Isnin, November 10, 2008

kehidupan umpama berenang

“hidup ni umpama berenang, kalau kita penat dan berhenti berenang di tengah lautan, kita akan lemas”

Aku iktikaf sekejap di masjid UKM menunggu maghrib.
Sesudah solat magrib, adli datang ke arahku dan duduk di sampingku.
Dia kalau tak cuba mengusik aku memang tak sah.
Sememangnya, kami menunggu isyak. Dia mohon aku memberi nasihat.
Huh, aku, segan nak beri nasihat pada orang, sedangkan diri aku pun belum sebaik mana.
Aku mohon dia nasihatkan aku dulu.
Berceritalah dia akan kehidupan. Dia tanya aku suka berenang?
Tak, tak suka sebab persekitaran dan orangnya.
Dia cakap, kehidupan ni macam berenang.
Dalam erti kita berusaha menuju ke garisan penamat.
Jika penat dan berhenti berenang di pertengahan jalan, kita akan lemas dan tenggelam.
Jika kita berusaha sampai ke garisan, kita bakal mencapai destinasi.
Simple and wow, very touching me.
Bayangkan, dalam kehidupan, jika kita putus asa dengan apa kita lakukan, kita takkan ke mana.
Janganlah kita mudah menyerah kalah terhadap segala halangan yang menimpa kita.
Subhanallah. Tersentuh hati aku.

[adli dengan aku menunggu azan isya’ di masjid UKM, jam 8.07 malam, 9hb nov]

Tiada ulasan: