tahu tak, kenapa kita tak boleh mengata orang yang buruk2 meskipun benar?
aku rasa aku dah dapat jawapannya. aku nak kongsi, sudikah anda membacanya?
pernah tak anda mengata orang?
tak pernah? tipu dan tidak mungkin anda tidak pernah mengata.
mengumpat, pernah tak?
umpat tu bercakap sesuatu sikap dia yang buruk meskipun benar kepada orang lain tanpa pengetahuannya.
dengan erti kata lain, "cakap belakang!"
tak pernah jugak? "fuh, bagus betul korang."
camne pulak dengan memfitnah, pernah tak?
"amboi kasarnya bahasa"
percayalah, aku pun kadang pernah mengumpat dan mengata orang.
serius! aku pun tak sedar aku dah mengata orang.
sudah berapa banyak aku mengata orang.
ada kala aku bercakap dalam ayat formal, ayat tidak rasmi, ayat spontan.
contoh ayat formal atau ayat rasmi:
"tuan, saya semalam pergi Warta, nampaklah S tu berjalan dengan seorang perempuan. saya tak mahulah buruk sangka, tidak pastilah tuan, mungkin adik dia."
contoh ayat tidak formal atau ayat tidak rasmi:
"tengoklah dia dalam kelas, asyik tidur je dalam kelas. aku memang tak suka sikap dia ni, pemalas"
contoh ayat spontan:
M cakap: "ko tahu tak, D tu kuat ngadu, ada ke patut dia ngadu kat bos dia yang aku ni salah guna wang syarikat"
kita cakap: "haah, betul jugak, hari tuh aku makan kuih raya dalam ofis, pun dia ngadu aku ponteng kerja"
M cakap: "tulah pasal....."
kadangkala, kita tak ada niat pun nak mengumpat atau mengata.
"sahaja aku mengumpat kerana...."
ish2, dulu aku tak tahu kenapa kita dilarang mengumpat. bahkan, Nabi Muhammad mendapat wahyu Allah, cuba cek dalam Al-Quran, surah Hujurat ayat 12
[Wahai orang -orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip ataupun mencari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain. Adakah individu daripada daripada kalangan kamu suka memakan daging saudaranya yang mati? Apabila demikian keadaan mengumpat, sudah tentu kamu jijik padanya. Oleh itu, larangan-larangan itu perlu dipatuhi dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.]
tapi ada satu kisah yang berlaku 2 hari lepas, yang menyedarkan aku.
dalam satu program, aku sedang berjalan dengan tongkatku, datang seorang pakcik ini, tanya kenapa kaki. bagus dia berinteraksi dengan aku. kemudian, dia cakap, "pergilah berurut" dia siap tanya rumah di mana dan mencadangkan seorang tukang urut yang dia kenal.
pandangan aku, beliau sangat bagus dan baik hati.
dalam kelas yang aku sertai, aku ternampak dia tidur. aku beranggapan itu hal biasa akibat keletihan.
namun, keesokannya, pakcik ini berlari2 anak ke arah sesuatu dengan membawa plastik berisi barang.
kemudian, adalah seorang hamba Allah ini bercakap akan gelagat pakcik ini dan rasa sangsi (tidak suka).
aku pada awalnya tak terlintas langsung nak fikir bukan-bukan dengan orang, tapi apabila kawan cakap sesuatu yang negatif ini, mata dan fikiranku asyik menafsirkan gelagat pakcik tu negatif sahaja. akhirnya, aku terjebak dalam perhubungan kepada aku untuk rapat dengan pakcik itu.
nampak tak?
seseorang itu adalah baik bagi pandangan setiap manusia, tetapi apabila seseorang yang lain mencorakkan pemikiran kita dengan negatif, ia terus menjadi buruk dalam pandangan kita terhadapnya.
contoh seorang perempuan yang baik dan berbudi bahasa, pandangan mata kita baik. tetapi apabila, ada pihak ketiga yang memberitahu dia adalah seorang pencuri, pasti pandangan kita yang positif di awal tadi terhapus. dan sukarlah bagi perempuan ini untuk berubah menjadi baik atau bertaubat, sebab pandangan kita terhadapnya sentiasa negatif. melainkan dia buktikan, tetapi bagaimana?
p/s: bila sudah ada pandangan negatif, orang yang berubah ini hanya boleh buktikan dengan memakai tudung, pergi ke masjid sentiasa, pakai jubah dan kopiah. tetapi tidak mustahil pandangan negatif akan berterusan. "alah, berlakon je tuh"
semoga kita mengelak daripada pandangan negatif ini meracuni perhubungan dan persahabatan kita.
kecuali kalau dia benar-benar melanggar syariat dan hukum Allah SWT. itu memang wajib kita betulkan dia atau tak berjaya, kita kena tentang dia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan