“3 orang insan yang amat aku hormati dan sayangi kerana sentiasa menasihat dan membimbing aku ke jalan yang benar”
Cukuplah aku gelar mereka sahabat.
Pertemuan dengan sahabat pertama. Aku bertemu kali pertama dalam keadaan yang tak diduga.
Aku melawat rumah kawan kepada kawan aku. Tak kenal pun.
Di dalam rumah kawan kepada kawan aku, kami berbicara tentang isu politik. Aku pasang telinga.
Malas nak masuk campur. Kemudian, aku bertemu dengannya di pesta buku. Aku kurang kenal dia.
Tapi dia kenal aku, dia bercerita tentang ayat2 cinta (novel). Kami amat sehaluan dan sependapat dengan AAC.
Akhirnya, allah izin persahabatan kami di UKM. Pertemuan halaqah pertama. Beza umur kami tak beza jauh. Dia tua 3 tahun.
Gaya dia pandai memikat hati rakan yang berdamping dengannya. Aku senang dengan sahabat pertama.
Sahabat kedua. Aku bertemu dalam organisasi fakulti.
Entah, aku pun tak tahu camne hati tergerak nak dekat dengan dia.
Kami sentiasa buat kerja sama2.. tapi, persahabatan bermula di dewan anuwar Mahmud.
Aku bercerita permasalahan aku tentang lambakan jemaah.
Hubungan aku makin erat lepas hampir berlaku sedikit salah faham tentang isu masalah sosial.
Kami berterus terang dan menasihati satu sama lain. Kami sedar kesilapan kami.
Kami bersatu.. syukur. Perwatakannya menarik.
Sukar nak melihat dia ketawa terbahak2 atau berdekah2. Subhanallah.
Hanya senyuman manis dapat aku lihat. Aku senang dengan sahabat kedua.
Sahabat ketiga. Aku hormat dia sebagai abg.
Pertemuan dengan dia, bermula di surau perumahan aku.
Awal2, memang aku da hormat dia sebagai abg.
Dia ajak aku sertai program, masa tu aku baru lepas SPM.
Seronok program dia. Lepas tu hampir setahun aku jarang jumpa dia. Sebab aku di matrikulasi.
Di UKM, aku berjumpa lagi dengan dia. Dia banyak memberi semangat kat aku untuk terus gigh belajar dalam pada sibuk dengan urusan organisasi.
Dari sini, aku mula ziarah dia, rumah dia penuh dengan buku. Subhanallah.
Memang aku pun minat dengan buku. Dia pun banyak berkongsi ilmu dengan aku.
Dia banyak mengkaji alquran dan islam. Aku banyak berubah kerana dia.
Dalam setiap tutur katanya pasti ada pengisian. Takpernah aku berbicara perkara yang merepek.
Aku kagum, dan aku tak pernah menyesal untuk berborak dengan dia.
Subhanallah, aku senang dengan sahabatku yang ketiga.
Aku masih menanti sahabat yang lain, harap aku juga mampu menjadi sahabat yang baik seperti mereka.
[aku bertemu, dengan ketiga2 sahabat dalam satu hari yang pendek. 21november08]
5 ulasan:
Salam Robe,
Ayat ni mcam salah je..
Aku kagum, dan aku tak pernah menyesal untuk berborak dengan dia.
Subhanallah, aku senang dengan sahabatku yang keEMPAT.
Bukan tiga ke?
:J
haah.. silap...
terima kasih akhi.
sihat?
salam :)
kawan dunia akhirat yg kita nak cari.sy masih mencari.:)
tp, sy rindukan kwn2 mase di mtrx..
betapa kuatnya ikatan..
harap akhi robe' dpt lagi ramai rakan2 suka duka ini ok?
gambate ne!:)
tanpa nama?
terima kasih atas doa anti/a
semoga kita berusaha mencari sahabat terbaik.
berdoa kepada allah agar dapat sahabat baik yang memahami. syukur.
Catat Ulasan