pernah tak anda merancang sesuatu yang hebat dan anda berjaya memulakan. kemudian sampai satu tahap, anda buat-buat terlupa dan tak buat dah perancangan hebat itu. "pernahkah?"
hari ini nak berkongsi pasal istiqamah yang yok. aku pun tak pasti apakah yang yok? tapi aku pasti ramai tahu istiqamah tu apa. "betul tak?"
dalam bahasa yang mudah, istiqamah ialah suatu usaha yang baik dilakukan secara berterusan. yang yok pula bermaksud "ala yang macam.... ayok, lupa!"
senang cerita "kita cadang nak istiqamah dan amalkan selalu, tiba2 rasa malas pulak dan pastu dah tak buat... poyo tak?"
alkisah wajib asas kepada pos kali ini, istiqamah yang yok aku terhadap blog kesayangan aku ni. punyalah aku lihat intisari kandungan, pernah beberapa bulan aku istiqamah betul-betul kemaskini blog sehinggakan satu bulan cukup 30 pos atau lebih. entah bagaimana aku boleh jadi malas nak kemaskini. dan jadilah istiqamah yang yok.
jelas kat sini, istiqamah yang yok tak patut kita amalkan. sebab ia akan merugikan kita. "hmm... anda tahu tak?" kenapa kita boleh tetiba jadi tidak istiqamah benda yang baik?
kalau anda ada pengalaman, tolonglah kongsi dengan komen di bawah, nak tahu juga.
menurut pengalamanku sendiri, ada beberapa sebab aku jadi istiqamah yang yok. sekejap kemaskini sekejap malas.
sebab pertama: akan tiba satu tahap di mana aku tidak merasa kenikmatan istiqamah sama seperti istiqamah di awal perancangan. mungkin sebab kita menjadikan ia sebagai rutin harian. lama2 jadi tabiat automatik dan ia lama2 membebankan.
"yeke?"
contoh yang aku lihat, solat yang diwajibkan. ingat lagi aku semasa kecil dididik dan diasuh untuk solat. mula2 seronok sebab dapat belajar benda baru, lepas tu makin malas. kemudian, ayah pakai rotan, paksa solat. aku jadi rajin solat semula kerana takut, lepas lama2 makin membesar, kadang sengaja melewatkan solat dan terasa berat nak solat. tapi bila dengar ceramah kelebihan solat, aku jadi bersemangat semula untuk solat di awal waktu. namun, ia semakin luntur bila lama tak isi diri dengan ceramah dan kuliah agama. "tak percaya?" cubalah tak dengar IKIM.fm dan jangan pergi masjid sebulan, mesti malas nak solat. [lebih baik jangan cuba]. eh, tak habis lagi, bila makin remaja akhir ini, kerja dan tugasan pelajaran semakin bertimbun, solat itu pun kadang tak khusyuk dan suka solat bersendirian. tapi bila aku berkawan dengan individu yang suka ke surau untuk berjemaah, aku pun jadi semangat nak ikut dia. lama2 bila jauh dari dia, kembali ke tabiat lama. bila sertai usrah dan halaqah, rasa seronoknya beramal ibadat kepada Allah, namun bila cuti semester, usrah tiada, liat kembali. istiqamah yang yok.... [pengalaman silam dulu]
"percaya tak?"
bila kita terbuai dengan sesuatu yang lebih menyeronokkan [lagha dan hiburan], kenikmatan beribadat akan hilang dengan cepat. malas pun datang dan khusyuk pun hilang.
"serius, aku bukan tipu!"
sebab tu lah bab solat dan ibadah yang baik kepada Allah ini, kita kena kemaskini diri dengan ceramah, nasihat kawan yang baik, baca buku2 agama, dengar IKIM.fm, sertai usrah, subscribe Quran weekly di Youtube.com dengar nasyid dan qasidah, baca status facebook.com golongan ustaz2 dan ustazah2, buka TVAlhijrah. kita akan rasa seronok untuk melakukan amal ibadat dan terasa ingin diisi lagi dan diisi lagi dan lagi!
tapi bila kita mula layan berita fitnah bab politik, baca akhbar bahagian berita pelik, bogel, baca status facebook.com bab cinta dan frust, dengar radio yang asyik gelak dan lagu cinta laki perempuan, pergi konsert himpit2, tengok Youtube.com Vlog annoying grapes, duduk main games, tengok video porno, tengok filem adegan suami isteri, tengok cerita hindustan menari nampak pusat. semua ini akan sedikit sebanyak menghilangkan kenikmatan ibadah kepada Allah. sebab syaitan asyik cucuk2 kat kita. "tak payahlah solat, lewatkanlah sikit, cepatlah habis solat ni, sembahyang sorang sudah"
"betul tak?"
"eh.. maaf tadi cerita pasal blog jadi bab lain pula"
sebab kedua: niat kita dah lari.contohlah aku buka akaun facebook ini untuk Islam dan sampaikan nasihat yang baik2. awal2 mungkin kita dapat istiqamah dengan tulis status yang memberi nasihat dan menceriakan hari orang lain2. lama-lama kita akan lupa niat asal kita. mungkin kita terlalu asyik dan tak semak diri setiap hari.
contoh untuk sebab kedua ini, aku alhamdulillah sudah ada kereta baru menggantikan motor yang aku sedikit bimbang untuk bawa motor lagi. pernah aku berniat untuk bawa kereta 80 km/j dan tak lebih 100 km/j sahaja. namun setelah sebulan, aku makin lupa diri, di highway aku bawa sampai 110 km/j dan di jalan biasa jika tiada simpang dan motorsikal di samping, aku bawah 90 km/j. bila semak diri balik, "Ya Allah, aku dah langgar niat asalku". bila aku semak diri, baru aku tersedar. begitu juga bab istiqamah dalam kebersihan kereta, niat asal nak jaga kebersihan dalaman dan luaran kereta sebab itu adalah imej kita kepada Allah dan kawan2. memang tiap pagi akan lap dulu embun2 pagi dan kibas karpet kereta. namun setelah sebulan, makin malas diri ini. buat pun sekadar yang yok. malam ni bila tulis blog, insaf balik.
"kan?"
kesimpulannya, tang niat ni kita kena sentiasa perbaharui atau mengingatkan setiap pagi. sebab tu kita bila nak makan kena baca doa. bahasa melayu pun tak mengapa. agar kita rasa nikmat istiqamah makan dengan niat yang baik kepada Allah. sebab bila kita makan laju sehingga terlupa baca doa sebelum makan, kita rasa macam nyesal makan tadi sebab tak dapat pahala. "betul tak?"
panjang pulak pos kali ini. hehe... maaf sangat2 sbeab lama tak kemaskini blog, rasa nyesal pun ada sebab istiqamah yang yok. harap esok dapat istiqamah lagi dan lagi!
perkongsian tambahan:
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan