Khamis, Mac 12, 2009

indah kisah nabi

"tadi aku baca buku sirah nabi muhammad nukilan ibnu hisyam"

seronok sangat buku ni..
aku tau banyak benda sebelum kelahiran nabi muhammad.
yang aku paling tertarik kisah ibu susu nabi.
aku share sini k..

Halimah bt abu Zuaib as sa’diyyah, ibu susuan rasulullah bercerita, beliau meninggalkan negerinya (bani saad) dengan membawa seorang anak kecil yang sedang disusukannya bersama rombongan wanita bani saad untuk mencari anak-anak susuan. Peristiwa ini berlaku pada tahun kering, tiada sedikit pun makanan untuk mereka. Halimah berangkat dengan menaiki keldainya yang berwarna putih dan unta tuanya yang tidak menghasilkan susu setitik pun. Mereka tidak dapat melelapkan mata pada malam hari kerana anak-anak kecil yang ikut bersama mereka menangis kelaparan. Perjalanan yang jauh itu terpaksa ditempuhi dengan seksa sehinggalah mereka tiba di Mekah.

Di Mekah, setiap wanita yang ditawarkan untuk menyusukan rasulullah, mereka menolak, kerana nabi anak yatim. Ini kerana mereka hanya mengharap upah dari bapa anak-anak susuan mereka. Setelah kesemua mendapat anak susuan (kecuali halimah) dan mereka sepakat untuk pulang, halimah tak rela pulang tanpa membawa pulang anak untuk disusukan. Halimah pun mengambil rasulullah. Ketika beristirehat, halimah memangku rasulullah dan menyusukan. Begitu juga dengan saudara sesusuannya. Kedua2nya sehingga kenyang dan tidur. Unta tua juga menghasilkan susu yang banyak.

Kemudian, mereka pulang dengan menaiki keldai dan membawa Muhammad. Demi Allah, halimah mampu meninggalkan rombongannya dan tidak seekor pun dari keldai2 rakan-rakannya dapat memintasnya. Sehingga wanita2 tersebut berkata “Wahai puteri Abu Zuaib! Celakalah engkau, berjalanlah perlahan2. Bukankah keldai ini yang engkau bawa dari negerimu?” jawabnya “ya betul, demi Allah, ia amat berbeza dengan keldai2 lain. Setelah tiba di negeri bani saad (tiada negeri yang lebih kering dari situ) datang kambing halimah kepadanya dalam keadaan kenyang dan dipenuhi susu. Kemudian, halimah memerah dan meminumnya pada ketika orang lain tidak dapat memerah dan tidak mendapat setitik susu pun dari kambing mereka. Begitulah yang terjadi, sehingga kaum bani saad berkata kepada pengembala kambing “celakalah kalian, gembalakanlah kambing kalian ke tempat pengembalaan kambing puteri abu Zuaib”

nak ulas.. tapi.. ngantuk dah.. esok lusa k..

[rujukan Ibn hisyam p216 - ki bp75.29.m4.i26 j1 (kod PTSL, UKM)]

5 ulasan:

Unknown berkata...

huhu...
masih tersenyum di wajahku..

Tanpa Nama berkata...

salam.
ulas la lagi.:)

Tanpa Nama berkata...

anda memang sengaja nak bagi pembaca tertanya2 dan ttunggu2 ulasannya ker?....

anamunawwarah berkata...

salam~
robe' buku apa ni?
bagitaula sumber.nak jugak beli.huhu

Unknown berkata...

maaf sahabat sekalian.
aku tak berkesempatan.
saya akan ceritakan secepat mungkin.
buku ibnu hisyam.