Khamis, November 06, 2008

aku berborak perihal politik

“politik=kotor” zaman sekarang ramai orang cakap politik itu kotor. Tapi sewaktu islam memerintah bumi Allah ni, politik antara yang suci. Apakah yang menyebabkan ia kotor?

Kitorang bertiga (aku, adli dan hakim) gi makan kat selera citarasa timur di seksyen 15.
Aku ingatkan nak makan kat dalam UKM je. Malas nak keluar, tapi atas kehendak adli, ikut jela..
Macam biasa, aku order nasi goring cina dan air suam = RM3.30
Jimat skit. Hehe. Sementara nak tunggu hidangan sampai, tgk surat khabar.
Aduh muka najib lagi. Aku hampir muak tengok dia.
Ops, tapi aku bukan sebab benci dia, tapi sebab tiap2 hari muka dia je kuar tv.
aLmaklumla bakal perdana menteri kat Malaysia. Jadi? Ala, macam promosi PM baru kot.
Hmm.. aku teringat pula cerita obama kat US. Dah menang ke blom eh??
Rakyat diorang sibuk pilih presiden diorang. Huh, bangganya dapat pilih perdana menteri sendiri =(
Kenapalah kita kat Malaysia takleh pilih presiden kita sendiri. Macam takde hak je sebagai rakyat di Negara demokrasi.
Berborakla aku pasal politik. Padahal tak minat sangat politik.
Tapi sebab suasana sekang yang sibukdengan politik, baikla juga bincang.. haha..
Aku tertanya, kalau pas nak tegakkan syiar islam, kenapa pas tak letak semua calon dia kat semua tempat??
Kalau orang nak sokong pas tapi pas tak letak calon, sama je, noting change !!
Pendapat adli dan hakim ada kebenarannya gak, aku tak terfikir plak.
Tentang wang taruhan untuk jadi calon pilihanraya.
Bayangkan satu kawasan beribu2, kalau kawasan tu konpem ramai cina (nonmuslim), konpem duit tu burn }}}}
Dan mungkin juga takde cawangan pas kat semua tempat, jadi, pas kena buka la cawangan dulu, dan buktikan diorang leh wat keje..
Hmm… tul gak, tapi anda ada penjelasan??
Aku tak berpihak mana2 sebab aku kurang gemar demokrasi. Tapi bukan bermaksud aku takkan mengundi.
Tapi biarlah aku undi secara rahsia. Lagipun usia aku baru 20 tahun 21 hari. Hehe
Melihat perkembangan di amerika, obama mungkin akan mengubah sejarah dunia.
Meskipun dia bukan islam, tapi dia ada darah islam. Dan mungkin dia akan cuba elak bermusuh dengan islam dan insyaallah islam akan terpelihara lagi.
Kita berdoalah pada allah, moga, monopoli yahudi berkurangan di amerika.
Untuk kesejahteraan amerika, dan dunia amnya.
Aku belek lagi akhbar, sayu hati aku lihat abby abadi. Aku rasa dia pompuan yang baik (layak pakai tudung).
Tapi emosi membuatkan dia lemah. Norman pun sedia nak kawin dua.
Ish3, kalo aku, sedih dan luluh hati aku. Norman2…. Memang la islam membenarkan, tapi kenapa tak fikir nak kahwin dua dari awal?
Kenapa da jadi camni baru nak kawin dua. Aiyooo…
Aku Nampak sorang makcik bawa plastk besar.. eh apa tuh??
Kerepek. Dia jual kat sorang2 kat restoran. Aku dah nak balik. Hmm.. begitulah orang mencari rezeki.
Bukan macam sesetengah tu, melobi lobi dan melobi….

[dunia dunia dunia… 5november 630 petang di restoran selera timur]

2 ulasan:

Syam Ahmedarino berkata...

hmm... aku dengar Obama akan tetap meneruskan operasi ketenteraan di Afghanistan...
*rumour kot!


p/s: klu btul..ternyata, kemenangan bukan satu perubahan.... huhuhuh

Unknown berkata...

mungkin benar.
sebab aku tak yakin obama boleh ubah dasar amerika dalam menyokong israel untuk menyerang negara islam.

berdoa jela untuk kebaikan ummah..