tak sampai 10 minit berlalu.
aku sibuk hias blog aku yang tak seberapa ni.
pintu rumah diketuk orang.
aku buka pintu, seorang india muda di hadapanku.
aku rasa sebaya denganku.
dia tanya, "kereta takde?"
aku jawab takde. esok aku balik kampung.
di mengangguk dan pergi.
untuk makluman, india ni setiap malam akan keliling satu kawasan perumahan aku.
mencari kereta pelanggannya.
menolak tangki silnder berisi air ke satu blok ke blok yang lain.
kadang2 sampai jam 3pagi, masih berkerja.
untuk makluman lagi, kawasan perumahan aku rata-rata melayu.
india, mungkin 2 keluarga je.
tapi.. kegigihan india ni memukau diriku.
mencari rezki untuk menyara hidupnya.
kalau tak si muda ni, ayah dia pula yang buat kerja mulia ni.
tenaga muda yang ada padanya, digunakan sepenuhnya.
kenapa aku tak boleh jadi sepertinya?
kenapa aku tak sanggup berusaha sendiri?
kenapa aku malas untuk mencari rezki?
kalau nak difikirkan, kaumku, jarang yang seperti kaumnya yang gigih berusaha.
lebih2 lagi muslim.
umi aku baru teringat yang kami belum bayar duit padanya.
rm30 sahaja untuk sebulan.
tapi dia basuh hampir 3 kali seminggu.
aku turun bawah, mencari anak muda ni.
aku beri dia duit.
tersenyum di wajahnya. aku turut tersenyum.
semoga Allah memberi mu hidayah.
[jam 11.20 malam, 12/12/08 jumaat.]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan