Ahad, Julai 05, 2009

kebangkitan mangsa boikot

"rancak gila kita memboikot pada awal tahun... kini?"

sememangnya benarlah ayat Quran.
manusia ni memang mudah lupa.
bukan setakat melayu (bak kata mahathir mohamad)
mungkin lupa benar atau buat2 lupa.
kita lupa dulu kita rancak memboikot.
kerana kita sayang sangat kat palestin.
tapi sekarang kita mula semula beli barangan yang kita boikot dulu.
entahlah. apakah kita tidak sayang pada palestin?
sebab palestin dah aman?
aku pun kadang terbeli dan membeli berus gigi colgate.
meskipun, ubat gigi aku dah tak pakai colgate.
kekuatan kita menjadi lemah.
semangat kita yang membara dan menyala2, mulai pudar dan malap.
api kemarahan kita dah mulai luntur seiring dengan keredaan israel terhadap palestin.
kita sayang umat seislam kita di sana.
tapi, kita tak mampu menzahirkan secara terus.
sebab kita tak melihat mereka.

kita hanya simpati tapi tak empati.
kita nak bantu palestin, tapi jauh.
kita nak peluk sahabat kita di sana, tapi sukar.
kita hanya simpati sebentar.
sebab kita tak berhadapan dengan mereka.
andai kita jamah makanan, apakah mengalir linangan air mata teringatkan sahabat kita di palestin?
tentu tidak. sebab kita hanya simpati.
apatah lagi dalam usaha hangat2 memboikot.

aku berjaya memboikot semua produk amerika dan penyokong israel.
syukur alhamdulillah.
tapi, hanya berus gigi colgate yang masih aku belum hindarkan.
akan ku usahakan.
tapi, perasan kah kalian?
ada satu agenda kotor yang dimainkan mangsa boikot sekarang.
jika anda melihat televisyen, anda pasti perasan.
pemboikotan kita yang membara dahulu berjaya menjatuhkan keuntungan mereka yang berlipat ganda dahulu.
dan kini, mereka tahu, kita hanya hangat2 tahi ayam.
dan kini, mereka mulai bangkit.
dan mulai menusuk jarum2 halus dalam mentaliti ummah.
perasankah sahabat2ku.
iklan PPIM yang melarang penggunaan produk berfluorida.
iklan PPIM ini sekaligus menyeru untuk memboikot colgate, darlie dan lain2.
namun, mereka bangkit, dengan Colgate mengeluarkan iklan yang menghina kita.
memperli dengan doktor gigi menasihatkan ibu budak untuk bukan sahaja pakai ubat gigi yang halal malah berfluorida.
perasankah kalian, PPIM menyatakan hujah fakta yang jelas.
tapi Colgate tidak. hanya kata2 tapi tiada fakta.

iklan fresh n white. skrip iklan amat teruk.
seorang yang pakai kain pelekat duduk sambil baca surat khabar.
lalu anaknya datang menyuruh gosok gigi.
dengan fresh n white.
perlu ke seorang yang memakai kain pelekat?

iklan carrefour kot.
menangis tengok cerita hindustan.
tapi ibu dia bagi tisu yang kecil.
dengan alasan nak jimat.
perlu ke si suami berpakai kopiah menyeru untuk beli barangan di carrefour??
perlu ke begitu?

banyak lagi iklan yang menggunakan orang berkopiah dan berpelekat sebagai penaik balik produk mereka.
apakah alasan dan sebab?
kenapa tak guna perempuan gedik badan seksi?
kan itu lebih laris promosi?
nampak sangat mereka hendak menarik perhatian kita semula.
cuba untuk mencucuk jarum untuk kita terpengaruh untuk tidak memboikot lagi.
bahaya sungguh.
bahayanya kerana gambaran iklan ini, menggambarkan orang islam tidak memboikot lagi.
orang islam perlu menyokong mereka kembali.

sahabat2ku, meskipun itu hanya iklan.
kuatkan janji kita sebelum ini!
boikot dan terus boikot!!!!
jangan biar mereka bangun.
sahabat kita di palestin masih merana.
bagi yang berkerja di situ/ syarikat diboikot, beralihlah.
cari ikhtiar untuk mencari tempat yang cerah masa depan.
meskipun sukar, perlahan2.
cubalah sebaik mungkin.
janji tetap janji.
boikot colgate, KFC, dll.
apatah lagi rokok!

[teruskan memboikot. dan sokonglah produk muslim]

1 ulasan:

Unknown berkata...

meskipun usaha boikot ni kecil.
tetapi ini pun satu langkah strategi jihad.
biarlah usaha yang kecil ini seperti burung ababil yang membawa batu2 kecil.
tetapi akibat jumlah ababil yang banyak, kalahlah tentera abrahah.
biarlah kita reramai boikot produk kafir, dan berakhirlah penguasaan mereka keatas ekonomi dunia.
jom...!!