Rabu, November 19, 2008

3isu: teksi menjual, sajak, & bogel

“Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata, pihak kementerian sedang mengkaji perkara tersebut dalam usaha membantu para pemandu teksi menambahkan pendapatan mereka-akhbar utusan


3 isu yang agak menarik bagi aku. Menarik ke?
Maksud aku, menarik untuk dibahas. Mesti korang dah dengar isu-isu ni.
Bagi yang belum atau jarang perbaharui info semasa, taip kat google.
Teksi dibenarkan menjual, larangan sajak kematian di sekolah, demonstrasi bogel.
Isu pertama, teksi dibenar menjual?
Aku waktu dengar berita ni, amatlah terkejut. Almaklumla, kenapa boleh sampai begitu sekali?
Adakah dengan menjual boleh untung sikit pemandu teksi tu?
Nak jual apa dalam teksi? Prepaid? Masyaallah, bukan selalu orang yang naik teksi kehabisan topup.
Makanan ringan? Ramai ke kanak2 yang naik teksi? Adakah nak menjadikan teksi macam kedai bergerak?
Aku bergurau senda dengan umi. “umi, nanti kalau nak gi kedai runcit, naik teksi je tau”
Pakcik aku bawa teksi, memang dia warak orangnya, jaga solatnya.
Pagi seawal subuh dah keluar cari rezeki, balik lewat malam. Makcik aku pun kerja, untuk menampung pendapatan suaminya.
Sedih aku tengok, anak dia paling tua pun baru tingkatan 3. Nak menyara persekolahan lagi. 5 anak kesemuanya.
Lagipun, kalau dibenarkan menjual, berapa sangat yang untung?
Lagi berserabut aku rasa teksi tu. Dah la penuh dengan tempelan notis pemandu berhemah, kadar bayaran, kad teksi dll.
Bagi aku, dalam usaha nak membantu pemandu teksi ni bukan dengan menjual dalam teksi.
Amat tidak patut, dah la orang sekarang takut naik teksi (harga mahal), pastu nak beratur nak isi NGV (minyak), cari pelanggan kesana sini.
Ni nak suruh menjual pulak. Tak patut.
Aku pernah dulu naik teksi, peramah nya. Seronok dengar dia bercakap dalam kekalutan kota. Sampai tak terasa jauhnya perjalanan.
Kalau boleh nak naik je teksi tu lagi, tapi sekali da naik, mana kenal da orang ni.
Ada teksi tu, senyap je. Tak peramah langsung, ada jugak yang cakap merapu.
Tapi tak semua. Itu masalah atitud pemandu tu sendiri yang menyebabkan kadang orang fobia.
Kesimpulan isu pertama: 1)orang atas, silalah fahami orang bawah, cubalah naik teksi sekali sekala. Fahami mereka, apa yang diorang nak. Bukan main bagi cadangan je.
2)Bagi pemandu teksi sendiri, kalau anda betul2 dahagakan pendapatan, jagalah atitud anda, maniskan wajah, ceriakan bicara. Dan jangan lupa turunkan harga. Memang susah kalau nak dapat pelanggan, tapi, bila kita turunkan harga dan atitud tinggi, gerentilah penumpang tu nak naik lagi. Jadi, jangan segan bagi nombor henpon pakcik ye !!!


Isu kedua, sajak kematian. Memang taget aku nak tulis tentang ni sejak minggu lepas.
Tapi apakan daya, takut aku lak yang kematian dalam menjawab periksa.
Memang aku rasa banyak masalah di peringkat kementerian pelajaran.
Mana taknya, isu bahasa melayu, isu sajak ni, isu guru bermasalah, isu pelajar banyak masalah, yuran, buku teks dll..
Kalau aku jadi menteri pun boleh serabut otak! Tapi kita banyakkan berdoalah pada allah.
Tentang sajak ni, apa nak dilarangnya sajak tu dari ditayang dalam kelas?
Bagi aku, setelah tengok sajak tu, memang seram, dan menginsafkan.
Mungkin patut dilarang tayangan untuk nonmuslim. Tapi tidak pada muslim.
Kita guna teknologi yang sedia ada untuk mengajar muslim (terutama kanak2 dan remaja) tentang alam kubur dan segala berkaitan agama.
Barau interesting pembelajaran. Lagipun kalau guna buku teks, tulisan jawi yang tebal tu, pastilah bebudak ni hafal je.
Bila ada movie, baru diorang hayati sikit. Betul tak?
Lagipun, ibubapa sekarang kan sibuk, sibuk dengan kerja, takde masa nak didik anak tentang islam.
Jadi, inilah peranan guru, membantu ibubapa tentang pendekatan islam.
Kalau ibubapa muslim ni tak suka gurunya mengajar islam kepada anaknya, pindah je sekolah SJK (jenis cina ke tamil ke?) atau sekolah antarabangsa ke?
Orang kata, biarlah sorang yang tak suka tu duk tepi, hormati orang yang suka. Kan demokrasi, ikutlah majoriti. Ish3..
Aku tengok dato’ hisham tu, bagi larangan tanpa tengok pandangan orang ramai, sebab punyalah riak si TV3 tayang komen penonton tentang isu ni.
Rata-rata menyukai sajak ni dengan alasan yang benar. Ni mesti ada syaitan (orang la) cucuk ni.
Wartawan ni pun satu, bila satu hal timbul, biarlah menteri ni kaji dulu, dan jangan paksa dia bagi keputusan, tu yang menteri pening tu.
Sesuatu yang berlaku perlu direnung, dikaji dan dipertimbang kebaikannya. Baru buat keputusan.
Macam sains jugak. Ada hipotesisnya, kaedah kajian, dan hasil kajian, dan kesimpulan.
Kesimpulan bagi isu kedua: 1) menteri hendaklah hormati dan kaji pendapat orang ramai dulu, terutama yang golongan agama ni, sebab, kalau hilang agama, rosaklah anak muda kita. Sepatutnya setiap menteri kena ada ada mufti (yang tak diperguna la) untuk menasihat menteri, alam macam PA.
2) buat ibubapa yang tak suka sajak ni, makcik pakcik hormatilah ibubapa lain yang nak anaknya ke jalan yang benar. Sebelum, anak kita ni jadi macam biawak hidup bila besar nanti.
3) media tolonglah jaga imej anda, muak tul, asyik nak melagakan orang, dan suka cari kelemahan orang. Insaflah sikit. Gunalah win win situation, cuba elak isu yang boleh jadi pertikaian, terutama hal kecik macam ni. Lebih baik focus, isu sosial muda mudi ni. Ada gak faedahnya.
4) pelajar pun hormatilah cikgu, janganlah kuat sangat ngadu perkara yang tak baik. Manusia kan tak sempurna. Maafkanlah.

Isu ketiga, paling sensasi dan paling bengap untuk dibahaskan.
Maaf guna istilah ni, tapi memang terasa kenapalah aku duduk kat negeri yang orangnya tak cerdik bukan kepalang.
Isu demonstrasi bogel terhadap kerajaan Selangor sebab naik harga sewa rumah.
Alahai. Apa nak dibogelnya diri tu. Hanya kerana naik RM100, nak gadai maruah diri yang mahal harganya tu?
Kalau bukan islam yang cakap, boleh fikirlah jugak. Tapi, kenapalah ada muslim yang macam ni?
Apa murah sangat ke maruah tu sampai nak ditayang untuk protes?
Janganlah nak mengugut sampai sebegitu rupa! Kok ye pun teruk mana pemerintah kita, tegurlah cara baik.
Hanya sebab parti berbeza? Nilah kelemahan demokrasi- rujuk artikel lalu.
Adakah ni sebab nak publisiti? Kalau isu bukan bogel, orang tak pandang kot. Mungkin?
Bila kita sebut nak buat perkara terkutuk ni, meskipun kita tak buat, dah menggambarkan betapa hinanya kita.
Mungkin aku belum bekerja, dan tak tahu nilai RM100 bila dinaikkan. Tapi kenapa, bila pihak kerajaan pusat naikkan harga minyak, takde pulak demonstrasi bogel?
Buat demonstrasi biasa udahla. Kenapa dulu waktu khir toyo, hal macam ni orang tak bising?
Adakah sebab PKR memerintah? Sabar jela. Tempoh 5 tahun tu lama lagi. Banyak proses untuk diubah. Bukan ubah secara mendadak !!!
Aku tak berpihak mana2 parti tapi, fikirlah sebelum membuat sebarang keputusan.
Kesimpulan isu ketiga: 1) yang nak buat demo ni, insaflah, banyakkan bertaubat kepada Allah. Hargai maruah anda, keluarga, dan masyarakat.
2) parti parti yang ada di Malaysia ni, tolonglah. Jangan guna taktik busuk! Binalah kesejahteraan bukan pertahan kuasa!

Kesimpulan keseluruhan: ini semua disebabkan kurang berfikir akibat dari tindakan kita. Think first !
[aku di bilik kajai untuk kali terakhir, bye kajai. 6.45 pagi, 19oktober 2008, rabu]

Tiada ulasan: