30 pagi]

Isnin, November 24, 2008

pertemuan dengan 3 sahabat

“3 orang insan yang amat aku hormati dan sayangi kerana sentiasa menasihat dan membimbing aku ke jalan yang benar”

Cukuplah aku gelar mereka sahabat.
Pertemuan dengan sahabat pertama. Aku bertemu kali pertama dalam keadaan yang tak diduga.
Aku melawat rumah kawan kepada kawan aku. Tak kenal pun.
Di dalam rumah kawan kepada kawan aku, kami berbicara tentang isu politik. Aku pasang telinga.
Malas nak masuk campur. Kemudian, aku bertemu dengannya di pesta buku. Aku kurang kenal dia.
Tapi dia kenal aku, dia bercerita tentang ayat2 cinta (novel). Kami amat sehaluan dan sependapat dengan AAC.
Akhirnya, allah izin persahabatan kami di UKM. Pertemuan halaqah pertama. Beza umur kami tak beza jauh. Dia tua 3 tahun.
Gaya dia pandai memikat hati rakan yang berdamping dengannya. Aku senang dengan sahabat pertama.

Sahabat kedua. Aku bertemu dalam organisasi fakulti.
Entah, aku pun tak tahu camne hati tergerak nak dekat dengan dia.
Kami sentiasa buat kerja sama2.. tapi, persahabatan bermula di dewan anuwar Mahmud.
Aku bercerita permasalahan aku tentang lambakan jemaah.
Hubungan aku makin erat lepas hampir berlaku sedikit salah faham tentang isu masalah sosial.
Kami berterus terang dan menasihati satu sama lain. Kami sedar kesilapan kami.
Kami bersatu.. syukur. Perwatakannya menarik.
Sukar nak melihat dia ketawa terbahak2 atau berdekah2. Subhanallah.
Hanya senyuman manis dapat aku lihat. Aku senang dengan sahabat kedua.

Sahabat ketiga. Aku hormat dia sebagai abg.
Pertemuan dengan dia, bermula di surau perumahan aku.
Awal2, memang aku da hormat dia sebagai abg.
Dia ajak aku sertai program, masa tu aku baru lepas SPM.
Seronok program dia. Lepas tu hampir setahun aku jarang jumpa dia. Sebab aku di matrikulasi.
Di UKM, aku berjumpa lagi dengan dia. Dia banyak memberi semangat kat aku untuk terus gigh belajar dalam pada sibuk dengan urusan organisasi.
Dari sini, aku mula ziarah dia, rumah dia penuh dengan buku. Subhanallah.
Memang aku pun minat dengan buku. Dia pun banyak berkongsi ilmu dengan aku.
Dia banyak mengkaji alquran dan islam. Aku banyak berubah kerana dia.
Dalam setiap tutur katanya pasti ada pengisian. Takpernah aku berbicara perkara yang merepek.
Aku kagum, dan aku tak pernah menyesal untuk berborak dengan dia.
Subhanallah, aku senang dengan sahabatku yang ketiga.

Aku masih menanti sahabat yang lain, harap aku juga mampu menjadi sahabat yang baik seperti mereka.

[aku bertemu, dengan ketiga2 sahabat dalam satu hari yang pendek. 21november08]

mikael = michael jackson

“siapa yang tak kenal dengan orang kulit hitam yang berkulit putih. MICHEAL JACKSON”

Benarkah dia islam? Umi cerita micheal Jackson peluk islam. Huh?
Sebelum ni (mngkin awal 2008) aku ada dengar ura2 micheal Jackson ni islam.
Tapi takde pengesahan yang sebenar.
Semalam baru aku tahu, tapi dari sumber mulut orang.
Dengar kata Michael dah menukar nama mikael (semepena nama malaikat)
Tak kira la benar atau tidak berita ni.
Sesungguhnya hidayah Allah tu amat kita harapkan.
Meskipun micheal Jackson boleh ditarafkan sebagai seseorang yang dah menemui jalan buntu (akibat pelbagai kes, liwat, saman, pembedahan, dsb)
Syukur, allah masih membuka jalan kepada hambaNYA.
Begitu juga dengan kita, adakah kita hanya nak menunggu hidayah allah, baru nak berubah?
Kita harus mencari hidayah allah. Jangan ditangguh2kan usaha membina iman.
Subhanallah, semoga mikael akan insaf dan bertaqwa kepada allah. Sekaligus, member gambaran kepada dunia, islam, is the way of life.
Islam penyelesai segala masalah. Tapi jangan pula lepas masalah selesai, kita nak kembali kesesatan.
Bertaqwalah pada Allah.
Sedangkan hati yang keras dan bengis umar alkhattab boleh dilembutkan dengan alunan Alquran, inikan kita.
Jadi, sentiasalah kita berdamping dengan alquran.

[baca blog izat tentang isu ni. Hmm.. syukur. 23nov2008. 1012 malam]

galakkan diri membaca

“bayangkan bilik anda, dipenuhi dnegan buku. Aku tersenyum indah”

Sekali lagi bercerita hal puan ainon. Suaminya seorang pensyarah. Tak pasti di mana..
Tapi subhallah bilik dia, penuh dengan buku. Dari lantai ke siling.
Aku tersenyum girang. Kalaulah aku leh buat bilik aku macam ni.
Tak kisahlah ada katil ke tak, yang penting buku !!! aku nak buku..
Aku simpan azam untuk buat bilik aku camni.
Sekarang di bilik aku ada 3 je rak buku. Tapi 60% buku akademik. Buku lain kurang.
Dalam program di janda baik ni, aku banyak dapat tips.
Dr farid syahran, timbalan pengerusi ABIM, cadangkan setiap hari simpan RM10 (bergantung pada pendapatan kita)
Kumpul sehingga pesta buku. Di pesta buku, kita takde alas an untuk membeli buku.
Beli la buku sebanyak mungkin.
Tapi sewaktu kita menyimpan duit tiap hari, jangan la gatal tangan ambil duit tu.
Disiplin kan diri. Dan pastikan lah bila kita simpan duit tu, kita dan rancang perbelanjaan kita seharian, agak kita tak sempit lain masa.
Subhanallah.. presiden ABIM, abg yusri dan presiden PKPIM, abg hilmi pun banyak tekankan keintelektualan.
Kita kena banyak membaca terutama buku2 yang membuka pemikiran.
Sebab kita taknak jadi ahli yang beraktiviti saja (aktivisme) kita nak isi diri kita dengan ilmu (intelektualisme).
Bermulalah satu pejuangan untuk aku membaca buku. Sebulan ni aku akan penuhi dengan buku dalam mindaku.
Subhanallah.

[di pondok kuliah di janda baik, 23november 2008, 10.30 pagi ahad]

kucing yang melimpah ruah

“lebih 50 ekor kucing dalam satu rumah. Subhanallah”

Aku terkedu lidah dan hatiku riang. Banyaknya kucing.
Aku ada program di janda baik. Aku terlibat sebagai AJK teknikal.
Sesampai je di sana, wah, banyak tul kucing.
Aku da fikir camne nak masak ni?? Konpem la kucing2 ni kacau nanti.
Program ni kat rumah pn Ainon. Beliau pemilik ? tak pasti tapi orang besar kat PTS publication.
Memang dia kata dia suka bela kucing. Dan dia ambik kucing terbiar.
Kadang ada orang hantar kat dia untuk dibela.
Pn Ainon dah pakar hal kucing ni. Penyakit apa pun dia tau..
Ni semua dia belajar dari dr haiwan.
Dah macam klinik jugakla.. banyak ubat pn ainon ada..
Huhu.. setiap hari dia belanja RM40 untuk bagi makan kat kucing2 ni.
Kucing tu makan frieskies, lupa pulak aku nak tanya, kenapa tak bagi ikan je? Kan murah lagi.
Hmm…tapi memang aku kagum dengan pn ainon, dia boleh hafal semua nama kucing.
Dah macam anak bagi dia.. siap dukung dan belai.. wah..
Allah makin murahkan rezeki pn ainon kerana berbuat baik pada haiwan.
aku pun teringin nak bela. Tapi, perlu kawasan rumah yang besar la..
Huhu.. nantila. Berangan2 pulak. Diri sendiri pun tak terjaga, ni pulak nak jaga kucing.

[kampus PTS di janda baik, 22 november jam 1030 malam]

andai genting highland hilang

“kasino terbesar negara di genting highland?”

Pernah lah singgah genting highland sekali. Tapi tak jumpa pulak kasino.
Lagipun takde faedahnya aku gi sana.
Pergi sana memang tahap beku gile. Itu baru belas2 darjah Celcius.
Belum kat Negara lain lagi yang ada musim sejuk.
Macam mana la agaknya 0 darjah Celcius. Huhu, beku aku..
Di janda baik, aku Nampak genting highland dari jauh.
Fuh, lawa. Tengok dari jauh, genting highland tinggi di atas puncak sana.
Nampakla kepulan2 asap datang dari timur ke barat.
Menyelubungi genting highland. Hilang.. huh..
Mungkin waktu aku di sana, sejuk dan Nampak cam kabus tu, aku berada dalam awan la..
Huhu, subhanallah. Maha suci allah.
tapi bayangkan kalau Allah lancarkan serangan kepada genting highland melalui awan ni.
Janganlah aku dilaknat Allah di sana.
Lebih baik aku tak pergi tempat camtu lagi. Mana tau, allah nak timpa bala.
Ala, kuala lumpur pun banyak maksiat, baik jangan pegi KL !! ish3…
KL lain. KL ada banyak juga orang islam, dan badan2 islam berdakwah. Dan ada juga masjid2 yang aktif.
Tapi genting highland lain, tiada langsung tempat untuk orang islam mengabdikan diri kepada allah.
Malahan susah untuk cari masjid. Jadi tak mustahil allah nak timpa bala pada tempat camni.
Semua ni dengan kuasa Allah.


[aku merenung jauh ke genting highland. sayup memanggilku. 22 november 2008.]

Khamis, November 20, 2008

janganlah obses sangat !

“obsess? Terlalu taksub dengan sesuatu tu, tak kira la apa dia”

Pelik tengok mahasiswa/I sekarang, obsesnya ya allah melampau.
Kadang menakutkan aku. Au taknak sebelah mana2, rugi je.
Tapi obsess yang melampau kepada politik ni, boleh menutup minda kita menerima orang lain.
Percaya tak? Bila kita fanatic dengan seseorang, tentu kita akan sedaya mungkin menegakkan benang yang basah, meskipun dia tau benda tu salah.
Aku rayau rayau, semua tentang politik.
Tak dinafikan aku pun bercakap tentang politik. Mungkin aku ada bias, aku mohon maaf.
tapi rakan-rakanku sekalian, dalam pada kita belajar tak salah untuk kita mengetahui tentang isu politik.
Memang dungulah kalau, kita hanya belajar, tapi tak tahu isu semasa.
Tapi jangan sebab kita berlainan fahaman dan parti, kita nak bermusuh dengan dia.
Dan kalau ada perkara bercanggah, janganlah tolak pendapat orang lain.
Kita sekarang ni banyak bercakap dari mendengar.
Cuba kita banyakkan mendengar, menilai yang mana benar, baru bercakap.
Ini bercakap jeeeeeeeeeeeee… tapi fikirnya tidak. Jadi tak kemanalah.
Dan kadang orang banyak cakap ni, orang tak suka.
Bersama kita menilainya. Dalam diam kita buat kerja, elakkan fitnah, elakkan permusuhan, elakkan perbezaan.
Bersatulah sekalian manusia.
Aku lihat ketidak stabilan politik, banyak menyebabkan masalah social dan jenayah meningkat.
(jangan tuduh salah sesiapa !!) memang ini selalu terjadi apabila Negara tak stabil politiknya.
Lebih baik kita focus pada masalah ni dulu, dari nak bergaduh hal remeh. Kalau dah merebak penyakit ni pada umat, habislah.
Nasi jadi buburlah jawabnya. Jangan sebab kita asyik bergaduh, ada orang tepuk tangan. Siapa?
Fikirlah sendiri. Islam tak mengajar kita bergaduh dalam perbezaan. Islam menggalak kita bersatu dalam persamaan.
Islam juga tak kisah kaum apa kau ni.. islam is universal. Islam boleh dianuti oleh semua kaum. Jadi, perbalahan, takkan terjadi kalau semua orang mengamalkan prinsip islam.
Mahasiswa/I fikirlah sebagai seorang ilmuwan. Aku menasihati diriku jua.

[tgk blog orang.. fuh.. 19nov2008, rabu, 6petang]

aku berchit chat

“chit chat kadang melekakan sehingga tak sedar masa berlalu”

Jam10.30 malam, aku jarang online waktu malam.
Aku nak online malam ni pun sebab nak attach email pada kawan.
Ramai jugak orang online malam ni (aku tengok kat jendela YM)
Fikir dua kali, nak buzz ke tak?? Adalah sorang hamba Allah ni kebosanan menerusi statusnya.
Hehe. Buzz la kejap.
Daripada buzz tu, fuh, aku berborak sampai kul 1. Cepatnya masa berlalu!
Tak puas la bercakap guna YM.
Nak taip, nak zahirkan dari hati, nak gelak pun payah kat YM ni.
Kadang kita tulis hehe.. tapi hati kita yang gelak, mungkin kadang-kadang je kita tersenyum.
Jarang aku tengok orang YM, tetiba gelak kuat2. Hehe..
Mungkin itu semua suara hati kot.
Dalam berborak tu, aku cuba sedaya mungkin tak berborak perkara kosong.
Supaya tak membazir masa. Sekian jela.
Hehe, buntu lak idea nak tulis apa.

[kat bilik, 7.40pagi, khamis, 20hbnov.]

Rabu, November 19, 2008

3isu: teksi menjual, sajak, & bogel

“Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata, pihak kementerian sedang mengkaji perkara tersebut dalam usaha membantu para pemandu teksi menambahkan pendapatan mereka-akhbar utusan


3 isu yang agak menarik bagi aku. Menarik ke?
Maksud aku, menarik untuk dibahas. Mesti korang dah dengar isu-isu ni.
Bagi yang belum atau jarang perbaharui info semasa, taip kat google.
Teksi dibenarkan menjual, larangan sajak kematian di sekolah, demonstrasi bogel.
Isu pertama, teksi dibenar menjual?
Aku waktu dengar berita ni, amatlah terkejut. Almaklumla, kenapa boleh sampai begitu sekali?
Adakah dengan menjual boleh untung sikit pemandu teksi tu?
Nak jual apa dalam teksi? Prepaid? Masyaallah, bukan selalu orang yang naik teksi kehabisan topup.
Makanan ringan? Ramai ke kanak2 yang naik teksi? Adakah nak menjadikan teksi macam kedai bergerak?
Aku bergurau senda dengan umi. “umi, nanti kalau nak gi kedai runcit, naik teksi je tau”
Pakcik aku bawa teksi, memang dia warak orangnya, jaga solatnya.
Pagi seawal subuh dah keluar cari rezeki, balik lewat malam. Makcik aku pun kerja, untuk menampung pendapatan suaminya.
Sedih aku tengok, anak dia paling tua pun baru tingkatan 3. Nak menyara persekolahan lagi. 5 anak kesemuanya.
Lagipun, kalau dibenarkan menjual, berapa sangat yang untung?
Lagi berserabut aku rasa teksi tu. Dah la penuh dengan tempelan notis pemandu berhemah, kadar bayaran, kad teksi dll.
Bagi aku, dalam usaha nak membantu pemandu teksi ni bukan dengan menjual dalam teksi.
Amat tidak patut, dah la orang sekarang takut naik teksi (harga mahal), pastu nak beratur nak isi NGV (minyak), cari pelanggan kesana sini.
Ni nak suruh menjual pulak. Tak patut.
Aku pernah dulu naik teksi, peramah nya. Seronok dengar dia bercakap dalam kekalutan kota. Sampai tak terasa jauhnya perjalanan.
Kalau boleh nak naik je teksi tu lagi, tapi sekali da naik, mana kenal da orang ni.
Ada teksi tu, senyap je. Tak peramah langsung, ada jugak yang cakap merapu.
Tapi tak semua. Itu masalah atitud pemandu tu sendiri yang menyebabkan kadang orang fobia.
Kesimpulan isu pertama: 1)orang atas, silalah fahami orang bawah, cubalah naik teksi sekali sekala. Fahami mereka, apa yang diorang nak. Bukan main bagi cadangan je.
2)Bagi pemandu teksi sendiri, kalau anda betul2 dahagakan pendapatan, jagalah atitud anda, maniskan wajah, ceriakan bicara. Dan jangan lupa turunkan harga. Memang susah kalau nak dapat pelanggan, tapi, bila kita turunkan harga dan atitud tinggi, gerentilah penumpang tu nak naik lagi. Jadi, jangan segan bagi nombor henpon pakcik ye !!!


Isu kedua, sajak kematian. Memang taget aku nak tulis tentang ni sejak minggu lepas.
Tapi apakan daya, takut aku lak yang kematian dalam menjawab periksa.
Memang aku rasa banyak masalah di peringkat kementerian pelajaran.
Mana taknya, isu bahasa melayu, isu sajak ni, isu guru bermasalah, isu pelajar banyak masalah, yuran, buku teks dll..
Kalau aku jadi menteri pun boleh serabut otak! Tapi kita banyakkan berdoalah pada allah.
Tentang sajak ni, apa nak dilarangnya sajak tu dari ditayang dalam kelas?
Bagi aku, setelah tengok sajak tu, memang seram, dan menginsafkan.
Mungkin patut dilarang tayangan untuk nonmuslim. Tapi tidak pada muslim.
Kita guna teknologi yang sedia ada untuk mengajar muslim (terutama kanak2 dan remaja) tentang alam kubur dan segala berkaitan agama.
Barau interesting pembelajaran. Lagipun kalau guna buku teks, tulisan jawi yang tebal tu, pastilah bebudak ni hafal je.
Bila ada movie, baru diorang hayati sikit. Betul tak?
Lagipun, ibubapa sekarang kan sibuk, sibuk dengan kerja, takde masa nak didik anak tentang islam.
Jadi, inilah peranan guru, membantu ibubapa tentang pendekatan islam.
Kalau ibubapa muslim ni tak suka gurunya mengajar islam kepada anaknya, pindah je sekolah SJK (jenis cina ke tamil ke?) atau sekolah antarabangsa ke?
Orang kata, biarlah sorang yang tak suka tu duk tepi, hormati orang yang suka. Kan demokrasi, ikutlah majoriti. Ish3..
Aku tengok dato’ hisham tu, bagi larangan tanpa tengok pandangan orang ramai, sebab punyalah riak si TV3 tayang komen penonton tentang isu ni.
Rata-rata menyukai sajak ni dengan alasan yang benar. Ni mesti ada syaitan (orang la) cucuk ni.
Wartawan ni pun satu, bila satu hal timbul, biarlah menteri ni kaji dulu, dan jangan paksa dia bagi keputusan, tu yang menteri pening tu.
Sesuatu yang berlaku perlu direnung, dikaji dan dipertimbang kebaikannya. Baru buat keputusan.
Macam sains jugak. Ada hipotesisnya, kaedah kajian, dan hasil kajian, dan kesimpulan.
Kesimpulan bagi isu kedua: 1) menteri hendaklah hormati dan kaji pendapat orang ramai dulu, terutama yang golongan agama ni, sebab, kalau hilang agama, rosaklah anak muda kita. Sepatutnya setiap menteri kena ada ada mufti (yang tak diperguna la) untuk menasihat menteri, alam macam PA.
2) buat ibubapa yang tak suka sajak ni, makcik pakcik hormatilah ibubapa lain yang nak anaknya ke jalan yang benar. Sebelum, anak kita ni jadi macam biawak hidup bila besar nanti.
3) media tolonglah jaga imej anda, muak tul, asyik nak melagakan orang, dan suka cari kelemahan orang. Insaflah sikit. Gunalah win win situation, cuba elak isu yang boleh jadi pertikaian, terutama hal kecik macam ni. Lebih baik focus, isu sosial muda mudi ni. Ada gak faedahnya.
4) pelajar pun hormatilah cikgu, janganlah kuat sangat ngadu perkara yang tak baik. Manusia kan tak sempurna. Maafkanlah.

Isu ketiga, paling sensasi dan paling bengap untuk dibahaskan.
Maaf guna istilah ni, tapi memang terasa kenapalah aku duduk kat negeri yang orangnya tak cerdik bukan kepalang.
Isu demonstrasi bogel terhadap kerajaan Selangor sebab naik harga sewa rumah.
Alahai. Apa nak dibogelnya diri tu. Hanya kerana naik RM100, nak gadai maruah diri yang mahal harganya tu?
Kalau bukan islam yang cakap, boleh fikirlah jugak. Tapi, kenapalah ada muslim yang macam ni?
Apa murah sangat ke maruah tu sampai nak ditayang untuk protes?
Janganlah nak mengugut sampai sebegitu rupa! Kok ye pun teruk mana pemerintah kita, tegurlah cara baik.
Hanya sebab parti berbeza? Nilah kelemahan demokrasi- rujuk artikel lalu.
Adakah ni sebab nak publisiti? Kalau isu bukan bogel, orang tak pandang kot. Mungkin?
Bila kita sebut nak buat perkara terkutuk ni, meskipun kita tak buat, dah menggambarkan betapa hinanya kita.
Mungkin aku belum bekerja, dan tak tahu nilai RM100 bila dinaikkan. Tapi kenapa, bila pihak kerajaan pusat naikkan harga minyak, takde pulak demonstrasi bogel?
Buat demonstrasi biasa udahla. Kenapa dulu waktu khir toyo, hal macam ni orang tak bising?
Adakah sebab PKR memerintah? Sabar jela. Tempoh 5 tahun tu lama lagi. Banyak proses untuk diubah. Bukan ubah secara mendadak !!!
Aku tak berpihak mana2 parti tapi, fikirlah sebelum membuat sebarang keputusan.
Kesimpulan isu ketiga: 1) yang nak buat demo ni, insaflah, banyakkan bertaubat kepada Allah. Hargai maruah anda, keluarga, dan masyarakat.
2) parti parti yang ada di Malaysia ni, tolonglah. Jangan guna taktik busuk! Binalah kesejahteraan bukan pertahan kuasa!

Kesimpulan keseluruhan: ini semua disebabkan kurang berfikir akibat dari tindakan kita. Think first !
[aku di bilik kajai untuk kali terakhir, bye kajai. 6.45 pagi, 19oktober 2008, rabu]

Selasa, November 18, 2008

sujud syukurku kepadaMU

"subhanallah walhamdulillah wala ila ha illallah"

jam 2.45petang, hati aku terasa amat lapang, dan tenang teramat sangat.
sebaik sahaja keluar dari dewan peperiksaan (DECTAR).
melangkah keluar dengan wajah yang tersenyum.
memandang ke langit dengan penuh pengharapan.
syukur alhamdulillah.

tadi merupakan periksa terakhirku untuk semester ini.
dan periksa ini paling aku geruni.
bayangkan bagaimana gugur jantungku ini menanti 18 november.
memang kesilapan besar aku. aku studi las minit.
subjek biokimia ini, memperihal tentang aktiviti enzim dalam badan manusia.
malahan haiwan dan tumbuhan juga, mengalami tindakbalas yang sama.
studi las minit ni banyak menginsafkan aku.
makin aku studi dengan mendalam, makin aku menyukai subjek ni.
tetapi makin aku suka, makin aku gerun untuk menanti exam ni.
subhanallah..
aku banyak kali berhasrat nak repeat je paper ni..
tapi patut ke??
setelah 3 bulan aku bertungkus lumus datang kelas??
berbaloikah aku bayar RM 300 untuk course ni??
hanya sebab aku nak ulang balik paper ni?
tak patut tak patut.

di dewan periksa, bukak je soalan, memang aku tersentak..
susah gilerrrrrrrrrrrr!!
aku tak baca dan takingat..
aku belek dan belek..
tutup kertas soalan.. selawat dulu.. 
buka balik, dan jawab dulu mana aku tau..
oh... apa aku nak jawab ni? hentam jela..
bila aku hentam, macam ada satu lintasan di minda aku.
macam pernah baca je.. jadi, aku tulis berdasarkan lintasan itu.
lagi 15 minit masa tamat. aku menulis dengan laju...
meskipun aku yakin aku tak leh jawab.. aku terus hentam.. 
prinsip aku: jangan biar kosong jawapan.. paham!!
teruslah tulis jawapan merapu.. oh. masa tamat..
aku pandang muka prof, wajah aku senyum.
aku 
cium tangan prof, prof tanya camne??
insyaallah aku jawab. dengan sinis, prof perli, takleh jawab la tu..

aku terus tersenyum keluar..
hanya allah yang tahu, kenapa aku senyum..
subhanaallah.. aku menanti dan berdoa, moga semua exam yang telah kulalui, jangan bawah C.
terus aku sujud syukur.
betapa allah, telah banyak mengajar dan mendidik ku.
rasa nak menjerit je..

[usaha doa dan tawakal. semoga allah perkenan doaku untuk dapat anugerah dekan. jam 6.30petang. dibilik adli]

Ahad, November 16, 2008

apabila tekanan meningkat...

"apabila last minute ni, macam2 hal akan berlaku"

penyataan di atas amat tepat sekali..
penah sekali, buat folio sejarah (masa sekolah dulu) esok nak kena hantar..
boleh lak, komputer buat hal..
memang aku angin.. masa aku nak buat la dia sakit !!

sekarang pun sama..
waktu tekanan sangat dengan subjek killer isnin dan selasa..
masa tulah pelbagai emosi bermain!!
ish3.. masa tu la nak merajuk, masa tulah nak bergaduh..
masa tu lah nak berbalah.. aduhai..
las sekali, bila da tak dapat kawal emosi, syaitan mula la belenggu !!
bangun lewat la, telepas solat jemaah subuh.. sedih.. rugi 27 pahala..
wah !!
esok je tinggal !!
sempat ke??
wah.. bersabarlah.. baca alam nasyrah bebanyak..

[7.30 pagi... 16 oktober2008]

Sabtu, November 15, 2008

kepala b*bi di depan rumah

"melampau !!! bagi betis nak peha"

aku terkejut besar melihat berita ni di masjid tanah melaka.
bagi aku ni suatu yang melampau ! dan tak boleh dimaafkan.
mana kan tidak, hanya kerana kita mahu tutup kandang babi di melaka
atas faktor kebersihan dan kandang haram, sehingga sanggup meletakkan kepala babi di depan rumah.
ini satu perkara yang memang menoreh hati umat islam yang benar2 mukmin.

ni semua terpapar dalam buletin utama.
seorang pihak berkuasa yang bertangungjawab dalam perihal tutup kandang.
sewaktu nak keluar pegi solat subuh, gelap la kan kat situ.
waktu nak buka pagar, ada benda tergantung di pagar. di belek2 rupanya kepala babi.
ini da macam ugutan. ish3, kalau tak kawal emosi ni, dah lama aku rasa aku bakar je..
tapi sebagai muslim yang mukmin.
kawallah kemarahan kita.
biarlah orang bagi babi/najis kepada kita, kita berlaku baik la pada mereka..
nabi pun pernah mengalami seperti ini. malah lebih teruk sehingga dibaling batu ke arah nabi.
nabi terus berakhlak mulia.
subhanaallah, sungguh teguh iman nabi, sungguh suci pekerti nabi..
marilah kita mencontohi nabi, moga hati kafir ini terpaut dengan budi pekerti muslim mukmin.

[muslim sahaja tidak cukup, mukmin iaitu muslim yang beriman kepada Allah itulah yang kita cari. jam 9malam, 14november2008]

Jumaat, November 14, 2008

hilang 2 hari, kini kembali..

"2hari dirasa sepi tanpa menulis"

maafkan aku tak update blog sejak 2 hari.
aku pun tak pasti siapa yang sudi baca blog ini.
tapi apa yang pasti, aku akan teruskan pengkisahan tentang hidupku.
aku tengah kemaskini blog, dan baru aku sedar, aku tak allowed komen untuk orang yang takde blog (anonymous).
maaf sekali lagi.. patut aku musykil, kenapa setiap kali pos, takde orang komen.
maaf...

2 hari berlalu, aku menghadapi peperiksaan yang agak mantap.
syukur aku dipermudahkan oleh Allah.
tentang peperiksaan biarkan ia berlalu. tawakal pada Allah.
ada satu malam, ana singgah di surau annur (femes sangat di bangi)
memang tak rancang nak pegi sini, tapi kebetulan lalu dan nak solat isyak.
aku dianugerahkan kuliah yang begitu menarik hati aku.
ust farid ravi 5 meter dihadapan aku. penuhnya surau ni.
dulu, ni la surau nostalgia aku.
setiap malam pasti aku terlibat dalam majlis ilmu nya.
tapi sejak setahun ni, nilah kali pertama rasanya aku singgah.
ust farid membuka minda aku. tentang bertaqwa kepada Allah.
bangunlah tiap2 malam untuk beribadat. kenapa nabi sanggup juga solat sehingga bengkak2 kaki?
nabi menjawab: apakah salah aku nak menzahirkan rasa syukur kepada Allah?
nabi yang maksum tu pun nak bersyukur kepada Allah. kita?
terkedu lidah aku. meskipun aku dengar di pertengahan majlis, tak rugi aku singgah di sini.
ust juga ada cerita tentang sajak kematian yang menjadi buah mulut tv dan pihak kementerian.
ust berkata, "apalah salahnya ustaz ustazah di sekolah tayang cerita tu?
saja je manusia ni nak kenakan ustazah ustaz ni. benda yang baik nak dilarang.

sepatutnya ibubapa berterima kasih kepada ustz ustazah, kerana membantu mendidik anak mereka akan hari akhirat. ini tidak? kalau benarlah sajak itu menakutkan pelajar, habis tu kenapalah cerita puaka di tv, hantu tak diharamkan juga? malahan lebih menyeramkan dan tak masuk akal. jika sajak tentang kematian dilarang, pendidikan seks, bukan main digalak. kita lihat zaman sekarang, guru mendidik bangsa, tetapi tak dihargainya guru.
cuba lihat kejayaan UPSR, PMR dan SPM. hanya keceriaan wajah ibu dan anak je dipapar.
keceriaan guru? sedikit saja."
itu antara kata beliau yang masih ana ingat dan ada sedikit ana tambah.
kewajarannya ada di situ. hati sayu dan sedih sikap umat sekarang.
hari kedua, aku ke baituna lagi. malam ni aku agak hilang fokus untuk mendengar ilmu yang disampaikan. entah kenapa?
topik kali ni tentang malaikat.
berbicara tentang malaikat, ana teringat zaman aku masih kecil.
aku amat mengagumi malaikat dan sehingga aku yakin raqib atid di kiri kananku.
sehingga aku sentiasa menjaga langkahku. bila aku masuk ke tandas.
aku yakin malaikat tunggu aku diluar.
subhanallah.. betapa kecilnya aku sehingga aku mampu meyakini mereka.
kini, aku yakin tetapi, aku terlupa untuk mengingat akan mereka.
aku terlupa akan mereka dibahu ku.
semalamlah, aku kembali mengingat malaikat ni masih di bahu ku.
syukur. aku leka dibalik nostalgia.
mesti naqib aku marah aku tak fokus. ampun pak..

[2 hari dalam satu blog. jumaat di rumah aku]

Khamis, November 13, 2008

aku di saat genting

fasa terakhir dalam peperiksaan...
aku di saat genting... 3 lagi paper.. dan last paper is KILLER subject..

Selasa, November 11, 2008

it's serius: kerapuhan demokrasi

“bersamalah kita mencontohi amerika, selepas tamat pilihanraya, McCain minta penyokongnya menyokong Obama demi kemajuan Amerika” politik ini bersifat bermusim bukan sepanjang masa yang kita alami sekarang – buletin utama 10nov2008

Aku pagi tadi baru lepas exam hubungan etnik. Syukur Allah permudahkan aku untuk menjawab.
Hubungan etnik satu matapelajaran yang menarik jika diamati bukunya betul2.
Prof shamsul amri baharuddin, pensyarah UKM yang menerima anugerah fukouka. Aku pun tak pasti apa fukuoka itu sebenarnya.
Meskipun aku tak kenal hamba Allah ni, tapi bila aku baca ayat dia ‘word by word’, aku dapat rasa maksud yang dia nak cuba sampaikan.
Aku taknak melabel sebagai bias, tapi aku mengakui sifat akademik nya dalam mengolah hubungan etnik.
Sebagai contoh, ms60 “di celah-celah pertembungan tersebut lahir bahasa melayu rojak atau bahasa inggeris rojak,…”
Isu bahasa inggeris sebagai bahasa kemajuan. Aku nampak, pensyarah ni seperti tidak gemar dengan sikap kerajaan menggunakan bahasa inggeris dan mengenepikan bahasa melayu dalam pendidikan.
Tapi sebagai ahli akademik, beliau tak tunjuk bias nya dia, dia Berjaya membuat kesimpulan.
“BI xperlu dipersoal, kerana kerajaan mahu menjadikan Msia pusat kecemerlangan akademik serantau”
Ada banyak lagi ayat seperti ini. Aku respek prof shamsul amri, kerana tak bias, melainkan orang yang tak Berjaya memahaminya.
Aku agak terkilan tentang satu perkara. Ms28 dan 70 menerangkan segalanya.
“agama dianggap penyumbang kepada perselisihan…ilmu sains mnyatukan manusia…ilmu sains menjadi asas kepada segala kehidupan duniawi manusia”
“pembangunan politik berlangsung melalui tiga proses utama… sekularisasi budaya politik… memisahkan agama dan unsur politik”
Kalau dapat baca gabungan kedua2 penyataan ni, memang anda akan terkilan, inilah sebenarnya yang penjajah bawa untuk kita guna dalam sistem demokrasi.
Demokrasi aku pun tak tahu apa maksudnya, tapi yang pasti demokrasi memisahkan perundangan, kehakiman, dan pemerintahan.
Susah bagi aku nak menjelaskan tanpa cerita sejarah penjajah ni dan demokrasi.
Selepas penjajah Berjaya menjatuhkan kerajaan islam pada awal 1900an, penjajah, merancang untuk melemahkan islam.
Dari situ kita dapat lihat, bermacam2 perjanjian mula timbul (perjanjian pangkor) – permulaan kepada langkah mereka untuk menyekat kuasa sultan.
Kalau nak difikir, kenapa pejanjian ini tak dibuat lebih awal? Kenapa mesti tunggu awal 1900an baru mereka merancang semua ni?
Sedangkan british dah kuasai tanah melayu sejak 1700an. Segala hasil bumi diangkut untuk revolusi industri mereka.
Akibat kejatuhan kerajaan islam itu, mereka nak pastikan islam rapuh dan terus hilang. Sehingga konsep pemerintahan islam diabaikan dan islam ditumbangkan.
Mereka melakukan perpecahan Negara, banyak Negara yang satu dulu, menjadi banyak. Dan setiap Negara ditanam ideology Negara bangsa.
Untuk apa Negara bangsa?? Sebagai kita dapat berbangga dengan bangsa dan Negara kita lah?
Nampak tak konsep perpecahan di sini? Orang susah untuk bersatu bila da berpecah.
Jadi, mereka melancarkan sistem pemerintahan cara mereka secara halus. Jelas sekali demokrasi adalah sebahagian sekularisme (pemisahan agama dalam kehidupan).
Apakah fungsi parti? Pasti juga satu konsep perpecahan juga. Bila ada satu parti tentu ada parti lain. Dan pasti mereka berbeza pendapat.
Dan kita kena raikan perbezaan parti ini dengan pilihanraya, yang menang akan menegakkan ideology (perbezaannya) dan yang kalah hanya membangkang.
Lihatlah sekelian, bagaimana penjajah nak kita tak bersatu. Kita meraikan perbezaan bukan persamaan.
Yang malangnya islam. Kan islam membenci perpecahan? Sekarang, semua orang ada semangat bernegara, ini sebab isu kerakyatan.
Negara islam dulu, hanya 1, dan isu kerakyatan tak timbul, isu visa, isu perkahwinan campur takde, sebab pemecahan kawasan tak berlaku.
Sistem pemerintahan satu dan tidak berpecah2 (sistem pusat, negeri). Jadi demokrasi amat rapuh di Negara muslim.
Sebab demokrasi bukan datang dari Allah, jadi bila kita hanya mencontohi penjajah dan mengikut sahaja hukum demokrasi mereka.
Maka, jiwa kita akan sentiasa nak berbalah atas perbezaan parti dan pahaman.
Terang lagi bersuluh, pergaduhan pas dan UMNo dah berlarutan. Susah nak bersatu.
Sebab dalam diri masing2 dah ditanam semangat kepartian oleh penjajah laknatullah.
Caranya untuk bersatu, tolak demokrasi, ambil islam sebagai cara pemerintahan (tanpa pemisahan kehakiman dan perundangan)
Cara kita ambil islam bukan melalui pilihan raya, kerana pilihanraya masih dalam demokrasi.
Kesedaran dari pemimpin untuk menolak sistem demokrasi. Dan perkenalkan sistem islam (masih kurang pengkajian tentangnya).
Xmustahil jika kita semua buka mata, buka minda, buka hati.
Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua.

[11november, mengantuknya. Jam 2 pagi]

Isnin, November 10, 2008

perform for the good n expect for the worse

“aku pelik sangat ayat ni – perform for the good n expect for the worse”

Alhamdulillah, kelas taksonomi baru je abis setelah 4 jam berbincang bersama prof latiff.
Nak pergi solat asar, da lewat sangat ni. Jam tunjuk pukul 6 petang.
Aku lalu depan gadis tudung labuh. Terkilas pandang pada failnya.
Eh, pehal dnegan budak ni. Dalam benak pemikiran aku.
Sekali baca macam “perform to get 4 except the worse” (aku tak ingat sangat ayat dia)
Aku minta dia tunjuk semula ayat tadi.
Aku makin pelik. Aku Tanya except ke expect?? Ingatkan dia kurang pandai bahasa inggeris.
Rupanya, perform for the great expect for the worse (lebih kurang la ayat dia ni)
Aku Tanya kenapa lak expect for the worse?
Dia beritahu aku. Dalam kita berusaha mengharapkan kejayaan. Jangan lupa untuk mengharap kegagalan.
Sebab semua ni ketentuan Ilahi. Maksudnya, dalam kita mengejar kejayaan, jangan terkejut kalau kita gagal pada suatu ketika.
Mungkin ini ada hikmah dari Allah.
Subhanallah, aku baru sedar benar ayat tu. Selama ni aku, asyik mengharap kejayaan tanpa memikirkan kegagalan.
Kerana aku tak pernah bersiap untuk gagal. Astaghfirullah hal azim.
Syukur kepada Allah mengingatkanku.

[huda afiqah yang menegurku, di bilik PMFST jam 6.05 petang, 9hb November]