Jumaat, Mei 01, 2009

kenapa lelaki menjauhkan diri?

"apa sebab lelaki jauhkan diri dari wanita ye?"

aku sedang lepak kat foyer kolej ungku omar.
jam 6.50 petang.
aku capai suratkhabar utusan.
hmm.. gelap la pulak kat sini.
apesal la tak bukak lampu.
ada kawan aku datang dan duduk kat sofa.
namanya? rahsia.
cukuplah aku letak huruf akhiran namanya "N"
yang pasti dia perempuan.
opss... jangan salah faham, dia duduk di sofa yang satu.
aku duduk di sofa yang 3. 
jangan fikir bukan2.
berborak seperti biasa pasal exam.
N ni tunggu abg dia ambil untuk balik rumah.

tengah rancak berborak, tup, terus dia tanya aku satu soalan.
buat aku terpinga2 seketika.
"kenapa yek laki menjauhkan diri dari pompuan?"
pehal la tetiba dia tanya.
dalam hati aku, mesti kes cinta ni.
aku ni mana penah bercinta.
jadi, pasti aku tak tahu.
tapi aku jawab juga berdasarkan pengalaman kawan2 aku yang banyak bercinta.
1. sebab nak studi
2. dah ada awek lain
3. dah tak minat
4. masalah famili

aku pun cakap terus terang yang aku ni tak tahu sangat pasal cinta ni.
tapi aku jawab apa yang aku pernah dengar dan lihat kengkawan aku.
N mula buka cerita.
seorang lelaki yang takde masalah dan lain2, minta clash.
alasan: sebab dia tak bersedia.
aku tengok N dah macam sayu.
hmm... aku tak tahu nak cakap apa.
sebab selalu aku dengar kawan2 laki je cite pasal clash.
dan aku pun tak komen banyak, sebab aku malas nak ulas hal2 kapel dan cinta monyet.
apatah lagi bila pompuan yang bercerita.

lidahku kelu, aku dengar je cerita dia.
dengar untuk memperbetul apa yang perlu diperbetul.
aku dapat point dari cerita2 dia.
tak perlu aku ulas cerita N yang panjang lebar.
sebab hal tu kadang agak kurang enak untuk N.
dan aku takut aku tambah2 cerita.

[ayahku nak pakai kom, nanti aku kongsi sambungan cerita esok pagi, k?]

4 ulasan:

arrabe' berkata...

N pernah cakap dia dah takleh nak berkawan dengan dia.
yela, sebab dulu selalu mesej2, tapi sekarang dah clash.
N pernah tanya: boleh tak kita sambung balik.
terus laki tu senyap.
bila dengar cerita N, sedih pun ada.
seboleh mungkin aku taknak buat dia fikir negatif pasal lelaki tu.

esok aku ulas k..

ﺧﻴﺮﺃﻟﺪﻳﻦ berkata...

ish..kadang-kadang perhubungan itu satu yang indah..kadang-kadang pahit.. tiap yang berlaku byk hikmah kan.. salam blogger - khairudin muhamed

babymiLosh berkata...

huuu.. yuP..
kita yg bgelar insan ni,, selalu kurg mencapai tahap pemikiran yg waras.. bila ada sumtin dlm hubungan,, trus tak fikir pjg..tu kesah N yg bulum kawen.. kalau makcik2 pakcik yg da bpuluh2 tahun kawen pn leh cerai kan.. haisHhhh~ walhal semua mslh buleh diselesaikan kan? huk3 :)

arrabe' berkata...

setiap masalah pasti ada penyelesaian.
cuma cara kita je yang menentukan ia diselesaikan atau tidak.
sebab tu kita kena selalu bergantung kepada Allah.
bila kita bergantung kepadaNya pasti ada penyelesaian dan hikmahnya sekali.
bukan dengan bunuh diri. tu tambah masalah. dah mati, masuk neraka.
nauzubillahiminzalik.

ps:salam blogger khairudin
: tul tu mila, tengok mak ayah kita pun dah tahu camne.