"eko air tawar dan samudera (EATS) suatu kursus yang menarik tentang penciptaan Allah"
hari ni aku akan menghadapi peperiksaan akhir EATS jam 12 pagi ni.
tak tahu nak buat apa sekarang, jadi di kesempatan ni,
teringin jugalah berkongsi apa yang telah ku pelajari selama ni.
berguru tentang segala ilmu air tawar.
teramat menarik sehingga aku rasa belum puas dan tak mencukupi apa yang ku pelajari.
aku belajar bagaimana tasik boleh terbentuk.
belajar jenis2 hidupan di tasik.
belajar tentang kajian2 di tasik. hampir kebanyakan berkaitan dengan tasik.
rupanya tasik ni tak selamanya akan penuh, ia makin surut.
bergantung kepada faktor cuaca.
habitat hidupan di tasik juga pelbagai, dan menakjubkan.
habitat hidupan di tasik juga pelbagai, dan menakjubkan.
dari ikan (nekton) kepada haiwan dasar (bentos) hinggalah plankton.
wah seronoknya. tak dapat nak cerita lebih lanjut.
pada separuh semester terakhir, aku berguru pulak dengan prof othman ross.
menarik dan lebih mengkagumkan.
kuasa Allah amat besar. 3/4 daripada bumi dipenuhi dengan air laut.
kuasa Allah amat besar. 3/4 daripada bumi dipenuhi dengan air laut.
banyak2 air didunia, air laut paling berkuasa mungin 99%. air tasik sedikit sangat peratusannya.
subhanallah.
aku belajar tentang pergerakan arus. angin bertiup dan menggerakkan arus.
arus air laut akan bergerak dari timur ke barat.
jika kita lihat pada garisan khatulistiwa, di lautan atlantik, arus akan bergerak ke barat.
apabila arus khatulistiwa selatan berlanggar dengan benua (brazil) aia akan terpesong ke utara.
arus terlanggar pulak ke carribean dan berputar ke eropah. dan membentuk satu putaran.
di utara, ia akan ikut arah jam, dan sebaliknya bagi selatan.
wow... subhanaallah sekali lagi..
doakan aku berjaya. sekian.
[macam tak ready, tapi hati tenang je. peliknya... 3nov, 8.40pagi]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan