Selasa, Oktober 18, 2011

iklan boleh percaya ke?

aku ragu-ragu dengan iklan ini. sebab itu aku bertanyakan adakah iklan ini boleh dipercayai?

ada keratan akhbar.
akhbarnya adalah dari majalah hiburan URTV oleh Mama Juwie.

tiada laman web tetapi hanya nombor telefon. apa pandangan anda? adakah iklan ini benar, atau cubaan menipu?

Ahad, Oktober 16, 2011

kenapa tak boleh mengata orang?

tahu tak, kenapa kita tak boleh mengata orang yang buruk2 meskipun benar?
aku rasa aku dah dapat jawapannya. aku nak kongsi, sudikah anda membacanya?





pernah tak anda mengata orang?
tak pernah? tipu dan tidak mungkin anda tidak pernah mengata.
mengumpat, pernah tak?
umpat tu bercakap sesuatu sikap dia yang buruk meskipun benar kepada orang lain tanpa pengetahuannya.
dengan erti kata lain, "cakap belakang!"
tak pernah jugak? "fuh, bagus betul korang."
camne pulak dengan memfitnah, pernah tak?
"amboi kasarnya bahasa"


percayalah, aku pun kadang pernah mengumpat dan mengata orang.
serius! aku pun tak sedar aku dah mengata orang.
sudah berapa banyak aku mengata orang.
ada kala aku bercakap dalam ayat formal, ayat tidak rasmi, ayat spontan.
contoh ayat formal atau ayat rasmi:
"tuan, saya semalam pergi Warta, nampaklah S tu berjalan dengan seorang perempuan. saya tak mahulah buruk sangka, tidak pastilah tuan, mungkin adik dia."


contoh ayat tidak formal atau ayat tidak rasmi:
"tengoklah dia dalam kelas, asyik tidur je dalam kelas. aku memang tak suka sikap dia ni, pemalas"


contoh ayat spontan:
M cakap: "ko tahu tak, D tu kuat ngadu, ada ke patut dia ngadu kat bos dia yang aku ni salah guna wang syarikat"
kita cakap: "haah, betul jugak, hari tuh aku makan kuih raya dalam ofis, pun dia ngadu aku ponteng kerja"
M cakap: "tulah pasal....."


kadangkala, kita tak ada niat pun nak mengumpat atau mengata.
"sahaja aku mengumpat kerana...."
ish2, dulu aku tak tahu kenapa kita dilarang mengumpat. bahkan, Nabi Muhammad mendapat wahyu Allah, cuba cek  dalam Al-Quran, surah Hujurat ayat 12


[Wahai orang -orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip ataupun mencari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain. Adakah individu daripada daripada kalangan kamu suka memakan daging saudaranya yang mati? Apabila demikian keadaan mengumpat, sudah tentu kamu jijik padanya. Oleh itu, larangan-larangan itu perlu dipatuhi dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.]





tapi ada satu kisah yang berlaku 2 hari lepas, yang menyedarkan aku.
dalam satu program, aku sedang berjalan dengan tongkatku, datang seorang pakcik ini, tanya kenapa kaki. bagus dia berinteraksi dengan aku. kemudian, dia cakap, "pergilah berurut" dia siap tanya rumah di mana dan mencadangkan seorang tukang urut yang dia kenal.
pandangan aku, beliau sangat bagus dan baik hati.
dalam kelas yang aku sertai, aku ternampak dia tidur. aku beranggapan itu hal biasa akibat keletihan.
namun, keesokannya, pakcik ini berlari2 anak ke arah sesuatu dengan membawa plastik berisi barang.
kemudian, adalah seorang hamba Allah ini bercakap akan gelagat pakcik ini dan rasa sangsi (tidak suka).
aku pada awalnya tak terlintas langsung nak fikir bukan-bukan dengan orang, tapi apabila kawan cakap sesuatu yang negatif ini, mata dan fikiranku asyik menafsirkan gelagat pakcik tu negatif sahaja. akhirnya, aku terjebak dalam perhubungan kepada aku untuk rapat dengan pakcik itu.


nampak tak?
seseorang itu adalah baik bagi pandangan setiap manusia, tetapi apabila seseorang yang lain mencorakkan pemikiran kita dengan negatif, ia terus menjadi buruk dalam pandangan kita terhadapnya.


contoh seorang perempuan yang baik dan berbudi bahasa, pandangan mata kita baik. tetapi apabila, ada pihak ketiga yang memberitahu dia adalah seorang pencuri, pasti pandangan kita yang positif di awal tadi terhapus. dan sukarlah bagi perempuan ini untuk berubah menjadi baik atau bertaubat, sebab pandangan kita terhadapnya sentiasa negatif. melainkan dia buktikan, tetapi bagaimana?


p/s: bila sudah ada pandangan negatif, orang yang berubah ini hanya boleh buktikan dengan memakai tudung, pergi ke masjid sentiasa, pakai jubah dan kopiah. tetapi tidak mustahil pandangan negatif akan berterusan. "alah, berlakon je tuh"


semoga kita mengelak daripada pandangan negatif ini meracuni perhubungan dan persahabatan kita.







kecuali kalau dia benar-benar melanggar syariat dan hukum Allah SWT. itu memang wajib kita betulkan dia atau tak berjaya, kita kena tentang dia.

Jumaat, Oktober 14, 2011

Big Bad Wolf BookSale

yesterday evening after physiotherapy, I'm at BookSale Big Bad Wolf in MAEPS Serdang. really suprised with the quality book with a cheapest price. - I buy 5 encyclopedia for only RM 100?

punyalah mencabar aku hendak menuju ke dewan utama jualan buku ni. aku yang memandu kereta seorang diri terpaksa parkir di tempat orang normal yang tidak bertongkat. aku sudah beritahu kepada sukarelawan yang bertugas, "saya OKU", dia dengan muka biasa tunjuk arah ke bawah. aku akur dan parkir biasa. berjalan kaki ke sukarelawan tadi. baru dia percaya aku ini, masih sakit kaki. dia tahan tram (macam bas), dengan pemandu tram yang baik dan selamba. 
 aku pun kelilingi lah bumi MAEPS yang besar. ternampak pokok Tongkat Ali yang semakin tinggi.

 masuk dewan, aku terasa sangat teruja! sangat murah dan menarik buku-bukunya. pada mulanya aku tak tahu nak bermula dari mana. aku tengok rata-rata orang di situ bawa kotak ke hulu ke hilir isi buku. wah, aku yang bertongkat ini bagaimana? tanya kaunter servis, alhamdulillah, aku yang memang merancang nak beli buku banyak, dibenarkan bubuh buku dalam 2 beg pikul yang aku bawa. aku pun ronda- ronda mencari buku yang bermanfaat untukku.




 akhirnya setelah 5 kali aku pusing-pusing dan 3 kali aku letak buku dalam kotak di tepi koridor dewan. aku pun duduk sejenak dan pilih semula buku yang telah kupilih tadi. daripada 15 buku, hanya 8 buku yang telah ku pilih. 5 buku ensiklopedia yang aku rasa sangat berinformasi dengan harga RM20 dan satu lagi harga RM40. puas hati. alhamdulillah, mula nak berjinak dengan buku bahasa inggeris.








Selasa, Oktober 11, 2011

istiqamah yang yok

pernah tak anda merancang sesuatu yang hebat dan anda berjaya memulakan. kemudian sampai satu tahap, anda buat-buat terlupa dan tak buat dah perancangan hebat itu. "pernahkah?"

hari ini nak berkongsi pasal istiqamah yang yok. aku pun tak pasti apakah yang yok? tapi aku pasti ramai tahu istiqamah tu apa. "betul tak?"
dalam bahasa yang mudah, istiqamah ialah suatu usaha yang baik dilakukan secara berterusan. yang yok pula bermaksud "ala yang macam.... ayok, lupa!"
senang cerita "kita cadang nak istiqamah dan amalkan selalu, tiba2 rasa malas pulak dan pastu dah tak buat... poyo tak?"

alkisah wajib asas kepada pos kali ini, istiqamah yang yok aku terhadap blog kesayangan aku ni. punyalah aku lihat intisari kandungan, pernah beberapa bulan aku istiqamah betul-betul kemaskini blog sehinggakan satu bulan cukup 30 pos atau lebih. entah bagaimana aku boleh jadi malas nak kemaskini. dan jadilah istiqamah yang yok.




jelas kat sini, istiqamah yang yok tak patut kita amalkan. sebab ia akan merugikan kita. "hmm... anda tahu tak?" kenapa kita boleh tetiba jadi tidak istiqamah benda yang baik?
kalau anda ada pengalaman, tolonglah kongsi dengan komen di bawah, nak tahu juga.
menurut pengalamanku sendiri, ada beberapa sebab aku jadi istiqamah yang yok. sekejap kemaskini sekejap malas.

sebab pertama: akan tiba satu tahap di mana aku tidak merasa kenikmatan istiqamah sama seperti istiqamah di awal perancangan. mungkin sebab kita menjadikan ia sebagai rutin harian. lama2 jadi tabiat automatik dan ia lama2 membebankan.
"yeke?"
contoh yang aku lihat, solat yang diwajibkan. ingat lagi aku semasa kecil dididik dan diasuh untuk solat. mula2 seronok sebab dapat belajar benda baru, lepas tu makin malas. kemudian, ayah pakai rotan, paksa solat. aku jadi rajin solat semula kerana takut, lepas lama2 makin membesar, kadang sengaja melewatkan solat dan terasa berat nak solat. tapi bila dengar ceramah kelebihan solat, aku jadi bersemangat semula untuk solat di awal waktu. namun, ia semakin luntur bila lama tak isi diri dengan ceramah dan kuliah agama. "tak percaya?" cubalah tak dengar IKIM.fm dan jangan pergi masjid sebulan, mesti malas nak solat. [lebih baik jangan cuba]. eh, tak habis lagi, bila makin remaja akhir ini, kerja dan tugasan pelajaran semakin bertimbun, solat itu pun kadang tak khusyuk dan suka solat bersendirian. tapi bila aku berkawan dengan individu yang suka ke surau untuk berjemaah, aku pun jadi semangat nak ikut dia. lama2 bila jauh dari dia, kembali ke tabiat lama. bila sertai usrah dan halaqah, rasa seronoknya beramal ibadat kepada Allah, namun bila cuti semester, usrah tiada, liat kembali. istiqamah yang yok.... [pengalaman silam dulu]

"percaya tak?"
bila kita terbuai dengan sesuatu yang lebih menyeronokkan [lagha dan hiburan], kenikmatan beribadat akan hilang dengan cepat. malas pun datang dan khusyuk pun hilang.
"serius, aku bukan tipu!"
sebab tu lah bab solat dan ibadah yang baik kepada Allah ini, kita kena kemaskini diri dengan ceramah, nasihat kawan yang baik, baca buku2 agama, dengar IKIM.fm, sertai usrah, subscribe Quran weekly di Youtube.com dengar nasyid dan qasidah, baca status facebook.com golongan ustaz2 dan ustazah2, buka TVAlhijrah. kita akan rasa seronok untuk melakukan amal ibadat dan terasa ingin diisi lagi dan diisi lagi dan lagi!
tapi bila kita mula layan berita fitnah  bab politik, baca akhbar bahagian berita pelik, bogel, baca status facebook.com bab cinta dan frust, dengar radio yang asyik gelak dan lagu cinta laki perempuan, pergi konsert himpit2, tengok Youtube.com Vlog annoying grapes, duduk main games, tengok video porno, tengok filem adegan suami isteri, tengok cerita hindustan menari nampak pusat. semua ini akan sedikit sebanyak menghilangkan kenikmatan ibadah kepada Allah. sebab syaitan asyik cucuk2 kat kita. "tak payahlah solat, lewatkanlah sikit, cepatlah habis solat ni, sembahyang sorang sudah"

"betul tak?"
"eh.. maaf tadi cerita pasal blog jadi bab lain pula"

sebab kedua: niat kita dah lari.contohlah aku buka akaun facebook ini untuk Islam dan sampaikan nasihat yang baik2. awal2 mungkin kita dapat istiqamah dengan tulis status yang memberi nasihat dan menceriakan hari orang lain2. lama-lama kita akan lupa niat asal kita. mungkin kita terlalu asyik dan tak semak diri setiap hari.

contoh untuk sebab kedua ini, aku alhamdulillah sudah ada kereta baru menggantikan motor yang aku sedikit bimbang untuk bawa motor lagi. pernah aku berniat untuk bawa kereta 80 km/j dan tak lebih 100 km/j sahaja. namun setelah sebulan, aku makin lupa diri, di highway aku bawa sampai 110 km/j dan di jalan biasa jika tiada simpang dan motorsikal di samping, aku bawah 90 km/j. bila semak diri balik, "Ya Allah, aku dah langgar niat asalku". bila aku semak diri, baru aku tersedar. begitu juga bab istiqamah dalam kebersihan kereta, niat asal nak jaga kebersihan dalaman dan luaran kereta sebab itu adalah imej kita kepada Allah dan kawan2. memang tiap pagi akan lap dulu embun2 pagi dan kibas karpet kereta. namun setelah sebulan, makin malas diri ini. buat pun sekadar yang yok. malam ni bila tulis blog, insaf balik.






"kan?"
kesimpulannya, tang niat ni kita kena sentiasa perbaharui atau mengingatkan setiap pagi. sebab tu kita bila nak makan kena baca doa. bahasa melayu pun tak mengapa. agar kita rasa nikmat istiqamah makan dengan niat yang baik kepada Allah. sebab bila kita makan laju sehingga terlupa baca doa sebelum makan, kita rasa macam nyesal makan tadi sebab tak dapat pahala. "betul tak?"

panjang pulak pos kali ini. hehe... maaf sangat2 sbeab lama tak kemaskini blog, rasa nyesal pun ada sebab istiqamah yang yok. harap esok dapat istiqamah lagi dan lagi!

perkongsian tambahan:
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Isnin, Oktober 03, 2011

menangis melihat kakinya

mataku melihat ke satu arah.
seorang lelaki sederhana tinggi di kaunter pejabat pos.
masih muda seperti ku, berbaju T hitam dengan seluar jeans biru.
bebola mataku tertumpu ke selipar lelaki ini.
tidak ku kenali akan beliau.
namun aku tersentak dan hatiku pilu secara tiba-tiba.
terasa ingin menangis di situ.

aku menoleh kepada tongkatku yang semakin lusuh sejak 6 bulan aku menggunakannya.
tongkat ini tidak sama seperti keperitan kakinya.
jelas aku terpukul dengan kelemahan diri ini.
yang kadangkala aku merungut dan tidak bersyukur dengan kaki yang serba kurang ini.
kaki yang hanya memerlukan sokongan tongkat untuk aku berjalan, tidak sama dengan diri lelaki itu.
kaki lelaki itu....

selipar jepun hijaunya melengkung dalam pautan tapak kakinya.
hanya tengah tapak kakinya yang memijak bumi.
hanya tengah tapak kakinya yang menahan tekanan badan.
hanya tengah tapak kakinya...
tumit dan jarinya melengkung ke atas.
terbayang akanku tulang tapak kakinya yang melengkung.
apalah aku ini yang masih tidak bersyukur...
menangis aku melihat kakinya.
menangis mengenang diri yang buat-buat tidak merasa nikmat Allah.
menangis diri ini yang senantiasa lupa untuk meluangkan masa untukNya.

p/s: bersyukurlah sebelum Allah menarik semua nikmat yang ada.