Jumaat, Oktober 02, 2009

amaran Allah

"banyaknya bencana alam"

amaran Allah sangat banyak.
tapi kita tak sedar.
sebab amaran Allah ini dinukilkan dalam bentuk kejadian alam dan sains.

aku membaca blog abihaiqal
benarlah.
pada minggu lepas, ribut debu di australia
kini, tsunami berulang lagi... di kepulauan samoa
gempa bumi di indonesia yang meragut 1000 lebih kematian manusia
ribut parma di filipina juga pada ketika yang sama.
kini terdengar2, letusan gunung berapi yang bakal berlaku.
apakah lagi selepas ini.
aku pernah terdengar juga tentang bongkah ais yang mula mencair.
adakah ini semua bahana pemanasan global?

amaran Allah
dahulu, zaman sebelum era berkembangnya ilmu sains,
bencana alam, hujan batu, bumi terbalik, laut terbelah, banjir besar dan sebagainya itu adalah kuasa Allah.
dan mukjizat nabi2, serta amaran Allah swt.
apakah kini, kita telah pelajari pelbagai cabang sains, kita tahu sebab dan punca sesuatu itu berlaku, jadi bermakna ia bukan lagi sebab kuasa Allah?
tapi sebab sains.
memang kejadian alam itu, maka berlakulah.
tsunami berlaku, sebab berlaku pergerakan plat tektonik bawah lautan.
adakah plat itu bergerak dengan sendiri??
atau sebab ada penyebab yang menggerakkan?
siapa?

amaran Allah.
telah banyak Allah berkata di dalam AlQuran.
sedarkah?

amaran Allah.
juga sebagai petanda makin dekatnya kiamat.
filem gambaran kiamat barat pun banyak ditayang.
armageddon, end day dsb.
malah mungkin lebih teruk.

[renungan bersama]

2 ulasan:

Abihaiqal berkata...

Salam,
جزاك الله خيرا

Unknown berkata...

syukran abi..