Sabtu, Mac 28, 2009

bandul itu berhayun sendiri?

"eksperimen masa sekolah dulu, tentang bandul"

bandul? 
masih ingat dengan bandul? 
bukan bendul tau! kalau anda ingat lagi, alhamdulillah.
dulu kita nak ukur kelajuan bandul kan?
kita hayunkan dia.
akhirnya hayunan itu berhenti sendiri.
tapi kalau kita tolak bandul tu dia gerak semula.
hmm... pelik tak?
kenapa perlu tolak bandul untuk gerakkan dia?
kalau tak gerakkan bandul tu boleh tak?

apalah muhammad arrabe' ni merepek.
hmm.. aku tak pasti apa yang anda fikirkan sekarang.
cuba pejamkan mata, dan fikir sejenak.
kenapa perlu hayun bandul untuk gerakkannya?
kenapa bandul tu tak bergerak sendiri.

....

pelik tak?
tak pelik?
ish3.. korang ni..
pelik la, bandul yang kecik tak dapat bergerak sendiri.
bukannya berat pun. 
kenapa mesti kita tolak dia, baru dia terhayun.

....

pelik tak?hmm...
kenapa bumi yang besar boleh bergerak sendiri?
sedangkan dia lebih berat dari bandul yang kecik.
kenapa bulan yang besar boleh gerak sendiri??
pelik la..
tipulah bandul tak boleh gerak sendiri.
sedangkan bandul lagi kecik metot.

jap.. mungkin ada manusia yang tolak bumi kot untuk keliling matahari.
dia putar2 bumi macam glob yang ada atas meja kita.
hmm..tipulah, kan manusia duduk atas bumi, camne nak tolak.
mestilah orang dari luar yang tolak.
la.. tak faham ke?
kalau kereta rosak, camne nak tolak dari dalam??
mestilah kena tolak dari luar kan??

alien kot yang tolak.. ish3.. ada ke??
mungkin bumi ni semula jadi bergerak kot.
semula jadi??
tapi.. bandul ni kenapa tak semula jadi bergerak sendiri.
oh ye.. kan bandul ni buatan manusia. mana boleh bergerak sendiri.
tapi..eh, bumi ni buatan sapa pulak??
buatan sapa yang menyebabkan ia bergerak semula jadi??
tipulah..
mesti ada yang kawal dan menggerakkan bumi.
sedangkan bandul yang dicipta manusia kena dikawal. 
inikan bumi yang besar, pasti ada sesuatu yang besar mengawalnya.
pasti "sesuatu" yang membuatnya yang mampu menggerakkan.
takkan "batu" hasil ukiran tangan kita juga yang buat.
sedangkan bandul yang kita buat tak mampu bergerak.

apakah "sesuatu" itu yang mengawal semua ini?
mesti hebatkan "Dia".
korang teringin tak, nak jumpa dengan si "Dia" ni?
yang tolak bumi ni keliling bumi??

[alahai bandul yang bulat. kenapalah ko tak leh gerak sendiri.. lemahnya engkau ni. alahai manusia, kenapalah ko tak yakin dengan tuhanmu sendiri.]

5 ulasan:

arrabe' berkata...

siapakah yang mencipta bumi ini?
siapakah yang mengawal bumi ini beredar?
siapakah Dia?

anamunawwarah berkata...

salam...
DIA?
nak jumpa!nak jumpa!

Zyem Ahmedarino berkata...

my Alpha and my Omega!
The Only one benevolent, Omnipotent, and Omniscient!

CAHAYA PETUNJUK berkata...

amat bermakna apa yg abg robe' cite ni..huhu...dayah tahu sapa si 'Dia' itu...

arrabe' berkata...

syukur.. kita tahu dia wujud