“usolli fadhuz zuhri arba’a rakaatin ma’muman lillahi taala” lafaz niat fardhu zohor. Sedarkah kita, kita niatkannya dalam hati?
Penting ke niat ni? Mestilah penting, dalam rukun solat, mesti niat, kalau tak tak sah solat.
Niat hanya untuk solat je ke? Puasa pun niat juga? Kenapa nak kena niat?
Apa sebenarnya niat tu? Dan kenapa islam menitikberatkan tentang niat?
Definisi niat yang sebenar aku tak arif. Agak berat nak bangkit ambil buku tebal warna hijau dalam rak buku di ruang tamu.
Buku yang dimaksudkan buku dewan bahasa. Hehe. Tapi sefaham aku, niat tu tujuan kita “kenapa kita buat benda tu”
Islam dah mengajar kita selengkapnya, Cuma kadang kita je tak perasan.
Contoh paling mudah, dalam perjalanan di lebuh raya, kita pasti ada hala tuju (destinasi kita). Dan sudah tentu kita sebelum bertolak kita dah rancang niat nak ke mana.
Betul tak? Contoh, aku di rumah, aku nak keluar, aku mesti kata pada diriku aku nak pegi mid valey. Untuk apa? Untuk beli buku kat kedai MPH. jadi aku bawa motor pergi sana.
Sesampai di sana, aku pegi MPH beli buku. Jadi aku telah capai niat aku tadi.
Pernah tak kita pergi ke suatu tempat, dan tak tahu nak buat apa?
Pernah sekali, aku nak hilangkan tensen, gi jalan2 dengan motor. Tapi aku tak tahu hala tuju aku kemana. Makin bosan aku.
Sebab aku tak pasang niat sebelum jalan2.
Sama jugak konsep dengan niat dalam solat. Kita niat kerana allah dan bukan kerana mak suruh solat.
Jadi bila kita niatkan dalam hati dengan penuh ikhlas, pasti kita akan dapat rasa kita khusyuk dalam solat kerana kita sedang menghadap Allah.
Ini tak terbatas dalam kehidupan kita, setiap perbuatan dan amalan yang kita nak buat, berniatlah dalam segala perkara.
Supaya kita tahu hala tuju kita ke mana. Jangan biar kekosongan itu dipenuhi dengan panahan syaitan.
Aku teringat pesanan sang mutarobbi, niatkan segala langkah kita kerana Allah. Sebab, apa yang diniatkan itulah yang kita akan perolehi.
Jika kita niat dunia, nak kahwin, nak dapat ijazah tanpa niat untuk keredhaan Allah, dapatlah kita niat dunia itu.
Tapi sia2 sajalah, kerana kita masih kurang mendapat keredhaan dari Allah.
Subhanallah.. analogi yang mudah. Kebanyakan pelajar belajar hanya untuk peperiksaan. Bila dah tamat exam, dia enjoy.
Bila mula semester baru, dia belajar untuk periksa, enjoy kemudiannya. Tak terasa niat kita belajar untuk periksa itu hanya sia2?
Luputlah ilmu yang kita belajar tu, sebab lepas periksa, nota dicampak kemana, ilmu kemana. Lesap begitu saja.
Jika kita belajar kerana allah, tentu allah akan membantu kita memahami kuasa ciptaanNYA. Di samping bersyukur akan rahmatNYA.
Dan pabila exam, ia tak menggusarkan kita, kerana niat kita bukan terhenti kerana exam.
Niat itu kunci kepada segala-galanya.
Islam adalah cara hidup yang mudah dan lengkap.
Bersama kita niatkan dalam hati, segala amal kita hanya kerana untuk medapat keredhaan Allah.
[terdetik hati aku pengertian yang bermakna pada malam ni, masjid MFI jam 1030 malam, 6 november08]
2 ulasan:
salam...wah hebat la nta...dapat tulis ape yg kita bincangkan mase kat ursah hari tu...tabik2 ^__^
alhamdulillah, apa yang termampu ana tafsir sebarang pengisian ana akan selitkan.
insyaallah
Catat Ulasan