hehe.. mesti ada yang tak faham istilah syumul ni apa kan??
syumul tu bermaksud menyeluruh.
kali ni aku nak menyambung persoalanku dalam pos yang lepas.
ingat lagi pos yang lepas?
tentang syarah halimatussa'diah.
aku khuatir masih ada yang tak mengerti persoalanku pada pos yang lepas.
dan aku juga taknak kalian salah faham dengan persoalanku ini.
sesungguhnya jika kita benar2 cinta akan rasulullah, kita akan jaga a
manah yang diberi oleh rasulullah.
apa amanah itu sahabat2ku?
amanah yang perlu kita tanggung dan pikul ini adalah islam.
seperti yang ku katakan juga, kita perlu ambil amanah ni sepenuhnya.
kita tak boleh ambil islam ini separuh2.
tak boleh hanya ambik yang best je..
contoh lah, kita dari kecil memang islam (fokus:melayu)
lahir2 dah ada orang pekik kat telinga kita dengan azan.
kita yang tak faham, duk menangis tanpa tahu punca.
aku pun tak ingat kenapa aku nangis dulu.
apakah aku sedih atau gembira? wallahua'lam.
huhu.. bila umur dah 9 tahun kena khatan.
memang dulu tak faham kenapa dan mengapa?
pastu asik2 kena rotan, tak gi solat.
gi masjid, surau, suka main2 waktu solat.
lagi2 bila nampak karpet masjid yang berbelang2.
pastu lompat2 ikut line. ish3..
dah besar, kena solat, puasa.
dah keje, oh, kawin pulak.
kawin pulak kena ada tok kadi,
bila kawin, ada anak.. rezeki daripada Allah.
kita pulak ajar anak kita macam bapak kita ajar kita.
hmm... apakah kita faham apa yang kita didik anak kita tu nanti??
apakah kita faham apa yang cuba mak ayah kita ajar kita selama ini?
apakah sebab mak ayah suruh, kita kena buat semua ni?
apakah sebab kita dididik semua ni, kita perlu ikut?
cuba sahabat2 renung2kan. apakah kita faham islam tu apa?
islam bukan setakat agama yang kita anuti.
islam bukan setakat suruh solat ikut jam.
bukan setiap hari jumaat ada perhimpunan besar2an di masjid.
islam bukan setakat bila nak kawin kena jumpa tok kadi.
apakah itu islam yang syumul?
kita sering lupa, dan kadang kita tak ambil endah.
islam sebenarnya adalah cara hidup.
cara hidup berpanduan alquran dan as sunnah.
cara hidup yang mengabdikan diri kita kepada Allah.
cara hidup untuk kita menjadi penyambung amanah rasulullah sebagai khalifah di muka bumi.
apakah cara hidup islam kita amalkan?
islam tu bukan bila kita suka atau rajin, baru kita buat. bukan.
islam adalah cara hidup yang perlu kita amalkan dan laksanakan setiap masa.
hayatilah islam sepenuhnya.
ambil ia sepenuhnya,rukun islam yang 5 kita teruskan.
tetapi khusyukkan dengan mengingati Allah.
dalam setiap langkah kita, detikkan dalam hati "kerana Allah"
insyaallah, iman kita akan bertambah utuh.
meskipun agak sukar untuk ingat Allah setiap masa, mulakan dengan sedikit2.
apabila duduk termenung, lebih baik sebut nama Allah atau zikir.
ambik peluang dan masa yang kita tak guna.
naik motor. dalam jarak perjalanan ke destinasi, zikirlah.
bila hati dilatih dengan mengingati Allah.
tambahkan ilmu islam di dada.
hayatilah Alquran. kenapa??
takde ustaz? hehe.. baca ayat arab dan terjemahan pun dah cukup sebagai permulaan.
amalkan tiap hari.
ingat!, islam bukan separuh2 dan bukan seperti agama lain.
islam adalah agama yang paling tinggi dan paling diredhai Allah.
hayatilah islam dan rujuklah alquran dan sunnah
[renungan untuk diamalkan oleh diriku dan sahabat2ku]
2 ulasan:
syukur alhamdulillah kita dilahirkan dalam keadaan islam.
hayatilah ia..
Alhamdulillah.. Semoga kita terus berada dalam landasan iman yang benar.. Ameen..
"Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku & Matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan Sekalian Alam..."
Catat Ulasan