maafkan aku tak update blog sejak 2 hari.
aku pun tak pasti siapa yang sudi baca blog ini.
tapi apa yang pasti, aku akan teruskan pengkisahan tentang hidupku.
aku tengah kemaskini blog, dan baru aku sedar, aku tak allowed komen untuk orang yang takde blog (anonymous).
maaf sekali lagi.. patut aku musykil, kenapa setiap kali pos, takde orang komen.
maaf...
2 hari berlalu, aku menghadapi peperiksaan yang agak mantap.
syukur aku dipermudahkan oleh Allah.
tentang peperiksaan biarkan ia berlalu. tawakal pada Allah.
ada satu malam, ana singgah di surau annur (femes sangat di bangi)
memang tak rancang nak pegi sini, tapi kebetulan lalu dan nak solat isyak.
aku dianugerahkan kuliah yang begitu menarik hati aku.
ust farid ravi 5 meter dihadapan aku. penuhnya surau ni.
dulu, ni la surau nostalgia aku.
setiap malam pasti aku terlibat dalam majlis ilmu nya.
tapi sejak setahun ni, nilah kali pertama rasanya aku singgah.
ust farid membuka minda aku. tentang bertaqwa kepada Allah.
bangunlah tiap2 malam untuk beribadat. kenapa nabi sanggup juga solat sehingga bengkak2 kaki?
nabi menjawab: apakah salah aku nak menzahirkan rasa syukur kepada Allah?
nabi yang maksum tu pun nak bersyukur kepada Allah. kita?
terkedu lidah aku. meskipun aku dengar di pertengahan majlis, tak rugi aku singgah di sini.
ust juga ada cerita tentang sajak kematian yang menjadi buah mulut tv dan pihak kementerian.
ust berkata, "apalah salahnya ustaz ustazah di sekolah tayang cerita tu?
saja je manusia ni nak kenakan ustazah ustaz ni. benda yang baik nak dilarang.
sepatutnya ibubapa berterima kasih kepada ustz ustazah, kerana membantu mendidik anak mereka akan hari akhirat. ini tidak? kalau benarlah sajak itu menakutkan pelajar, habis tu kenapalah cerita puaka di tv, hantu tak diharamkan juga? malahan lebih menyeramkan dan tak masuk akal. jika sajak tentang kematian dilarang, pendidikan seks, bukan main digalak. kita lihat zaman sekarang, guru mendidik bangsa, tetapi tak dihargainya guru.
cuba lihat kejayaan UPSR, PMR dan SPM. hanya keceriaan wajah ibu dan anak je dipapar.
keceriaan guru? sedikit saja."
itu antara kata beliau yang masih ana ingat dan ada sedikit ana tambah.
kewajarannya ada di situ. hati sayu dan sedih sikap umat sekarang.
hari kedua, aku ke baituna lagi. malam ni aku agak hilang fokus untuk mendengar ilmu yang disampaikan. entah kenapa?
topik kali ni tentang malaikat.
berbicara tentang malaikat, ana teringat zaman aku masih kecil.
aku amat mengagumi malaikat dan sehingga aku yakin raqib atid di kiri kananku.
sehingga aku sentiasa menjaga langkahku. bila aku masuk ke tandas.
aku yakin malaikat tunggu aku diluar.
subhanallah.. betapa kecilnya aku sehingga aku mampu meyakini mereka.
kini, aku yakin tetapi, aku terlupa untuk mengingat akan mereka.
aku terlupa akan mereka dibahu ku.
semalamlah, aku kembali mengingat malaikat ni masih di bahu ku.
syukur. aku leka dibalik nostalgia.
mesti naqib aku marah aku tak fokus. ampun pak..
[2 hari dalam satu blog. jumaat di rumah aku]
2 ulasan:
adik pun terlupa ttg Atid dan Raqib... :(
beriman kepada malaikat merupakan rukun iman yang kedua.
yakinlah akan mereka.
sentiasa merasai kehadiran mereka.
sewaktu makan, ingatlah mikail memberi kita makan yang datang dari allah.
Catat Ulasan