Selasa, Disember 09, 2008

keluarga angkatku

Hampir 10jam perjalanan ke seberang takir.
Aku sedar, 4kali bas berhenti untuk berehat.
Kebetulan masa perjalanan asyik hujan.
Memang aku puji la pemandu bas ni. Berhemah.

Setelah upacara perasmian, kami dibahagi-bahagi kepada keluarga angkat.
Hmm.. dalam benak hati aku, siapalah yang geng ngan aku.
Sekali nama aku disebut. Dan 2 orang lagi aku tak kenal.
Siapa diorang? shafuan dan ubaidillah.
Rupanya pelajar tahun 1 yang lewat datang perkampungan di UKM.
Aku harap diorang ok.
Nampaknya aku sorang senior, jadi aku la ketua dalam ekspedisi keluarga angkat.
Jadi aku kena jaga imej UKM.
Wah, berat tul tanggungjawab ni.
Insyaallah.

Aku dapat keluarga pn roslina.
Aku tanya beliau, “mak, nak panggil apa?”
Panggil mak je. Aku mengia..
Aku tanya ayah nak panggil apa?
Mak cakap, panggil pa je.
Aduh, kekok aku nak panggil pa.
Kalau papa ke, leh la lagi.

Sesampai di rumah.
Mak cakap, rumah miskin je.
Bagi aku lagi susah rumah angkat, lagi aku hargai.
Sebab kami datang kat sini sebab nak merasai kehidupan masyarakat kampong.
Rumah mak simple.
Ada gak bocor2. Tapi tak teruk sangat.
Ada 2 orang budak kecik duduk depan pintu.
Mula2 nampak segan.
Aku cuba meramahkan diri. Nama diorang shakir (bongsu) baru darjah 2.
Yang pompuan nama dia shafiqah darjah 5.
Ada sorang lagi baru balik dari kedai kot.
Terus duk baring tengok tv. Nama dia sharif. Baru lepas UPSR.
Dia kata dia dapat 2A je. Yang lain C.

Kami duduk dalam bilik anak mak yang kedua (xbalik lagi)
Baru PMR. Nama dia shafiq.
Memang bilik budak lelaki la. Penuh ngan gadget, ikan dll.
Yang sulong tak balik lagi.
Tengah SPM. Dia duduk asrama.
Nama dia shamimi.
Malam pa baru balik.
Pa kerja kat tempat percetakan.
Malam pa bawa kami makan nasi dagang. Fuh, sedap seh
Tengok Bandar Terengganu sekali.
Takjub aku.

Tiada ulasan: