aku minggu ni agak sibuk.
kadang tertekan dengan segala perkara.
tapi, bila fikir balik, mengapa harus tertekan?
tekanan akan makin menyerabutkan otak.
harus kuat semangat.
biarkan tekanan tu pergi sendiri.
yakin Allah ada.
baiklah.. tekanan dari rakan untuk aku bersyarah.
bersyarah tentang halimatus sa'diah.
maaflah sahabat sekalian.
aku bukan sengaja meninggalkan cerita tergantung.
tapi atas batasan masa. harap kalian memaafkanku.
tanpa melengahkan masa...
apa yang kalian dapat dari kisah ibu susu nabi tu?
pasti setiap orang yang menghayatinya akan memahami sesuatu.
subhanallah, pasti kalian mampu syarah lebih dari aku.
syarahku hanya sedikit. begini...
dari kisah ini, kita dapat lihat betapa agungnya muhammad SAW.
dipelihara oleh Allah dan bukti petanda nabi yang agung telah muncul.
lihat sahabatku, berkat nabi muhammad itu, maka, terkena tempias berkat nur muhammad kepada ibu susu nabi.
bagaimana halimatun yang dahulunya amat perit kehidupan, tapi kemudian dipermudah Allah.
lihat kalian. jika muhammad yang kecil lagi, memberi berkat kepada orang di sekelilingnya.
apatah lagi apabila muhammad telah besar dan bergelar rasul.
apakah kalian nampak dan sedar?
nur muhammad, nur muhammad, dan cahaya muhammad.
mampu mengubah zaman jahiliyah kepada zaman yang amat tinggi nilai akhlaknya.
cahaya yang dibawa muhammad daripada Allah swt melalui jibril, memberi banyak faedah dan kemaslahatan ummah pada zaman itu sehingga sekarang.
apakah kita tidak perhati sejarah?
apakah kita lupa zaman islam berkuasa, dunia dalam aman dan harmoni.
zaman islam berkuasa, hampir seribu lebih tahun.
nur muhammad terus terpancar di jiwa ummat yang merindui rasulullah.
ummat yang mencintai dengan setulus hati ini, mereka amat menjaga amanah dari rasulullah.
apa amanat itu sahabatku??
amanat itu islam, sahabatku.
islam. bukan untuk dianuti sahaja. ia perlu difahami dan dikuasai dan diamali.
islam bukan untuk sesetengah perkara sahaja.
islam itu merangkumi segala aspek kehidupan.
jangan pisahkan islam dari apa jua perkara yang kita lakukan!
ambillah islam sepenuhnya.
apakah kalian faham?
kalian renungkanlah maksudku.
untuk kesimpulan syarah halimatussa'diah, sedangkan nabi yang masih kecil memberi rahmat kepada ibu susu dan sekitarnya.
apatah lagi, nabi setelah menjadi rasul. pasti lebih banyak rahmat diperoleh oleh kita.
apakah kita masih tidak yakin dengan muhammad?
pemberi nur ke sekalian alam.
[kalian cuba fahamkan maksud aku. jika perlu aku ulas lagi. aku exam selasa iaitu lusa. maaf ye sahabat2ku]
3 ulasan:
jom.. kita rindu dan kasih muhammad saw.
kita contohi akhlak nabi.
:)
terima kasih kerana mengulas semula cerita rasulullah dan ibu susuan baginda..semoga kita semua sama2 mengambil ikhtibar dan pengajaran.
marilah mencintai ALLAH dan KekasihNYA lebih daripada makhluk lain..:)
keberkatan kita bersama,insyaALLAH..
arrabe'bangi,
boleh kamu ceritakan sirah mengenai ibu susu Rasul ALLAH itu?
:)
setuju dengan pandangan kamu
ISLAM AGAMA SYUMUL~
Catat Ulasan