“pelbagai bentuk serangan terhadap kita, apakah kita bersedia untuk melawannya?”
Aku terbaca kat mana ntah ( tak ingat)..Ada benarnya artikel tu.
Cuba kita perhatikan berapa banyak drama/telenovela Indonesia di kaca televisyen?
Wah.. kadang tu, mula dari jam 12 tengahhari sampailah jam 7 malam.
Itulah rutin harian kita yang tengok tv.
Kadang bila iklan, baru boleh bangun.
Solat pun setelah tamat cerita tu.
Kita macam dah diGAM dengan tv tu.
Tak dinafikan, kadang aku pun terikut bahasa Indonesia.
Entahla, mungkin terbiasa dengar dan tengok gaya diorang bercakap.
Banyak juga lagu-lagu Indonesia yang dimainkan di tv dan radio.
Memang seronok lagu diorang.
Muzik mereka lebih menarik dari lagu kita sendiri.
Aku tak pasti macam mana produk Indonesia ni boleh masuk Malaysia.
Kalau dulu, banyak drama latin (amerika selatan masuk)
Sekarang, Indonesia pulak ambil alih.
Tak dinafikan, memang ada menariknya dan pengajarannya di sebalik drama Indonesia.
Macam cerita mutiara hati dan soleha, memang menarik dengan unsur islamisasinya.
Tetapi, budaya mereka tak sama dengan kita.
Dan kadang cerita diorang meleret2, sampai beratus2 episod.
Macam membazir masa untuk meluangkan masa sejam sehari.
Dan kadang ada cerita yang kejahatannya melampau2, sampai kadang2 tak masuk akal.
Bila dah mati, boleh pulak hidup balik.
Mengarut kadang2. Dan ada jugak drama Indonesia yang berkristianisasi.
Ni aku dapat lihat melalui kubur nya dan minum araknya.
Kenapa drama camni boleh terlepas masuk?
Tak dinafi sekarang yang menarik perhatian, drama klasik/dongeng.
Memang catchy cerita, tapi bahaya kepada budak2, jika tak dibimbing.
Ini baru dari sudut hiburan.
Pelbagai aspek kita dijajah, terutama dalam sektor pekerjaan.
Lihatlah berapa ramai Indonesia yang bekerja di sini.
Memang bagus mereka membantu Negara dalam pembinaan infrastruktur Negara.
Tapi, bagaimana dengan rakyat sendiri yang menganggur?
Mungkin masalah kerajaan adalah dek sikap rakyat sendiri kot.
Yelah, belajar tinggi2, demand, nak kerja gaji tinggi.
Malas nak kerja lowclass ni.
Akibat kekurangan pekerja, kerajaan ambiklah orang Indonesia.
Memang mereka amat rajin.
Mungkin negara mereka amat dhaif, dan kita amat selesa.
Sebab tu diorang tak kisah mereka dapat gaji berapa.
Ruginya, bangsa kita. Tak kisahlah kerja apa, yang penting ia halal.
Daripada menganggur, carilah rezki yang halal.
Aku tak melihat ini sebagai penjajahan yang teruk impaknya.
Sebab ia hanya merosak budaya Malaysia sahaja.
Tapi dari sudut akidah, tu aku kurang pasti. Mungkin ada.
Yela, mana tau liberal Indonesia, menular ke Malaysia melalui hiburan.
Bahaya jugak. Kan?
Hmm.. tapi ingatlah, penjajahan ini takdelah teruk sangat.
Kalau nak dibandingkan penjajahan sebenar sekarang adalah....
Penjajahan pemikiran kaum kafir.
Melalui hiburan barat, melalui seks bebas, melalui makanan yang dicampur halal dan haram.
Itu lebih keji dan kotor.
Inilah penjajahan yang lebih patut kita bimbang!
Pelbagai bentuk serangan terhadap kita sekarang, apakah kita bersedia untuk melawannya?
Sendiri tanya iman. Kalau kita tak kuat iman, kita akan tewas di medan pertempuran pemikiran.
Lagi2 peperangan dengan pemikiran liberal dan pemikiran barat.
Kuatkan akidah kalian. Tingkatkan iman.
Jauhilah makanan yang meragukan.
Ya Allah, matilah kami dalam islam. Dan bangkitkan kami dalam islam juga.
P/s: islam yang beriman, bukan dalam ic je islam tau.
[aku di pusat servis proton di TTDI, 23dis08, 5petang dengan famili]
1 ulasan:
aku bukan anti indonesia.
tapi risau tengok kemalasan rakyat kita yang menyebabkan mereka ambik peluang kita.
Catat Ulasan