“bersamalah kita mencontohi amerika, selepas tamat pilihanraya, McCain minta penyokongnya menyokong Obama demi kemajuan Amerika” politik ini bersifat bermusim bukan sepanjang masa yang kita alami sekarang – buletin utama 10nov2008
Aku pagi tadi baru lepas exam hubungan etnik. Syukur Allah permudahkan aku untuk menjawab.
Hubungan etnik satu matapelajaran yang menarik jika diamati bukunya betul2.
Prof shamsul amri baharuddin, pensyarah UKM yang menerima anugerah fukouka. Aku pun tak pasti apa fukuoka itu sebenarnya.
Meskipun aku tak kenal hamba Allah ni, tapi bila aku baca ayat dia ‘word by word’, aku dapat rasa maksud yang dia nak cuba sampaikan.
Aku taknak melabel sebagai bias, tapi aku mengakui sifat akademik nya dalam mengolah hubungan etnik.
Sebagai contoh, ms60 “di celah-celah pertembungan tersebut lahir bahasa melayu rojak atau bahasa inggeris rojak,…”
Isu bahasa inggeris sebagai bahasa kemajuan. Aku nampak, pensyarah ni seperti tidak gemar dengan sikap kerajaan menggunakan bahasa inggeris dan mengenepikan bahasa melayu dalam pendidikan.
Tapi sebagai ahli akademik, beliau tak tunjuk bias nya dia, dia Berjaya membuat kesimpulan.
“BI xperlu dipersoal, kerana kerajaan mahu menjadikan Msia pusat kecemerlangan akademik serantau”
Ada banyak lagi ayat seperti ini. Aku respek prof shamsul amri, kerana tak bias, melainkan orang yang tak Berjaya memahaminya.
Aku agak terkilan tentang satu perkara. Ms28 dan 70 menerangkan segalanya.
“agama dianggap penyumbang kepada perselisihan…ilmu sains mnyatukan manusia…ilmu sains menjadi asas kepada segala kehidupan duniawi manusia”
“pembangunan politik berlangsung melalui tiga proses utama… sekularisasi budaya politik… memisahkan agama dan unsur politik”
Kalau dapat baca gabungan kedua2 penyataan ni, memang anda akan terkilan, inilah sebenarnya yang penjajah bawa untuk kita guna dalam sistem demokrasi.
Demokrasi aku pun tak tahu apa maksudnya, tapi yang pasti demokrasi memisahkan perundangan, kehakiman, dan pemerintahan.
Susah bagi aku nak menjelaskan tanpa cerita sejarah penjajah ni dan demokrasi.
Selepas penjajah Berjaya menjatuhkan kerajaan islam pada awal 1900an, penjajah, merancang untuk melemahkan islam.
Dari situ kita dapat lihat, bermacam2 perjanjian mula timbul (perjanjian pangkor) – permulaan kepada langkah mereka untuk menyekat kuasa sultan.
Kalau nak difikir, kenapa pejanjian ini tak dibuat lebih awal? Kenapa mesti tunggu awal 1900an baru mereka merancang semua ni?
Sedangkan british dah kuasai tanah melayu sejak 1700an. Segala hasil bumi diangkut untuk revolusi industri mereka.
Akibat kejatuhan kerajaan islam itu, mereka nak pastikan islam rapuh dan terus hilang. Sehingga konsep pemerintahan islam diabaikan dan islam ditumbangkan.
Mereka melakukan perpecahan Negara, banyak Negara yang satu dulu, menjadi banyak. Dan setiap Negara ditanam ideology Negara bangsa.
Untuk apa Negara bangsa?? Sebagai kita dapat berbangga dengan bangsa dan Negara kita lah?
Nampak tak konsep perpecahan di sini? Orang susah untuk bersatu bila da berpecah.
Jadi, mereka melancarkan sistem pemerintahan cara mereka secara halus. Jelas sekali demokrasi adalah sebahagian sekularisme (pemisahan agama dalam kehidupan).
Apakah fungsi parti? Pasti juga satu konsep perpecahan juga. Bila ada satu parti tentu ada parti lain. Dan pasti mereka berbeza pendapat.
Dan kita kena raikan perbezaan parti ini dengan pilihanraya, yang menang akan menegakkan ideology (perbezaannya) dan yang kalah hanya membangkang.
Lihatlah sekelian, bagaimana penjajah nak kita tak bersatu. Kita meraikan perbezaan bukan persamaan.
Yang malangnya islam. Kan islam membenci perpecahan? Sekarang, semua orang ada semangat bernegara, ini sebab isu kerakyatan.
Negara islam dulu, hanya 1, dan isu kerakyatan tak timbul, isu visa, isu perkahwinan campur takde, sebab pemecahan kawasan tak berlaku.
Sistem pemerintahan satu dan tidak berpecah2 (sistem pusat, negeri). Jadi demokrasi amat rapuh di Negara muslim.
Sebab demokrasi bukan datang dari Allah, jadi bila kita hanya mencontohi penjajah dan mengikut sahaja hukum demokrasi mereka.
Maka, jiwa kita akan sentiasa nak berbalah atas perbezaan parti dan pahaman.
Terang lagi bersuluh, pergaduhan pas dan UMNo dah berlarutan. Susah nak bersatu.
Sebab dalam diri masing2 dah ditanam semangat kepartian oleh penjajah laknatullah.
Caranya untuk bersatu, tolak demokrasi, ambil islam sebagai cara pemerintahan (tanpa pemisahan kehakiman dan perundangan)
Cara kita ambil islam bukan melalui pilihan raya, kerana pilihanraya masih dalam demokrasi.
Kesedaran dari pemimpin untuk menolak sistem demokrasi. Dan perkenalkan sistem islam (masih kurang pengkajian tentangnya).
Xmustahil jika kita semua buka mata, buka minda, buka hati.
Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua.
[11november, mengantuknya. Jam 2 pagi]
1 ulasan:
11 Nov 08, 08:37
aida: bgs2.. nk bg pendapat gak.. sekian lama demokrasi bertapak di malaysia, mentaliti masyrkt kini pn berfikiran demokrasi, ramai yg kurang tau ttg perundngan islam. maka wajiblah bg PAS utk menghantar
11 Nov 08, 08:38
aida: calon yg mempunyai ciri2 pemimpin islam yg sedia memikul amanah ALLAH bg memenangi kerusi, supaya salah satu cara yang bersesuaian di malaysia ni agar daulah islam kan tertegak. Maka, setelah
11 Nov 08, 08:38
aida: mencapai kemenangan, khilafah islamiyyah kan tertegak semula(sistem kufur dihapuskn).. insyaALLAH...
Catat Ulasan