Ahad, Oktober 18, 2009

anti islam. perlukah?

"demo di england"

anti islam. perlukah?
sangat kritikal keadaan orang islam di sana.
kerana apa?
kerana mereka berani untuk menentang islam secara terang-terangan dengan demo.
demo sebagaio tanda protes dan benci.
malah dari demo, mereka boleh bertindak dengan lebih ganas.
teringat akan kisah Dr. Marwa yang terbunuh akibat mempertahankan maruahnya sebagai seorang muslim di eropah.
tak mustahil peristiwa ni akan berlaku lagi pada wanita muslim.

anti islam. perlukah?
jika kerana islam ini pengganas...
buktikanlah. adakah bukti dalam AlQuran yang menyuruh islam mengganas dan membunuh semua orang bukan muslim?
tidak ada yang diajar rasulullah saw. kepada kejahatan dan permusuhan.
lihatlah zaman nabi, betapa nabi menjaga kemaslahatan orang bukan muslim.
jika benar ada yang mengganas dengan nama Islamnya, adakah itu menggambarkan keseluruhan orang muslim itu pengganas?
adakah orang agama lain tak pernah mencuri dan membunuh?
apakah hanya orang islam sahaja yang membunuh dan mencuri?
perlukah anti islam?
tidak semata2. hanya manusia yang tidak mengenal Tuhannya, yang sanggup melakukan kejahatan dan permusuhan dimuka bumi ini.
kerana orang yang mengenal Tuhannya tahu, akan murka Tuhannya.
apabila Tuhan murka, balasannya adalah azab dan neraka.
mahukah kita?

perlukah anti islam?
tidak perlu.
tetapi, kenapa ada orang islam yang memusuhi Islam itu sendiri?
ada ke?
ada... yang nak hapuskan undang2 syariah.
taknak pakai tudung dan tutup aurat tidak mahu.
minum arak, berzina, berjudi.
bukankah mereka Islam?
memang benar mereka Islam, tapi hanya pada kad pengenalan.
tapi mereka tidak kenal siapa Tuhan mereka.
mereka tak baca quran, dan tak faham langsung.
jika mereka Islam, mereka kenal tuhan dan nabinya.
mereka baca Alquran dan faham akan suruhan Allah di dalamnya.
lantas, orang islam tu takkan berani nak memusuhi Islam dengan melakukan larangan Allah.

jadi macam mana dengan orang islam yang anti Islam?
lantaklah mereka nak buat apa.
yang penting, kita kuatkan keimanan kepada Allah dan kuatkan akidah.
jika mampu, usaha kita adalah berdakwah kepada mereka.

[layan orang yang anti islam ni buat pening kepala je... baik kita buat amal cam biasa]

1 ulasan:

Unknown berkata...

dari facebook:

Khairul Anwar Shazali
xperlu
October 14 at 9:55am · Delete

Adam Tuan Mukriz
Anti Islam tidak perlu. Tetapi mungkin anti sesetengah golongan yang kononnya bercakap bagi pihak Islam hingga mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengelirukan.
October 14 at 10:43am · Delete

Siti Nadhrah
memg tak perlu...
October 14 at 10:48am · Delete

Edre Aidid
tidak sama skali.
October 14 at 12:19pm · Delete

Nurul 'Ain Abdullah
perlu untuk kita tahu siapekah yg akan menegakkan islam nanti. adakah kita?
October 14 at 1:17pm · Delete

Syam Ahmedarino
Perlu ke non moslem anti islam? Perlu ke moslem anti non moslem? Perlu ke anti-meng-anti? Tp mcm kenyataan jer...
October 14 at 5:06pm · Delete

Muhammad Arrabe'
anti perokok? hehe.. tak perlu. penzahiran anti ni cukuplah sekadar dalam hati. melainkan, orang itu benar2 buat kerosakan di muka bumi dan menyakitkan hati orang lain dengan kejam. itu memang aku anti..
Thu at 9:08am · Delete

Nurazilah Bt Abu Bakar
jangan anti islam nanti terkeluar dari islam
Thu at 3:31pm · Delete