"Sudah 6 bulan terbelenggu, 6 bulan lagi"
Pagi tadi umi beritahu aku ada karnival kewangan di PWTC yang dianjurkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Bila dengar BNM, aku teringat CCRIS dan PTPTN. Memang sejak akhir-akhir ni, risau sangat pasal kewangan diri. PTPTN pernah 'blacklist' nama aku dalam CCRIS. Gara-gara aku tangguh bayaran sebab sambung belajar sarjana sebelum ni.
Aku sudah buat penangguhan bayaran PTPTN tahun 2011, 6 bulan selepas tamat ijazah sarjana muda. Namun, tahun 2016, PTPTN kuatkuasakan semua tunggakan akan disenaraihitamkan dalam CCRIS.
Apakah CCRIS? Google lah...
Haha... Yang pasti, aku tak boleh buat sebarang pinjaman bank. Saat kritikal ini aku perlukan duit tambahan untuk bantu kewangan kedai Abuya aku dan urusan lain.
Bukan rezeki aku untuk jalan ni, Insyaallah ada jalan lain.
Berbalik pada karnival ni, masuk dewan Tun Abdul Razak 1 ni, banyaklah promosi takaful, insuran, kad kredit dll. Ada jugak cabutan bertuah. Kena dapatkan hampir 20 cop daripada setiap pempamer (booth). Hmmm.. leceh sangatlah. Aku fokus kat BNM untuk semak CCRIS, PTPTN untuk cek adakah aku lewat bayar, sebab kalau lewat bayar sebulan pun kena masuk balik CCRIS. Cek juga CTOS.
Kesimpulannya, aku kena bersabar selama 6 bulan lagi... 😅 Moga Allah buka jalan rezeki.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan