Sabtu, November 29, 2008

matlamat hidup. perlu ke?

“kenapa kita diciptakan? Pasti ada matlamat yang patut kita capai? Takkan makan, minum, belajar, dan kerja saja?”

Pernah tak kita duduk merenung seketika persoalan di atas?Pernah tak kita menyoal diri kita? Apa yang kita mahu dan capai dalam hidup ni?Cuba kita fikir balik, kita keluar dari rahim ibu dengan begitu payah sekali.

Kita payah sekali untuk berjalan, untuk bercakap.Kita payah sekali untuk memanjat dan melompat. Kini?Takkanlah setiap kepayahan tu, takde tujuan dan matlamat yang ingin kita capai?Kenapa kita belajar? Kita belajar untuk dapat 10 A atau pointer yang baik. Kenapa?Untuk masuk universiti atau dapat kerja lah. Kenapa nak dapat kerja?Untuk dapat duit la. Duit untuk apa? Untuk makan minum dan terus hidup.Hidup untuk apa? ….. hidup untuk….

Semua berbalik pada diri kita balik. Kita masih tak tahu jawapan untuk hidup.

Kita ada matlamat, tapi matlamat kita pendek.Dan setiap kali kita dah capai matlamat, kita jadi blur…. Apa matlamat aku pasni?Adakah matlamat itu terbatas? Dan kita perlu perbaharui sentiasa?

Contoh, matlamat aku nak dapat 4 flat dalam exam. Bila dah habis exam…Result, syukur aku dapat 4.. pastu aku blur.. takkan nak enjoy sebab dapat 4? Pas enjoy?Apa matlamat aku pasni?

Contoh kedua, matlamat aku nak jadi kaya. Aku belajar bersungguh2.Aku dapat kerja. Aku dapat gaji besar, aku beli rumah, kahwin, kereta baru..Wah seronoknya. Tapi, aku dah kaya. Aku dah capai matlamat. Lagi? Adakah ini matlamat aku hidup?

Tentu matlamat ini sepatutnya tidak pendek dan terbatas.Kita tak patut meletakkan matlamat kita hanya pada dunia. Berjaya mencapai ijazah dan kerja yang hebat. Sebab kita takkan mencapai matlamat yang hakiki.Adakah matlamat kita hidup hanya untuk jadi kaya dan dapat ijazah sahaja? Pasti lebih dari itu kan?

Tapi, takkan matlamat kita untuk mati je?Sia2lah.. baik takyah hidup kalau kita bermatlamat nak mati.Cuba fikir? Cuba rujuk alquran.Kita tak dicipta untuk sia2 di dunia. Kita dicipta pasti ada tujuan.Matlamat kita adalah akhirat. Meskipun kita tak tahu ke mana kita selepas mati.

Tapi kita tahu ke mana kita mati dalam alquran.Kita tahu ada neraka ada syurga.Adakah kita masih tuli dan lembap dalam memahaminya?Sudah tentu kita taknak masuk neraka. Siapa yang nak?Antara tahi dengan permata? Mana yang anda mahu?Hanya orang jahil dan gila je yang ambil tahi.Begitu juga neraka. Kalau dah tahu azab neraka, kenapa nak lagi?

Sebab tu, kita kena betulkan matlamat hidup kita: untuk mencapai keredhaan Allah.Lepas tu kita buatlah perancangan untuk mencapai matlamat kita ni.Kalau setakat matlamat tapi takde perancangan, sia2 juga.Perancangan: jauhi larangan Allah, lakukan solat, yakin rukun iman, belajar bersungguh2 dll.

[29nov2008, 8.30 pagi. Di umah]

2 ulasan:

Syam Ahmedarino berkata...

hehe.. mcm sinambongan blog aq jer.. kikikih...

blog aku nov 23rd,2008n ada bincang pasal matlamat hidop gak..

bg aq setiap manusia ada matlamt hidup yg berbeza... hmm..

Unknown berkata...

yup..
memang kesinambungan.
memang matlamat hidup manusia berbeza.

tapi hakikatnya, kita hanya punya matlamat sebenar yang satu.cuma kita yang tak menyedarinya.