Khamis, Mei 28, 2009

jangan terpengaruh dengan kami

"terkejut aku dengar kata2 ni"

sewaktu aku berjalan dengan 2 rakan perempuan aku ke wakaf taman paku pakis.
Id cakap kat aku.
tetiba lak tu.
"ko jangan terpengaruh dengan kami"
terpinga2 aku dengar.

memang manusia ni bila dilahirkan akan tercari2 petunjuk jalan.
setiap orang akan mempengaruhinya.
lihat budak kecik.
diajar dan melihat perbuatan orang lain.
contoh, ketika budak kecik itu mencuba untuk berkata2.
panggilan "mak, mak, mak" akhirnya budak itu terpengaruh untuk menyebutnya.
semakin ia membesar...
lama2, ia akan terpengaruh dengan orang di sekitarnya.
meskipun ibu bapa mengasuh dan mendidik dengan baik sekalipun.
tetapi sekali terpengaruh dengan orang lain, sedikit sebanyak kita akan berubah sedikit demi sedikit.

Id mungkin nak sampaikan ini pada aku.
aku tak sangka ada orang yang akan menasihatiku begitu.
meskipun berkias.
tapi aku tersedar dari pengaruh2 ini.
aku seolah2 hanyut dengan pengaruh ini.
pengaruh sosial. terlalu banyak berkata2 perkara yang sia2.
Id cakap lagi, dia tengok aku berubah bila aku pernah berkata sesuatu yang tidak menyedapkan.
setiap manusia pasti melakukan kesilapan.
cuma kadang kita sedar dan tidak sedar.
bila kita sedar ini, kita perlu bertaubat dan muhasabah diri.
akan tetapi yang tidak sedar ini, nasihatkanlah kesilapan itu dengan hikmah.
terima kasih Id atas teguran dan nasihat ini.

tak mustahil anak seorang ustaz yang alim, adalah orang yang tidak berakhlak.
ini semua bukan sebab salah asuhan, tapi sebab lemahnya dalaman terhadap pengaruh luar.
andai kita tak benteng diri dari pengaruh luar ni pasti kita akan hanyut.
kawal lah dirimu dari terpengaruh dengan syaitan dan pengaruh yang tidak baik.
elakkan perkataan yang sia2.
sebab itu, membawa kepada akhlak yang tidak baik.

[subhanallah walhamdulillah wala ila ha illallah allahuakbar]

3 ulasan:

arrabe' berkata...

pengaruh yang baik, boleh kita ambil.
yang tidak baik, jadikan sebagai pengajaran agar kita tidak lakukan.
benteng diri kita.
kawal diri dari akhlak yang tidak baik.
latih diri untuk buat kebaikan meskipun terpaksa.

~n@beLL@z~ berkata...

id....hahahahha....mungkin kenal...kenal sangat....
alhamdulillah...yang baik kte wat pengajaran....yang keruh kita buang jauh-jauh......

D's noruaruwani berkata...

kdg2 susah jugak nak tegur org lain.
kena susun ayat yang sesuai.
cari masa yg sesuai.