Ahad, Oktober 18, 2009

alahai beyonce..


"nak letak gambar beyonce.. tapi takjumpa..."

alahai beyonce..
aku tak pelik ada tentangan konsert sebegini.
sebab setiap kali artis barat nak datang pasti ada tentangan.

dan kali ni. cik beyonce.
eh, ke puan? puan beyonce.
aku tak pelik juga sebab ada yang suka beyonce nak datang.
ye la, kalau konsert jom heboh pun penuh, apatah lagi, konsert artis barat.
susah gila nak jumpa kat malaysia.

alahai beyonce..
dengar khabar konsert ditangguhkan.
hmm.. aku tak pelik pun.
sebab itu menjadi hal biasa.
sebab bila artis barat nak datang, samada batal, tangguh, atau pakai sopan2.
dan aku tak terkejut dengar panggilan di radio Era.
perempuan call Era.fm.
sedih gila, macam kematian anak.
dia cakap kenapa tangguh? orang kata kalau tangguh, 70 % batal.

alahai beyonce..
aku tak nak komen banyak pasal dia.
sebab dia dah memang barat dan tak hirau aurat dia.
yang aku nak komen, alahai peminat beyonce.
tak cukup ke kat tv?
membazir duit beli tiket, sanggup datang dari jauh, semata2 nak tengok konsert.
dalam stadium, bukan dapat peluk atau salam dia.
terjerit2 dapatlah, entah beyonce dengar ke tak suara kita.

alahai beyonce..
hebat betul mereka ini.
bila mati pun orang masih minat dengan artis barat.
apakah penangan mereka pada kita?
sampai membuat kita tergilakan mereka?
adakah kerana kecantikan?
Malaysia pun banyak artis yang lawa.
adakah kerana lagu?
hmm....
atau kita terikat dengan budaya mereka??

memuja dan taksub dengan seseorang sangat bahaya.
bukan setakat gilakan artis, politiking/tikus, pelakon dll.
kerana mereka ini tidak akan membawa kita kepada jalan kebenaran.
cukuplah nabi Muhammad sebagi tokoh ikutan kita.
janganlah kita taksub kepada seseorang selain nabi melampau2.
sehinggakan kita lupa solat, membaca AlQuran, zikir dan ibadah yang lain.

moga Allah merahmati kita semua.

[berhiburlah dengan sederhana, jangan keterlaluan]

2 ulasan:

Sol berkata...

org melayu islam semakin tidak paham pasai tujuan hidup... tujuan dijadikannya oleh ALLAH...

Unknown berkata...

menjadi hamba kepada Allah
dan menjadi khalifah di muka bumi Allah