Memaparkan catatan dengan label sains. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sains. Papar semua catatan

Jumaat, November 06, 2009

Apakah alam ini pernah melakukan kesilapan?


Apakah alam ini pernah melakukan kesilapan?
Pernahkah bumi tersilap putar mengelilingi matahari?
Pernahkah di atas bukit ada laut?
Pernahkah padi makan tikus?
Semua alam ini pasti mengikut fitrah kejadiannya.
Fitrah?
Fitrah tu sifat semulajadi.
Jika bumi itu dicipta untuk berputar maka ia akan berputar mengikut kadar yang ditetapkan.
Jika bukit itu fungsinya untuk berada di darat dan air tawar yang ada di sana, mana mungkin laut boleh wujud di sana.
Jika padi itu makanannya adalah air dan cahaya, mana mungkin ia makan daging.
Dan mana mungkin juga harimau makan nasi.
Semua ala mini diciptakan dengan tujuan tertentu.
Sebab itu ala mini ada pelbagai rupa dan tugas yang berbeza.
Lihatlah, bumi itu terciptanya bulat, dan bukannya petak.
Jika ia petak, pasti kapal akan musnah di bucu bumi.
Lihatlah, bumi itu tercipta untuk beredar mengelilingi matahari.
Jika ia tak beredar, mana mungkin Malaysia ada malam.
Lihatlah bukit itu ada di setiap tempat dan Negara.
Jika bukit tiada, semua rata, fuh, bosannya hidup. Pasti hidupan di tanah tinggi akan mati.
Lihatlah padi itu mengeluarkan beras setelah dituai.
Jika ia tidak mengeluarkan beras, kita nak makan apa?
Lihatlah harimau itu makan daging.
Jika harimau itu makan sayur, siapa nak menyeimbangkan ekosistem?
Setiap alam itu pasti ada tujuan penciptaannya.
Setiap alam itu pasti ada fungsinya.
Malah, mereka sempurna fitrah kejadiaanya.
Mereka tak pernah ingkar akan aturan oleh tuhan penciptanya.


Apakah manusia pernah melakukan kesilapan?
Mengapa itu terjadi?

Jumaat, Oktober 02, 2009

amaran Allah

"banyaknya bencana alam"

amaran Allah sangat banyak.
tapi kita tak sedar.
sebab amaran Allah ini dinukilkan dalam bentuk kejadian alam dan sains.

aku membaca blog abihaiqal
benarlah.
pada minggu lepas, ribut debu di australia
kini, tsunami berulang lagi... di kepulauan samoa
gempa bumi di indonesia yang meragut 1000 lebih kematian manusia
ribut parma di filipina juga pada ketika yang sama.
kini terdengar2, letusan gunung berapi yang bakal berlaku.
apakah lagi selepas ini.
aku pernah terdengar juga tentang bongkah ais yang mula mencair.
adakah ini semua bahana pemanasan global?

amaran Allah
dahulu, zaman sebelum era berkembangnya ilmu sains,
bencana alam, hujan batu, bumi terbalik, laut terbelah, banjir besar dan sebagainya itu adalah kuasa Allah.
dan mukjizat nabi2, serta amaran Allah swt.
apakah kini, kita telah pelajari pelbagai cabang sains, kita tahu sebab dan punca sesuatu itu berlaku, jadi bermakna ia bukan lagi sebab kuasa Allah?
tapi sebab sains.
memang kejadian alam itu, maka berlakulah.
tsunami berlaku, sebab berlaku pergerakan plat tektonik bawah lautan.
adakah plat itu bergerak dengan sendiri??
atau sebab ada penyebab yang menggerakkan?
siapa?

amaran Allah.
telah banyak Allah berkata di dalam AlQuran.
sedarkah?

amaran Allah.
juga sebagai petanda makin dekatnya kiamat.
filem gambaran kiamat barat pun banyak ditayang.
armageddon, end day dsb.
malah mungkin lebih teruk.

[renungan bersama]

Sabtu, Mei 30, 2009

aku dan fungi

"fungi tu kulat"
hari rabu lepas, aku, bell, shida, nani dan ida bawa abg johari pegi tengok fungi.
fungi tu adalah kulat.
kulat tahu tak?
hehe.. kalau kita biar roti lama2, nanti akan tumbuh ada putih2 pada roti kan.
kadang2 sampai jadi hitam.
haa... itulah kulat.
cendawan yang kita mana tu pun fungi.
ala, buat2 paham la ye..
alkisahnya tak menarik sangat.
tapi yang menarik, gambar2 kulat ni.
memang cantik. subhanallah.
nak tengok??

[sekian..]

Sabtu, Mac 28, 2009

bandul itu berhayun sendiri?

"eksperimen masa sekolah dulu, tentang bandul"

bandul? 
masih ingat dengan bandul? 
bukan bendul tau! kalau anda ingat lagi, alhamdulillah.
dulu kita nak ukur kelajuan bandul kan?
kita hayunkan dia.
akhirnya hayunan itu berhenti sendiri.
tapi kalau kita tolak bandul tu dia gerak semula.
hmm... pelik tak?
kenapa perlu tolak bandul untuk gerakkan dia?
kalau tak gerakkan bandul tu boleh tak?

apalah muhammad arrabe' ni merepek.
hmm.. aku tak pasti apa yang anda fikirkan sekarang.
cuba pejamkan mata, dan fikir sejenak.
kenapa perlu hayun bandul untuk gerakkannya?
kenapa bandul tu tak bergerak sendiri.

....

pelik tak?
tak pelik?
ish3.. korang ni..
pelik la, bandul yang kecik tak dapat bergerak sendiri.
bukannya berat pun. 
kenapa mesti kita tolak dia, baru dia terhayun.

....

pelik tak?hmm...
kenapa bumi yang besar boleh bergerak sendiri?
sedangkan dia lebih berat dari bandul yang kecik.
kenapa bulan yang besar boleh gerak sendiri??
pelik la..
tipulah bandul tak boleh gerak sendiri.
sedangkan bandul lagi kecik metot.

jap.. mungkin ada manusia yang tolak bumi kot untuk keliling matahari.
dia putar2 bumi macam glob yang ada atas meja kita.
hmm..tipulah, kan manusia duduk atas bumi, camne nak tolak.
mestilah orang dari luar yang tolak.
la.. tak faham ke?
kalau kereta rosak, camne nak tolak dari dalam??
mestilah kena tolak dari luar kan??

alien kot yang tolak.. ish3.. ada ke??
mungkin bumi ni semula jadi bergerak kot.
semula jadi??
tapi.. bandul ni kenapa tak semula jadi bergerak sendiri.
oh ye.. kan bandul ni buatan manusia. mana boleh bergerak sendiri.
tapi..eh, bumi ni buatan sapa pulak??
buatan sapa yang menyebabkan ia bergerak semula jadi??
tipulah..
mesti ada yang kawal dan menggerakkan bumi.
sedangkan bandul yang dicipta manusia kena dikawal. 
inikan bumi yang besar, pasti ada sesuatu yang besar mengawalnya.
pasti "sesuatu" yang membuatnya yang mampu menggerakkan.
takkan "batu" hasil ukiran tangan kita juga yang buat.
sedangkan bandul yang kita buat tak mampu bergerak.

apakah "sesuatu" itu yang mengawal semua ini?
mesti hebatkan "Dia".
korang teringin tak, nak jumpa dengan si "Dia" ni?
yang tolak bumi ni keliling bumi??

[alahai bandul yang bulat. kenapalah ko tak leh gerak sendiri.. lemahnya engkau ni. alahai manusia, kenapalah ko tak yakin dengan tuhanmu sendiri.]

Rabu, Februari 25, 2009

mimik mukanya berubah2

"kalaulah aku ada kamera masa kelas tadi, pasti akan ku tangkap mimik mukanya"

25/2:
"cerita dr F lagi.
nanti lah.. ngantuk.."

"meaberry minta sangat aku sambung cerita dr F."

harini aku sambung balik cerita dr F yang sangat menarik hati aku.
entahlah. apa yang menarik eh??
berbalik pada cerita mimik mukanya berubah2.
aku teringat minggu lepas 25hb feb, kuliah hari rabu kot jam 1 tengah hari.
alkisah yang dulu aku cakap,
dr F suka mendera kami.
ingat lagi ke??
kali ni giliran fitriah dan huda pulak.
kumpulan mereka kena bentang jurnal yang mereka baca.
almaklumlah, jurnal bukan macam majalah hiburan ataupun majalah i.
jurnal adalah satu majalah yang amat sukar difahami dan tak laris di pasaran masyarakat.
tapi.. amatlah pisang goreng di dunia saintis.
kami ni?? baru nak masuk ke dunia saintis.
kalau nak buat analogi:
"bayangkan kita di dalam cerita harry potter. (meskipun aku tak tengok penuh)
si harry dari dunia manusia nak masuk ke dunia sihir.
harry dan kengkawan tu kita lah. baru nak belajar sihir.
terbayang wajah pensyarah dalam cerita harry potter. siapa? hehe.."
sewaktu fit tengah bentang jurnal, terkekek2 dr F gelak..
fit dengan sabar meneruskan terjemahan jurnal yang dibuat.
wajah dr yang comel gelak dan kadang berubah2 muka, amat mengesiankan kami dengan fit.
yelah, fit yang kecik tu terus khusyuk sambung tafsirannya tu.
yela, apa yang fit terang apa yang dia dan kita faham.
lainlah dr yang dah biasa dengan jurnal.
kitorang pun turut gelak bila tengok dr gelak.
fit dengan selamba je teruskan tanpa peduli orang gelak.
kadang kesian kat fit.
lepas habis je pembentangan tu, dr terus cakap salah.
kalau aku, memang nak nangis la..
tapi fit terus tabah. tahniah fit.
apapepun, dr terangkan kami apa yang jurnal tu kaji.
setelah itu baru kami faham.
adakala, banyak pahit dalam kita berusaha menuntut ilmu.
tapi yang pahit ni, kelak akan menjadi manis jua kelak.
percayalah, meskipun kita penat buat asignment dan takde penghargaan pun daripada sesiapa, tapi hanya Allah yang akan membalas hasil usaha kita jika kita benar2 ikhlas. kan??

p/s: sama konsep dengan kerja dalam berpersatuan.
[kini aku kembali aktif menaip..]

Khamis, Januari 01, 2009

belitan otak aku tentang evolusi

“apakah teori evolusi itu benar?”

Satu persoalan yang agak mengejutkan aku.
Secara tak semena-mena, prof AI dalam pelajaran botani kriptogam mencerita tentang teori evolusi.
Untuk makluman semua, prof AI bukan fokus sangat pasal teori yang manusia ni datang dari beruk. Tapi....

Ceritanya begini,
Prof AI ceritalah apa itu kriptogam.
Kriptogam ni adalah tumbuhan tahap rendah. Macam lumut, paku pakis, dan alga.
Lepas tu prof ceritalah sejarah dunia ni.
Dengan rajah perjalanan masa bumi dalam bentuk jam (12jam = 600bilion tahun).
15 minit pertama, bumi takde hidupan. Disebabkan banyaknya gas beracun.
Selepas 15 minit pertama, baru ada hidupan paling primitif, iaitu bakteria.
Selepas 20 minit kemudian, baru alga muncul.
Jam 9, baru muncul tumbuhan vaskular, diikuti oleh dinasor.
5 minit terakhir barulah, mamalia dan manusia muncul.

Proses ini mengambil masa yang lama.
Dari bakteria nak ke alga ambik masa berbilion tahun.
Tak mungkin berlaku dalam satu dua tahun. Mustahil.
Teori evolusi dikaji dan didapati benar.
Tak mungkin dalam satu bilik yang tertutup, terkunci rapat, yang tinggal hanya seorang di dalam.
Mana mungkin seorang itu menjadi dua. Dari mana ia masuk?
Melainkan kalau dari seorang tu dia membiak dari dia jugak, membentuk seorang lagi.

Kiranya, yang aku faham, bakteria membentuk alga, tumbuhan vaskular, dinasor, dan mamalia.
Ini disebabkan pengasingan yang berlaku. ( tak perlu aku hurai)
Kira kalau nak ikut evolusi, kita berasal dari bakteria. Dan setelah 600 bilion baru manusia terhasil.
Dipendekkan cerita, dalam AlQuran, mengatakan adam dan hawa diturunkan ke bumi.
Adakah adam dan hawa diturunkan ke bumi sebagai jasad atau roh?
Huh, prof suruh kami fikir.
Aku risau kalau bab2 macam ni disuruh fikir. Takut terpesong.
Aku akan rujuk AlQuran dan hadis. Aku akan cuba rujuk pakar dan ustaz.
Dan yang paling penting aku nak jumpa prof AI. Apa maksud dia sebenar?
WAJIB jumpa prof AI !!

[dk132bb, fakulti sains dan teknologi, UKM, jam 1 petang]

Khamis, Disember 18, 2008

asyik2 banjir

pernah terfikir tak, asyik2 banjir...
macam tu rutin tahunan kita di malaysia..
korang tak rasa pelik ke ??
pelik la...saban tahun, masalah ni asik berlaku..
mungkin orang kat tempat banjir ni jadi jelik dan malas nak buat apape.
dulu dekat kelantan, terengganu, gi pulak kat pahang..
k
ini, di johor pulak..fuh makin merebak..
korang tak rasa, banjir tu akan melanda negeri sembilan pulak ke lepas ni ?
kuala lumpur tak perlu nak hairan..
setiap kali hujan lebat, banjir sentiasa berlaku..
banjir kilat, penuh dengan lumpur...
oh ye, terlupa pula kat utara 
pun penah banjir juga.
rasa kesihan tengok orang yang duduk kat tempat kawasan rendah..
senang je kena banjir..habis barang2 dia rosak..
setiap kali banjir, pasti masuk akhbar dan sebagainya..
macam pesta lak tu..
tapi yang pasti ibu ibu pasti risau..
yela barang2 rosak, anak2 lagi nak kena jaga..
pening betul jadi ibu..

tapi korang tak terfikir ke yang hujan ni datang ikut masa?
elok je hujan lebat dan banjir ni datang masa cuti..datangla waktu sekolah ke ?
bolehla budak2 ni cuti kan ?
hehe... dapat cuti percuma.. pemalas betul..
persoalan kat sini... kenapa asik banjir ?
tentang masa turun hujan dan banjir tu memang disebabkan perubahan monsun..
allah maha berkuasa..
dalam kejadian alam pun ada aturannya.
yela bila angin sejuk di utara, angin panas akan bergerak ke selatan..
angin yang melintasi di garisan khatulistiwa akan berubah arah, macam terpesong..
tapi kita tak nampak pula garisan khatulistiwa macam cermin, boleh pantul2kuasa allah kan..daripada angin tu menyebabkan peralihan monsun..
awan menyedut air, dan mengeluarkan ke bumi semula..
lihat kuasa allah..tapi yang tak berkuasanya adalah kita...
tu yang bala datang.banjir.
pernah terfikir kenapa allah bagi hujan yang lebat berterusan..

kalo tengok kat china, macam laut hah... 
deras lak tu banjir dia..seram je tengok..
ni la akibat manusia tak jaga alam sekitar...
tebang pokok tarah bukit sana tarah bukit sini..
sistem perparitan yang gagal tu punca sebenar..
ye, sebenarnya sistem perparitan yang menyebabkan perkara ni berlarutan..
lorong smart da dibina..tapi masih berlaku..
manusia pula sumbat2 parit sungai ngan sampah..
mana tak tersumbat dan mengalir air..bertakung jela..

akibatnya kita juga..
sebelum bende belaku baik kita gotong royong, bersihkan parit ke apa ke..
dalam kan sungai ke.
insyaallah leh kurangkan banjir..
penyakit pun kurang..
orang pun tak mati banyak..

teknologi yang gila

pernah terfikir tak??
camne kita leh cakap dengan orang yang duduk berjauhan..?
bagi yang belajar sains kita tahula ada gelombang..tapi korang faham ke ??
aku tahu gelombanglah menyebabkan kita leh bercakap dengan orang yang jauh..
tapi camne gelombang leh tahu orang tu yang kita nak cakap ?
bagaimana gelombang tu boleh bawa suara kita ??
hmm.. pelik la...

penah tgk mesin faksimili ?
kita nak hantar resume atau surat kepada syarikat yang jauh..
tapi kan.. camne mesin faks leh salin bulat2 ?
sedangkan wayar tak bersambung dengan wayar mesin faks sana ?
hmm... gila aku fikir..meskipun aku da belajar banyak pasal sains..
tapi aku masih tak faham...
gila betul teknologi..
pernah juga aku terfikir..
mungkinkah kita boleh hantar makanan yang segar melalui mesin faks ?
hmm.. takkan melalui gelombang kot..nampak sangat mustahil kan?
tapi tak mustahil di masa depan..
macammana pereka2 teknologi sebegini mampu fikir sejauh itu ?
pasal dna 
pun aku masih tak faham..
bende yang paling kecil pun masih ada bahan paling kecil..
sedangkan mikroskop elektron pun takleh nampak, macammana penemu dna boleh fikir sejauh itu ??

dan bagaimana mereka boleh bayangan proses transkripsi, translasi dna?
dengan enzim yang terlibat...
wow... teknologi sekarang gila2 semua..
penah anda belaja kimia tentang atom ?
kan dalam atom ada neutron 
elektron dan proton..
kan eektron paling kecil..
mungkinkah dalam elektron ada lagi kecil ??tak gila 
nama tu ??
tau tak dalam proton ada bende paling kecil..

da ada kecil, masih ada yang kecil..
yang besar pun ada lagi besar..
macam bumi.. rupanya ada lagi besar.. matahari...pernah terfikir tak..
kita duduk dalam bima sakti..dan rupa2 nya ada lagi besar dari bima sakti?
dan ada bintang lagi besar dari matahari..apa gila ke ni...
dalam banyak2 galaksi ada lagi besar dari tu..
tapi pernah anda terfikir... 
daripada sebesar2 galaksi ini, berapa kecil kah kita ?
bagaimana dengan sel dalam badan kita ? 
bagimana pula dengan dna ?
pernah anda terfikir, siapakah pencipta ?
semua da termaktub dalam alquran...
tapi allah tak gila..
allah maha berkuasa dan bijaksana dalam mengatur kehidupan di dunia ini..
subhanallah..aku masih kecil di sisi mu...
betul la kata2 hikmah, sebanyak2 ilmu didunia ini umpama setitis air di lautan yang luas..
subhanallah..

kesimpulannya... 
mari beriman dengan allah...
meskipun teknologi kini yang dicipta...

bijak tul nenek moyang kita

pernah terfikir tak..
sebelum ibubapa kita tahu tentang sains, macam mana mereka boleh tahu tentang perkara2 sains?
paham tak ?
bayangkan, apa yang kita belajar sekarang ni sebenarnya, ibubapa kita (nenek moyang) kita lebih mengetahui sebelum saintis...
dengan erti kata lain, ibubapa kita saintis terulung..hehe, yeke ??
merepek je..

cuba fikir, macam mana mak kita tahu kalo kita sentuh nasi ngan tangan gerenti nasi tu tak tahan lama..betul tak ??
mak aku kata, kalo kambing makan daun pokok..gerenti, pokok tu takkan tumbuh daun !huiyooo.. yeke ?? 
lepas sebulan memang betui, pokok tu da tak tumbuh daun (kat tempat yang kambing makan)camne mereka tahu ?
hmm.. pernah terfikir tak, kenapa ibubapa kita, bila buat jambatan mesti melengkung ke atas..tapi kita sekarang buat jambatan lurus..tengok kalo banjir... air boleh lalu bawah jambatan ibubapa kita..tapi kita buat jambatan, roboh !!
hehe... tul ke ??
pernah terfikir tak ?

kadang apa yang ibubapa atau kita tahu, tapi kita tak mengerti, sebenarnya itulah sains..
tapi bagaimana kita boleh tahu, hanya allah je yang tahu..
hmm... pelik la..kita hanya tahu, mungkin dari turun temurun kot...
tapi pernah terfikir tak, banyak bende kita tahu tentang kejadian alam..
tapi kita taknak mengkaji nya..contoh disini.. 
aku tahu korang da bebelit otak.. 
hehe..mak aku kata kalo kambing makan daun pokok tak tumbuh kan ?
cuba kita tanya mak, kenapa pokok tak tumbuh mak ??
gerenti mak tak dapat jawab..melainkan mak kita buat kajian..
kenapa pokok tu tak tumbuh..
kalo kita wat kajian, kita akan tahu bahawa air liur kambing mengandungi enzim yang menyebabkan pokok tu tak tumbuh..
hmm.. tapi kita hanya tahu tapi tak mengkaji..pelik kan..

lebih malang lagi, orang putih (bukan islam) yang buat kajian semua ni...
kita lak belajar dari dia..ish3.. teruk tul kan..kita tahu dulu, tapi diorang lak wat kajian..
pernah terfikir tak hal ni ??
hmm.. jadi.. jom tanam minda untuk menyelidik atau mengkaji..
tak kira la apape pun..
jangan terima sesuatu bende atau perkara dengan membabi buta...kaji dan selidik dulu..pernah terfikir nak buat camtu ??

24 jam yang berbeza

pemikiran pertama yang ingin saya lontarkan..
pernah anda terfikir tentang 24 jam ?
semua maklum...
setiap orang mempunya 24 jam sehari..
tak kira di mana kita berada...
di malaysia, kita 24 jam..
di makkah, pun 24 jam..
di amerika, pun 24 jam..
jadi ??apa nak fikir lagi ??
24 ialah 24 jam.. jadi ??

hmm.. pernah tak anda alami macam 24 jam tu tak cukup ?
sehari tu rasa macam singkat dengan 24 jam..
banyak bende yang kita nak buat tak dapat dalam sehari..
peliknye..
kenapa ye ??
kadang dah banyak buku pengurusan masa yang aku baca..
tapi aku masih gagal mengurus masa ?
korang camne ??
24 tak cukupkan..
hmm...
tidur 7 jam..
makan 5 kali sehari x 30 minit kot = 2jam 30 minit
solat 5 kali sehari x 10 minit kot = 50 minit
mandi 2 kali sehari x 20 minit = 40minit
baru 11 jam... yang lebihnye ?
hmm... andaikan kita belajar = paling koman.. 4jam (kuliah)
tapi kalo cuti mana belajar ?? ok 
kita ganti dengan 4 jam tgk tv
berinternet 2 jam kot...
borak lagi ?? hmm.. sekejap2 tapi banyak kali...
kita kumpul masa borak dalam sehari.. katakan 2 jam sehari...
19 jam baru...
lagi 5 jam ??
kita nak pergi mana2...
jalan kaki atau kereta dah berapa minit ??
tolak campur darab bahagi...
rasa tu pun tak cukup...

tapi persoalan kat sini...
pernah terfikir..
macam mana ilmuwan islam dulu leh karang buku yang tebal2 ?
macam mana diorang cukup masa ?
kita nak tulis karangan pun susah
seumur hidup mungkin masa sekolah jela yang rajin (itupun terpaksa..)
macammana ilmuwan islam leh hafal quran ??
kita juzuk amma pun taklepas... hmm...
macammana nabi muhammad leh uruskan kehidupan harian dengan kehidupan negara serentak ??
kita kehidupan harian pun tak terurus...
kehidupan negara ??
adakah 24 jam dulu lebih panjang daripada 24 jam zaman sekarang ??
dapat fikir tak....??

Jumaat, Disember 12, 2008

bulan purnama

"kerap kali aku perhatikan, betapa indahnya purnama"

setiap kali 14,15,16 setiap bulan islam.
aku tertarik dengan bulan.
cahayanya bersinar menerangi alam.
bersinar seperti matahari, cuma lebih romantik.
pernah satu ketika, aku di tempat gelap (hutan)
langit cerah dek bulan purnama.
subhanallah. indah sungguh.

kerap kali aku perhatikan, betapa indahnya purnama.
alangkah hebat ciptaan Mu ini.

[bulan yang sama, cuma masa yang berlainan untuk bersinar]