apakah itu kemaksiatan?
seringkali maksiat digambarkan dengan seks dan zina sahaja.
maksiat lebih dari itu.
istilah maksiat ini merangkumi segala perbuatan yang jahat dan mungkar terhadap Allah SWT. dan bukan setakat buat jahat dengan manusia je.
apakah itu kebaikan?
seringkali kita melihat kebaikan hanya perbuatan yang baik digambarkan kepada orang.
baik lebih dari itu.
istilah baik ini merangkumi segala perbuatan yang baik dan makruf terhadap Allah SWT. dan bukan setakat buat baik dengan manusia je.
sudah tentu ada tafsiran yang lebih hebat untuk kedua2 istilah ini.
tapi cukuplah terjemahan ringkas dariku.
untuk makna yang lebih mendalam, rujuklah kamus.
jika kita lihat baik dan maksiat (jahat) sesuatu benda yang kontra.
dan tak boleh disatukan.
kita tak boleh buat baik dengan niat jahat.
juga, kita tak boleh buat jahat dengan niat baik.
sahabat2 faham ke??
apakah robin hood yang suka menolong anak2 yatim dan miskin (baik) dengan melakukan rompakan (jahat)?
apakah seorang pemerintah yang agung (baca:bush) membunuh orang awam tanpa sebab (jahat) hanya untuk menghapuskan pengganas (baik)?
boleh ke??
naluri hati pasti mengatakan, TIDAK !!
islam juga begitu, matlamat tidak menghalalkan cara!!
sekalipun matlamat kita baik, janganlah kalian, melakukan sesuatu yang dibenci Allah.
sekalipun kalian hendak menyara keluarga dan anak2, jangnlah melacur diri.
sekalipun kalian hendak berdakwah, janganlah bermaki2 dan memfitnah2.
sekalipun kalian hendak memberi nasihat, janganlah memburuk2kan orang lain.
aku terkilan dengan satu blog (tak perlu dinyatakan).
banner nya tertulis ayat alQuran.
isi kandungan memberi kesedaran kepada golongan yang terpesong.
tapi dalam masa sama, mendedahkan aurat mereka.
meskipun dengan rela mereka, tapi janganlah kita mengaibkan mereka dengan menjijikkan blog kita sendiri.
jika ini hanya memberi kesan kepada golongan ditegur sahaja, tidak mengapa.
tapi ini memburukkan si penegur.
malah lebih buruk bila, penegur ini akan secara tidak langsung memburukkan metode teguran dalam islam.
maafkan daku wahai si penegur.
aku tegurmu untuk diriku dan untukmu.
malah untuk sahabat2ku yang lain juga.
ingatlah sahabatku sekalian, Allah sentiasa bersama kita.
masih sempat untuk bertaubat dan berpatah balik.
dan ingatlah, setiap langkah kita, pastikan matlamat kita tidak disalahcarakan dengan perkara yang tidak baik.
[aku bermohon kepada Allah agar aku dijauhkan dari perselisihan dan permusuhan dengan sahabat2ku. maafkan aku si penegur]
4 ulasan:
huhu..
yes, i know what is going on here. si penegur memang boleh menegur tapi jangan la sampai bukak aib orang lain pulakk. tu dah kira dosa.
tambah lagi kalau kita buat sesuatu yang buruk tanpa pengetahuan orang yang kita kutuk tu.
masih tak faham ayat nie?.
ok la. si penegur tak bleh nak upload gambar orang itu kerana tiada kebenaraan tuan punya body.
erm. kenape ko buat entry ni? kalau ko nak tegur dia, kenape tak komen kepada si penegur tu? just like i did.
aku bukan nak tego si penegur tu mea..
aku nak tegur diriku.
dan seboleh mungkin aku taknak orang tau siapa dia.
supaya dia boleh cepat2 sedar dan ubah benda tu.
so, tak terlambat bagi dia kan..
kadang kita tak tau sesuatu perkara, oleh itu, menjadi peranan kita untuk tego.
yup. selamat la dia tak cepat melatah dgn teguran yang aku buat kat blog die. alhamdulliah die tak marah or ngamuk ngn aku. hihihihihi
bila aku baca balik entry ko, baru aku sedar. ni untuk semua orang. bukan dituju khas buat die aje. erm aku pun kne amik ikhtibar dari menda ni
Catat Ulasan